Pro Mahasiswa Mengutuk Segala Bentuk Pencerobohan Ke Atas Rumah Ibadat
-
Kuala Lumpur – Pro Mahasiswa Universiti Malaya hari ini menyatakan pendirian mengutuk keras segala bentuk keganasan dan pencerobohan yang cuba dilakukan oleh pihak tertentu ke atas mana-mana rumah ibadat di negara ini.Menurut jurucakap Pro Mahasiswa, saudara Ahmad Shahir B Abdul Aziz, hal ini amat bertentangan dengan nilai-nilai murni serta norma-norma kehidupan masyarakat di negara ini.
“Kita menolak dan mengutuk keras segala bentuk tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan ke atas rumah-rumah ibadat, tidak kira sama ada rumah ibadat orang Islam, Buddha, Hindu mahupun Kristian” katanya.
“Ini amat bertentangan dengan budaya dan amalan bangsa Malaysia, malah dalam Islam sendiri pun melarang penganutnya melakukan pencerobohan ke atas rumah ibadat penganut-penganut agama lain” ujarnya lagi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu pencerobohan Surau Al-Faizin, Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah (KK 2) Universiti Malaya.
Isu pencerobohan surau berkenaan mula berlaku pada 25 Januari lalu (jumaat), tetapi telah berlarutan sehingga 29 Januari ekoran tiada tindakan tegas yang diambil.
Anatara kegiatan pencerobohan yang dilakukan adalah seperti menconteng dinding surau berkenaan, melempar buku-buku agama, al-Quran dan sebagainya.
Dalam pada itu, menurut seorang warga kolej kediaman tersebut yang tidak mahu disiarkan namanya berkata, isu seumpama ini telah lama berlaku, namun tiada tindakan yang diambil malah ianya berlalu begitu sahaja.
Walaubagaimanapun, menurut saudara Shahir, beliau mengharapkan agar semua pihak khususnya orang melayu supaya bertenang dan tidak membuat sebarang andaian dan spekulasi sendiri sebaliknya menyerahkan tugas ini kepada pihak polis untuk diambil tindakan. Ianya amat penting demi menjamin keselamatan rakyat dan ketenteraman negara.
Kelihatan delegasi Pro Mahasiswa saudara Shahir & Hilman
yang juga merupakan wakil MPMUM sedang berbincang bersama
Pengetua Kolej Kediaman berkenaan mengenai insiden tersebutSelain itu, menurut Teh Hoong Kiat, tindakan menceroboh rumah ibadat adalah suatu tindakan yang tidak wajar. Beliau yang juga jurucakap Pro Mahasiswa bagi kaum cina turut menggesa pihak berkuasa untuk mengatasi masalah ini dengan bijak.
Dalam perkembangan berkaitan, menurut Exco Kerohanian dan Islam Hadhari Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya dari kem Pro Mahasiswa, saudara Mohd Faisal Mustaffa menjelaskan bahawa beliau akan mengadakan pertemuan dengan beberapa persatuan termasuk Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) untuk memastikan agar isu ini tidak berlaku lagi kerana ianya menyentuh sensitiviti masyarakat Islam.


February 1st, 2008 at 11:13 pm
disebalik isu pencerobohan rumah ibadat(surau) kk2,apa yang bermain dibenak saya ialah apakah ada pihak lain sebenarnya yang cuba melakukan sabotaj dan mahu mengapi-apikan mahasiswa kaum melayu(islam)tatkala melihat keharmonian antara kaum melayu,cina dan india di universiti ini? kepada mahasiswa islam,diharap kita jangan mudah terpedaya dengan konspirasi pihak tertentu sekiranya belum mengetahui kebenaran duduk sebenar kes ini.
February 4th, 2008 at 8:33 pm
Ai..takkan sampai macam tu sekali dikerjakan. Kang susah nak solat nanti. Rasa tak best plak nanti..
Apapun, usahalah jaga Rumah ibadat nih..
February 5th, 2008 at 12:31 am
semoga allah memberi kekuatan kepada kita semua dalam menghadapi masalah ini.saya tumpang sedih sebab saya tau surau al faizin tu macamane~
jangan cepat melatah.gunakan saluran yang betul untuk tegakkan kebenaran,allah pasti bersama!
February 7th, 2008 at 12:33 pm
saya bersetuju dgn komen yg diutarakan oleh rakan2 ..ingat lah bahawa jgn sekali bermain dgn api dan insyaallah kebenaran akan datang jua.
February 12th, 2008 at 2:41 pm
ye…sewajibnya kite sama-sama prihatin dan berwaspada pada musuh azali kite.
March 6th, 2008 at 3:01 pm
mmm….kejadian ni agak mengelirukan dan kabur…tapi,ini memang tidak dinafikan yang ianya menghina rumah ibadat bagi org ISLAM.
December 20th, 2009 at 6:37 pm
1 je nasihat…sape yg berani merosakkan rumah Allah,pasti mendapat balasan setimpal:D..anda akan terlepas didunia..tp d akhirat..pandai2 la menjawab ya…semoga berjaya kpd yg terlibat..kembali ler kepangkal jalan..:)
-masih ada yg sayang-