Logo Background RSS

Isu Dewan Konvo UM Selesai

  • Dalam perkembangan terkini mengenai isu hangat yang diperkatakan di kampus, perjuangan pihak-pihak tertentu akhirnya membuahkan hasil.  Dalam surat yang ditujukan kepada MPMUM 07/08, Naib Canselor Universiti Malaya, Datuk Rafiah Salim mengesahkan tidak akan ada apa-apa perubahan tempat untuk Majlis Konvokesyen yang akan datang.  Majlis Konvokesyen akan terus diadakan di Dewan Tunku Canselor.

    Sehubungan dengan itu, jawatankuasa sementara PEACE WALK membatalkan perarakan aman yang dijadualkan untuk berlangsung Khamis ini.

    Mengenai isu e-polling pula, saudara Shahir selaku jurucakap Pro Mahasiswa mengatakan isu ini masih belum selesai dan akan terus diperjuangkan untuk mahasiswa.  “Tapi belum masanya untuk kita berarak untuk isu ini.  Masih ada lagi saluran-saluran lain yang boleh digunakan.  Kita tunggu dan lihat,” katanya apabila ditanya.

    “Kita perlu menghormati keputusan bonda kita untuk menyelesaikan isu e-polling secara berasingan. Kita akan kemukakan bantahan sekiranya pihak pentadbiran berkeras untuk menjalankan sistem tersebut”

    Bonda Naib Canselor juga menasihatkan agar para mahasiswa dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran untuk menghadapi peperikasaan yang akan datang.  Bonda juga mendoakan kejayaan mahasiswa agar dapat bersama-sama menghadiri konvokesyen pada masa akan datang.

    Gambar 1: Ahli jawatankuasa sementara PEACE WALK yang hadir ke pejabat Naib Canselor untuk mendapatkan surat pengesahan daripada bonda Naib Canselor.  Dari kiri: Lim Wei Urn, Mohamad Hilman dan Vignesh

    Gambar 2: Sebahagian kandungan surat daripada Naib Canselor. 

Leave a Comment