Logo Background RSS

Isu Keselamatan : Pro M Adakan Dialog Bersama PDRM

  • shahir dan PDRM

    Pro Mahasiswa Universiti Malaya baru-baru ini telah mengadakan pertemuan dan sesi dialog bersama Polis Di Raja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, Kuala Lumpur bagi membincangkan isu-isu keselamatan negara khususnya berkaitan dengan peningkatan kadar jenayah yang semakin membimbangkan.

    Pertemuan yang diadakan pada 24 Januari lalu turut tidak terkecuali membincangkan isu keselamatan mahasiswa-mahasiswi Universiti Malaya khususnya bagi mereka yang menginap di luar kampus.

    Dalam pertemuan tersebut, delegasi Pro Mahasiswa diketuai oleh jurucakapnya, saudara Ahmad Shahir Bin Abdul Aziz yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM). Manakala pihak PDRM pula diwakili oleh Sarjan Mejar Ahmad Bin Husin yang juga merupakan Ketua Unit Hal Ehwal Awam Ibu Pejabat Polis Daerah berkenaan.

    Menurut saudara Shahir, antara faktor utama pertemuan tersebut diadakan adalah untuk memastikan keselamatan warga UM khususnya para pelajar senantiasa terjamin.

    “Pertemuan ini diadakan adalah untuk memastikan keselamatan dan kondisi para pelajar senantiasa berada pada tahap yang baik” katanya.

    “Kita amat bimbang dengan peningkatan kadar jenayah sekarang. Pelbagai kes seperti pembunuhan, penculikan, rogol dan sebagainya merupakan faktor pendesak kepada kewujudan pertemuan ini” ujarnya lagi.

    Baru-baru ini negara dikejutkan dengan peningkatan kadar jenayah sebanyak 13.4% berbanding tahun lalu. Peningkatan ini juga diakui sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

    Kes penculikan adik Sharlinie Mohd Nashar dan beberapa kes jenayah lain seperti kes pembunuhan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) MIC kawasan Tenggaroh, Datuk S. Krishnasamy pada 11 Januari lalu semakin mencemaskan rakyat di negara ini.

    Dalam pada itu, menurut Sarjan Mejar Ahmad ketika mengulas isu ini berkata, masalah jenayah di negara ini akan mampu diatasi sekiranya seluruh masyarakat memberikan kerjasama yang terbaik kepada pihak polis.

    “Kita yakin, kadar jenayah akan mampu dikurangkan jika setiap anggota masyarakat memainkan peranan masing-masing dan menjadi ‘mata-mata’ kepada pihak polis” katanya.

    Beliau yang juga merupakan bekas Timbalan Ketua Polis Balai Polis Setapak, Kuala Lumpur turut menghargai kehadiran delegasi Pro Mahasiswa dan menyifatkannya sebagai usaha yang murni dan perlu diteruskan.

    “Kita mengucapkan terima kasih dan syabas kerana mengambil berat tentang isu jenayah di negara ini dan kita mengharapkan agar siri pertemuan seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang” ujarnya lagi.

    Pro Mahasiswa Bersama Aktivis

    Dalam pertemuan tersebut juga, beberapa resolusi bersama telah dicapai seperti meningkatkan lagi siri rondaan khususnya di kawasan penginapan yang didiami oleh para pelajar luar kampus, mengeratkan lagi kerjasama dengan Unit Rukun Tetangga dan Persatuan Penduduk serta menyebarluaskan lagi penggunaan sistem RakanCop di kalangan mahasiswa.

    Saudara Ahmad Shahir bergambar bersama aktivis Pro Mahasiswa, Abdul Rahman Jabir yang juga merupakan anggota SukarelawaanPolis UM (SUKSIS) selepas selesai sesi pertemuan bersama pihak polis

  1. #1 FATIN9TH
    January 30th, 2008 at 11:48 am

    SALAM…ALHAMDULILLAH. BAGUS. SEMOGA JENAYAH DALAM KAMPUS DAPAT DIKURANGKAN DARI SEMASA KE SEMASA…SEM NI BANYAK BERLAKU KEJADIAN RAGUT DI JALAN-JALAN SEKITAR 9TH…

    Post ReplyPost Reply
  2. #2 headhunter
    January 18th, 2009 at 9:41 pm

    apadaa..isu jenayah dah lama brlaku..bru skrng ambil nk ncng isu jnayh..politik2..

    Post ReplyPost Reply
  3. #3 PM 9th
    July 2nd, 2009 at 4:59 pm

    lucu… perlukah bergambar dengan kereta-kereta polis?

    Post ReplyPost Reply
Leave a Comment