Jan
28th

Isu Keselamatan Mahasiswa UM : Pro Mahasiswa Adakan Dialog Bersama PDRM

Files under Berita Semasa | 1 Comment

shahir dan PDRM

Pro Mahasiswa Universiti Malaya baru-baru ini telah mengadakan pertemuan dan sesi dialog bersama Polis Di Raja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, Kuala Lumpur bagi membincangkan isu-isu keselamatan negara khususnya berkaitan dengan peningkatan kadar jenayah yang semakin membimbangkan.

Pertemuan yang diadakan pada 24 Januari lalu turut tidak terkecuali membincangkan isu keselamatan mahasiswa-mahasiswi Universiti Malaya khususnya bagi mereka yang menginap di luar kampus.

Dalam pertemuan tersebut, delegasi Pro Mahasiswa diketuai oleh jurucakapnya, saudara Ahmad Shahir Bin Abdul Aziz yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM). Manakala pihak PDRM pula diwakili oleh Sarjan Mejar Ahmad Bin Husin yang juga merupakan Ketua Unit Hal Ehwal Awam Ibu Pejabat Polis Daerah berkenaan.

Menurut saudara Shahir, antara faktor utama pertemuan tersebut diadakan adalah untuk memastikan keselamatan warga UM khususnya para pelajar senantiasa terjamin.

“Pertemuan ini diadakan adalah untuk memastikan keselamatan dan kondisi para pelajar senantiasa berada pada tahap yang baik” katanya.

“Kita amat bimbang dengan peningkatan kadar jenayah sekarang. Pelbagai kes seperti pembunuhan, penculikan, rogol dan sebagainya merupakan faktor pendesak kepada kewujudan pertemuan ini” ujarnya lagi.

Baru-baru ini negara dikejutkan dengan peningkatan kadar jenayah sebanyak 13.4% berbanding tahun lalu. Peningkatan ini juga diakui sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Kes penculikan adik Sharlinie Mohd Nashar dan beberapa kes jenayah lain seperti kes pembunuhan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) MIC kawasan Tenggaroh, Datuk S. Krishnasamy pada 11 Januari lalu semakin mencemaskan rakyat di negara ini.

Dalam pada itu, menurut Sarjan Mejar Ahmad ketika mengulas isu ini berkata, masalah jenayah di negara ini akan mampu diatasi sekiranya seluruh masyarakat memberikan kerjasama yang terbaik kepada pihak polis.

“Kita yakin, kadar jenayah akan mampu dikurangkan jika setiap anggota masyarakat memainkan peranan masing-masing dan menjadi ‘mata-mata’ kepada pihak polis” katanya. (more…)

Jan
25th

Kursus Asas Pembudayaan Keusahawanan:Mahasiswa UM Harus Bijak Ambil Peluang

Files under Artikel Pilihan | 3 Comments

 

Oleh: Saudara Mohd Hasbie Muda

Mulai Semester 2 sesi 2007/08 , setiap IPTA mula mewujudkan satu lagi subjek wajib universiti iaitu “Kursus Asas Pembudayaan Keusahawanan”.Kursus dua jam kredit ini mencakupi 4 modul iaitu:

· Pemupukan budaya keusahawanan
· Peluang dan rancangan perniagaan
· Praktikum dan keusahawanan
· Pembentangan aktiviti keusahawanan

Saya tidak mahu mengulas panjang tentang maklumat kursus tersebut kerana ia boleh diperolehi dari web umisisweb.um.edu.my.

Namun, saya ngin menarik perhatian rakan-rakan agar bersifat ‘ghairah’ dalam mengambil peluang keemasan ini dan tidak sekadar melihat ia hanya sebagai suatu subjek yang perlu diambil kerana ia diwajibkan.

Kita (khususnya mahasiswa tahun satu sesi ini) mesti melihat kursus ini sebagai suatu ‘batu loncatan’ untuk mempertingkat satu kemahiran insaniah yang cukup penting dewasa ini.

