PRO M Berjaya Yakinkan TNC HEPA Mengenai Isu Konvokesyen
-
Dalam perkembangan terkini isu konvokesyen di Dewan Tunku Canselor, Pro Mahasiswa Universiti Malaya telah mengambil inisiatif pantas untuk mendapat respon segera daripada ayahanda Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Madya Dr. Azarae Haji Idris.
Dalam perjumpaan tersebut, meskipun kertas hitam putih belum dikeluarkan, namun ayahanda menyatakan usaha untuk memindahkan majlis konvokesyen ke tempat lain selain daripada DTC tidak akan dilaksanakan.
Dalam pada itu, usaha untuk mendapatkan respon daripada mahasiswa telah pun dilaksanakan sebelum ini. Rata-rata responden yang menyertai perjalanan soal selidik tersebut menolak usaha tersebut, malah turut mendapat sokongan yang padu daripada kakitangan.
Ayahanda TNC juga menyatakan proses perjalanan Majlis Konvokesyen akan tetap dilakukan dengan mengekalkan tradisi zaman-berzaman. Walaubagaimanapun, proses tersebut akan menyaksikan beberapa perubahan kecil. Hal ini rentetan daripada wujudnya kelumpuhan seluruh jentera pentadbiran universiti. Oleh itu, untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan, pihak pengurusan akan menghadiri majlis tersebut secara berperingkat.
Dalam sesi penerangan berkenaan isu e-polling pula, ayahanda menyatakan perkara tersebut masih dalam kajian dan akan melibatkan mahasiswa seluruhnya dalam kajian berkenaan. Suatu pilihanraya ‘dummy’ akan dilaksanakan dan melibatkan mahasiswa untuk melihat sendiri sistem yang akan digunakan dalam e-polling.
Sehubungan dengan itu, keputusan sementara yang diterima daripada ayahanda TNC diharapkan akan menjadi kenyataan. Pro Mahasiswa juga akan terus memperjuangkan isu ini dan akan menyertai ‘peace walk’ sehingga bukti hitam putih dikeluarkan oleh pihak pentadbiran universiti.


March 25th, 2008 at 11:03 am
Tahniah, teruskan perjuangan buat teman-teman.
Kita perlu tentukan haluan dan arah perjuangan. Kembangkan perkongsian saudara sekalian kepada jaringan yang lebih besar.
Kerapkan pertemuan-pertemuan dengan para pemimpin, bekas-bekas aktivis untuk mematangkan perencanaan gerakan mahasiswa teman-teman.
Saya mendoakan kejayaan kalian.
Salam perjuangan & salam hormat
Nazree Yunus
April 10th, 2009 at 7:01 am
sokong2
June 30th, 2009 at 12:25 am
Ketegasan dan keterampilan yg utuh dapat meyakinkan sesiapa hatta pada diri musuh…
apapun syabas kepada pimpinan diatas perjuangan dan dedikasi..
berhati-hati dengan sebarang provokasi sepanjang HaluanSiswa dan feskum kerana ianya medan mata-mata liar mencari jalan hujjah mencelah fitnah..Buktikan Islam boleh…
Diharap tempoh pemerintahan akan berlanjutan lebih lama…pastikan PRK lewat seperti mana dilewatkan dahulu