 

Saudara/i yang saya kasihi,

Dunia tanpa sempadan sebenarnya adalah igauan ngeri bagi mana-mana insan yang tidak cukup kompeten.Meninggalkan alam universiti dengan segulung ijazah belum mampu menjamin masa depan yang cerah.Berdasarkan rekod, hanya sekitar 60 hingga 65 peratus sahaja mahasiwa UM yang mampu memperoleh kerja dalam tempoh 3 hingga 6 bulan.

Maka,bagaimana dengan bakinya seramai 35 hingga 40 peratus?Adakah hanya mahu ’menanam anggur’ di rumah? Kita perlu ingat, caj perkhidmatan PTPTN sudah mula dikira mulai 6 bulan selepas tamat pengajian.

Oleh yang demikian, kemahiran keusahawanan inilah yang menjadi penyelamat untuk menjaga kelangsungan hidup kita selaku manusia yang pernah bergelar mahasiswa.Memanglah tidak ada masalah jika mahu pulang ke kampung dan bercucuk tanam,menoreh getah,ataupun menjual di kedai runcit milik keluarga.

Tapi ’standard’ kualiti kita sebagai manusia yang pernah berada di alam universiti mestilah ada nilai tambah yang lebih berbanding dengan insan-insan yang tidak berpeluang menimba ilmu di menara gading.

Mahu jadi petani misalnya, biarlah mampu membina jaringan pemasaran melangkaui sempadan negeri-negeri malahan negara,ilmu pengurusan yang cekap dan mampu melakukannya dalam skala yang besar.Dasar kerajaan yang mula menumpukan bidang pertanian kini harus dilihat sebagai peluang yang perlu digunakan sepenuhnya.Misalnya,kerajaan telah menambah peruntukan yang besar dalam RMK9 iaitu dari RM7749 juta kepada RM11435 juta.Begitu juga dalam cabang perniagaan yang lain.

 

Saudara/i yang saya kasihi,

Gunakanlah sepenuhnya peluang ini untuk masa depan kita.Kemahiran-kemahiran yang penting sebegini perlu diasah dan dipertingkatkan sebagai asas nilai tambah terpenting dalam hidup kita.Sebab itu,di alam universiti yang singkat ini, gunakanlah sepenuhnya untuk menimba ilmu,baik di bilik kuliah mahupun di lapangan masyarakat.

Bagi rakan-rakan mahasiswa tahap pertengahan dan akhir, kalian juga boleh turut serta dalam program ini melalui program-program seminar keusahawanan yang bakal adik-adik kita anjurkan nanti.

Jika permintaan untuk mengambil subjek ini tinggi di kalangan kalian,kami MPMUM tidak teragak-agak untuk memohon agar pihak pentadbiran membuka kursus ini untuk kita semua.

 

(sumber : www.hasbie.blogspot.com)

Jan
23rd

Pertemuan Delegasi Pro Mahasiswa Bersama Keluarga Sharlinie

Files under Isu Semasa | Leave a Comment

Pro Mahasiswa Universiti Malaya baru-baru ini telah mengadakan pertemuan bersama keluarga Sharlinie Mohd Nashar di kediamannya di Taman Medan pada 18 Januari lalu. Pertemuan yang diadakan sekitar tiga puluh minit itu merupakan salah satu usaha Pro Mahasiswa untuk lebih mendekati dan menyelami perasaan keluarga tersebut setelah kehilangan anaknya hampir sepuluh hari.

 

Menurut Jurucakapnya, saudara Ahmad Shahir Abdul Aziz, pertemuan tersebut dijalankan sebagai usaha menunjukkan rasa keprihatinan pihak Pro Mahasiswa dalam membantu masyarakat pelbagai kaum di Negara ini.

“Kita mengharapkan agar pertemuan yang penuh bermakna ini berkeupayaan memberikan semangat dan motivasi kepada keluarga Sharlinie dalam menempuh hari-hari mendatang” katanya.

“Kami juga bersedia untuk membantu sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan tidak kira sama ada dari keturunan Melayu, Cina, India, Kadazan mahu pun Orang Asli” ujarnya lagi.

Sementara itu, menurut ayah kepada kanak-kanak tersebut, Mohd Nashar, beliau berasa amat terharu kerana masih ada mahasiswa pada zaman sekarang yang sudi meluangkan masa untuk menziarahinya sekeluarga.

Menurutnya lagi, ini merupakan kali pertama mahasiswa datang melawat dan membantunya menyelesaikan kes penculikan anaknya setelah beberapa hari berlalu.

“Ini adalah kali pertama para pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi datang melawat kami sekeluarga sepanjang hampir sepuluh hari kami menderita kehilangan anak bongsu kesayangan kami” katanya.

“Justeru, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua (delegasi Pro Mahasiswa) kerana sudi melawat dan membantu kami sekeluarga mencari anak kesayangan kami itu” ujar beliau lagi. (more…)

Jan
19th

Pro Mahasiswa Gempur Kuala Lumpur, Bantu Cari Sharlinie

Files under Isu Semasa | 4 Comments

sharlinie

“DI MANA SHARLINIE?”: Sekeping poster yang ditampal oleh para petugas Pro Mahasiswa di salah sebuah stesen bas di kampus Universiti Malaya

 

Pro Mahasiswa sekali lagi turun ke lapangan rakyat bagi menjalankan operasi membantu pihak berkuasa mencari seorang kanak-kanak, Sharlinie Mohd Nasyar yang telah hilang pada 9 Januari lalu. Operasi yang diketuai oleh saudara Mohd Hilman B Nordin merupakan suatu wadah untuk membantu masyarakat di negara ini yang memerlukan bantuan.

Beliau yang juga merupakan Exco Kebajikan & Luar Kampus MPMUM dari kem Pro Mahasiswa menjelaskan bahawa operasi tersebut telah bermula sejak 12 Januari lalu dan akan berterusan sehingga ibu bapa kanak-kanak berkenaan menjumpai semula anaknya. “Pelbagai tindakan telah kita ambil untuk membantu pihak polis mencari kanak-kanak berkenaan seperti mengedar risalah dan menampal poster kanak-kanak berkenaan”katanya. Menurut beliau lagi, kejayaan para petugas dan aktivis menjalankan tugas untuk menggempur Kuala Lumpur merupakan usaha yang murni dan perlu diteruskan.

“Alhamdulillah setakat ini kita telah berjaya menggempur Kuala Lumpur, khususnya di sekitar kawasan Lembah Pantai dan Petaling Jaya, dan kita akan teruskan usaha di beberapa kawasan strategik yang lain” ujar beliau.

Dalam pada itu, usaha yang sama turut dijalankan di kawasan kampus Universiti Malaya. Kira-kira 50 keping poster kanak-kanak berkenaan telah di tampal di tempat-tempat strategik seperti di stesen bas.

 

mahasiswa kini

PRIHATIN: Kelihatan saudara Ahmad Shahir yang jugamerupakan Jurucakap Pro Mahasiswa sedang memberikan poster “Di Mana Sharline” kepada En. Lee sewaktu mengedarkan risalah dan poster berkenaan di sekitar Petaling Jaya semalam. (more…)

Jan
11th

Pro Mahasiswa Berjaya Mengatasi Masalah Penyingkiran Pelajar Di Kolej UM

Files under Isu Kampus | Leave a Comment

Pro Mahasiswa Universiti Malaya hari ini melakar sejarah apabila berjaya mengatasi masalah pembuangan pelajar di kolej kediaman ke-11 pada 8 januari lalu. Kes yang telah berlarutan sejak beberapa bulan lalu dianggap selesai dengan persetujuan pihak kolej kediaman tersebut untuk mengambil semula mereka yang telah disingkirkan melalui suatu notis yang dikeluarkan. Kejayaan ini merupakan hasil daripada tindakan pantas beberapa ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) dari kem Pro Mahasiswa yang komited dalam menyelesaikan isu ini.

 

Isu ini bermula pada pertengahankolej 11 November 2007 yang lalu apabila pihak kolej kediaman mengeluarkan notis senarai nama pelajar yang ‘berjaya’ untuk menginap di kolej tersebut pada semester ke-2. Walaubagaimanapun, masalah timbul apabila seramai 63 orang pelajar tidak mendapat tempat atas alasan yang tidak munasabah.

 

Ekoran daripada itu, demi mempertahankan hak dan kebajikan para pelajar, beberapa ahli MPMUM dari kem Pro Mahasiswa telah mengadakan perbincangan dua hala bersama pihak pentadbiran universiti. Selain itu, beberapa siri pertemuan juga telah diadakan bersama para pelajar berkenaan bagi mendapatkan maklumat sebenar mengenai masalah yang sedang dihadapi.

 

Pada 19 November 2007, suatu surat bantahan telah dihantar oleh Ahli Majlis Tertinggi MPMUM, saudara Ahmad Shahir Bin Abdul Aziz kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni Universiti Malaya, Prof Madya Dr. Azarae Haji Idris. Beliau yang juga merupakan Jurucakap Pro Mahasiswa Universiti Malaya menjelaskan, tindakan tersebut diambil bukanlah untuk menjatuhkan reputasi atau kredibiliti mana-mana pihak. Sebaliknya sudah menjadi tugas dan tanggungjawab selaku pemimpin mahasiswa untuk membela nasib para pelajar tanpa mengira agama, bangsa dan apa jua fahaman politik.

 

Beliau turut menjelaskan bahawa kejayaan ini menyemarakkan lagi semangat perjuangan anggota MPMUM dari kem Pro Mahasiswa untuk terus menabur bakti membela nasib dan kebajikan mahasiswa.

 

“ Kejayaan ini merupakan permulaan yang baik untuk kita terus berbakti bukan sahaja untuk mahasiswa bahkan untuk rakyat seluruhnya. Kita sedang berusaha membuat kajian terperinci mengenai masalah dan bebanan yang ditanggung oleh rakyat khususnya berkenaan kenaikan harga minyak yang melambung tinggi di pasaran antarabangsa sekarang.” tambahnya. (more…)

Jan
10th

Isu Penyingkiran Pelajar Tahun 1 di Kolej Kediaman ke-11: “Saya Jamin Anda Selamat”

Files under Isu Kampus | Leave a Comment

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan penyingkiran para pelajar tahun pertama di kolej kediaman ke 11. Lebih menyedihkan, penyingkiran mereka merupakan suatu tidakan yang diambil tanpa pengetahuan pihak bonda Naib Censelor mahupun ayahanda Timbalan Naib Caselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni.

Jesteru, berdasarkan tindakan pantas serta beberapa mesyuarat yang dijalankan bersama pihak pentadbiran universiti, saya dan rakan-rakan di dalam MPMUM yang lain memberikan jaminan kepada semua para pelajar tahun pertama yang telah disingkirkan daripada kolej kediaman tersebut bahawa anda mempunyai hak untuk menginap di kolej kediaman tersebut selama setahun. Berdasarkan kes ini, saya nyatakan bersama kronologi isu berkenaan bermula dari awal.

16-19 November

Mengadakan pertemuan bersama penegetua, Dr. Abdul Jalil Othman sebaik sahaja senarai nama dikeluarkan oleh pihak pentadbiran kolej untuk berbincang mengenai tindakan kolej kediaman menyingkirkan mereka tanpa alasan yang kukuh. Mengadakan beberapa siri pertemuan bersama para pelajar yang dinafikan hak mereka sebagai usaha menyelesaikan masalah terbabit.

19 November 2007

Sebagai salah seorang daripada Ahli Majlis Tertinggi MPMUM, saya telah menghantar suatu surat bantahan kepada Ayahanda Timbalan Naib Caselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni ,Prof. Madya Dr. Azarae Haji Idris memohon agar para pelajar tahun pertama ini diberikan hak untuk menginap selama setahun di kolej kediaman tersebut.

20 November 2007

Menghantar surat bantahan yang sama kepada ayahanda Timbalan Naib Canselor Akademik & Pengantarabangsaan berhubung isu yang sama. Ini kerana tindakan penyingkiran terbabit akan menjejaskan reputasi akademik para pelajar berkenaan disebabkan tekanan dan masalah tersebut. Surat bantahan yang sama juga telah dihantar oleh NYDP 1 yang juga Pengerusi HEWA, saudari Kyairiah Samsuddin berhubung isu yang sama.

20-23 November 2007

Mengadakan pertemuan bersama Pegawai Hal Ehwal Pelajar, Puan Rosnah membincangkan isu yang sama supaya tindakan segera diambil.

24 Disember

Membangkitkan isu yang sama ketika mesyuarat MPMUM bersama ayahanda TNC HEPA yang bermula pada pukul 1.30 petang. Para pelajar tahun pertama yang disingkirkan tersebut adalah terdiri daripada pelajar Akademi Pengajian Islam dan Fakulti Undang-undang.

26 Disember 2007

Pertemuan MT MPMUM bersama ayahanda pengetua untuk menyeleasikan masalah tersebut

31 Disember 2007

Jaminan pihak kolej kediaman kepada para pelajar tahun 1 untuk menginap semula disampaikan kepada Exco MPMUM yang juga wakil Fakulti Undang-undang, Saudara Gary.

AHMAD SHAHIR B ABDUL AZIZ
AHLI MAJLIS TERTINGGI MPMUM / KETUA UNIT PENYELIDIKAN PMIUM

Jan
10th

Salam Maal Hijrah 1429 H

The pulse of the nation is somehow in extraordinary rhythm. Shortages, scandals, seismic activities and soaring prices may be what you see when you open your early morning newspaper. Then goes your mind translate what you saw and what you read. Your mouth opens and start exclaiming disbelief.

1429 H comes in with a promise. That the pulse will not drop dead. Instead, it will live on and poses extreme challenge for us to handle. When a year has passed, people always talk about the addition of age, biologically and experience-wise. The age of the nation somehow is not measured in such way. People will always want to make the nation go younger every year, not getting it old and irrelevant.

Younger minds needed to create a young and well received nation. But young as you are, are you qualified to give your opinion on how to best govern a nation?

There are an overwhelming doubt in the older generation. This young minds before them are not like them. They are computer-savvy, entertainment-craving, not-so-much interest in the nation political pulse generation. Can we depend on them to continue peace and harmony?

1429 H and onwards, may not have those old time favorite leaders like Tunku Abdul Rahman and Sukarno, but someone has to be there to lead. The younger generation has to deal with different set of issues now. The United States may have a chance for a new black president, Australians voted not to continue John Howard, the world is moving from no-boundaries to “hey, can you fetch some jewelery at that Ginza store?” everyday conversation from any person on earth.

The world changes. We always want the same peace and harmony, but how do we put it in the frame of the future? Do we need to sacrifice so many rights in doing so? Or do we stay in the status quo, hoping that all that we want to stay the same way. Change will always happen, and we must become dynamic to face any adversities.

You yourself determine whether you qualify enough to have your say for the sake of the nation. There are changes all around you, but the first thing to change should be you, so that you can cope with the rest of the world.

You might not be the talk-loud or the opinion leader person, but you are entitled to your own opinion of the nation and what is the best for it. You will have to make a decision. Will you make a decision out of the blue? You can make a right decision in your perspective but not in other persons view. The most important thing in making a decision? Making a decision with information in mind.

1429 H needs the young to make decision, to face changes and to let the nation stay young and relevant. Now thats to many. But who else other than us?

Salam Maal Hijrah 1429H

Mohamad Hilman bin Nordin
Student Representative Council
University of Malaya