Apr
28th

Semester Hadapan : Di mana anda?

Dalam kesibukan mahasiswa/i menghadapi musim peperiksaan, ada yang mula risau berkenaan penempatan semester akan datang.  Senarai penghuni sudah mula dikeluarkan, sepertimana yang telah dikeluarkan oleh pihak pentadbiran Kolej Kediaman Ke-11 pada pagi tadi.  Berikutan pengeluaran senarai tersebut, ada suara-suara tidak puas hati mula kedengaran.  Ada mahasiswa yang berpendapat bahawa mereka bergiat aktif di kolej tersebut, tetapi tidak diberikan tempat untuk menghuni pada semester berikutnya.

Mahasiswa yang mulai risau ini mula mencari-cari suara untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka kepada pihak pentadbiran kolej kediaman.  Pro Mahasiswa sudah mula mengumpulkan nama-nama mahasiswa/i yang berkenaan untuk dikemukakan sebagai bukti kepada pihak pentadabiran kolej. Menurut Ahli Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya, saudara Ahmad Shahir Abdul Aziz yang juga merupakan Jurucakap  Pro Mahasiswa Universiti Malaya, perbincangan akan dibuat bersama pihak pentadbiran kolej dalam masa terdekat untuk memudahkan penempatan mahasiswa/i yang berkaitan.

Sehubungan dengan itu, Pro Mahasiswa menyeru kepada semua mahasiswa/i  yang merasakan diri mereka tidak mendapat pembelaan sewajarnya tanpa mengira kolej kediaman apa sekalipun untuk mengemukakan butiran berkenaan hal tersebut kepada pihak kami. (Nama, Nombor Matrik, Kolej Kediaman, dan justifikasi mengapa anda layak/perlu mendapat tempat di kolej.)  Hantarkan kepada kami di sini.

Bertindak segera agar kami dapat membantu anda secepat mungkin.

“DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA”

Apr
28th

Berita Terkini Lokasi Peperiksaan

BERITA TERKINI

DENGAN INI DIMAKLUMKAN KEPADA SEMUA PELAJAR DAN PENGAWAS BAHAWA PEPERIKSAAN PADA 28 APRIL 2008 DAN SETERUSNYA YANG BERTEMPAT DI BANGUNAN PEPERIKSAAN AKAN DIADAKAN MENGIKUT JADUAL PEPERIKSAAN YANG DIKELUARKAN PADA 3 MAC 2008

LATEST INFO

PLEASE BE INFORMED THAT ALL EXAMINATIONS TO BE HELD IN BANGUNAN PEPERIKSAAN FROM 28 APRIL 2008 ONWARDS WILL BE CONDUCTED AS WAS PREVIOUSLY SCHEDULED.

STUDENTS AND INVIGILATORS ARE REQUIRED TO REFER TO THE EXAMINATION SCHEDULE THAT HAS BEEN ISSUED ON MARCH 3rd 2008 (ORIGINAL SCHEDULE )

Sumber: UMISISWEB

Apr
27th

Kerana Chelsea, Malaysia Sanggup Terima Warga Israel?

Files under Artikel Pilihan | 1 Comment

Oleh: MOHD RIDZUAN MOHAMMAD


Saya tertarik untuk memberi respon mengenai isu kehadiran pasukan bola sepak Liga Perdana Inggeris, Chelsea ke Malaysia pada bulan Julai nanti. Lawatan pasukan elit tersebut menimbulkan masalah dan menjadi isu bukan kerana tidak ada rakyat Malaysia yang menyokong pasukan Chelsea, tetapi pasukan tersebut mempunyai dua warga Israel. Pengurus pasukan, Avram Grant dan juga pemain pertahanan, Tal Ben Haim merupakan dua orang rakyat Israel.

Sebagaimana yang kita maklum, polisi negara kita tidak membenarkan mengadakan hubungan diplomatik dan juga perdagangan dengan negara haram Israel. Rakyat Malaysia juga dilarang untuk melawat negara tersebut. Tetapi entah kenapa dalam isu ini kerajaan Malaysia bersungguh-sungguh mahu membenarkan rakyat Israel datang ke negara ini.

Sebelum ini, kita tidak kisah pun mana-mana pasukan ternama luar negara berkunjung ke bumi Malaysia, kerana mereka tidak mempunyai pemain atau pegawai dari negara Israel. Sebagai contoh, sebelum ini dua pasukan terkuat Liga Perdana Inggeris iaitu Manchester United (MU) dan Arsenal pernah datang ke Malaysia untuk tujuan yang sama. Cuma dalam isu lawatan pasukan Chelsea ini kita tidak boleh bertolak ansur kerana melibatkan sensitiviti umat Islam seluruh dunia.


Pasukan Chelsea dijadualkan akan menentang pasukan kebangsaan Malaysia pada 29 Julai ini. Pasukan dari barat London ini sememangnya terkenal dengan kehebatan bintang mereka, seperti Didier Drogba, Frank Lampard, Nicolas Anelka, Claudio Pizzaro dan lain-lain. Ketua eksekutif Chelsea, Peter Kenyon mengugut tidak akan hadir ke Malaysia sekiranya Grant dan Ben Haim tidak dibenarkan masuk ke Malaysia.

Namun begitu, timbul beberapa persoalan dalam isu ini, adakah kerana terlalu minat kepada pasukan Chelsea kita sanggup menggadai maruah umat Islam? Ataupun kerana sikap tolak ansur kerajaan Malaysia ini lahir dari semangat kesukanan yang terlalu tinggi? Mungkin tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1997 ketika menjadi Perdana Menteri Malaysia membenarkan atlit kriket Israel memasuki ketika kejohanan kriket Trofi Majlis Kriket Antarabangsa (ICC) juga atas dasar semangat kesukanan.

Saya ada memetik beberapa kenyataan pemimpin yang menyokong kehadiran dua warga Israel ini. Pertama, kenyataan daripada Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak pada 31 hb Mac lalu yang menyatakan agak malang sekiranya bidang sukan di campuri unsur politik. Selain Timbalan Perdana Menteri, kenyataan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad pada 3hb April lalu juga dilihat mengetepikan soal perasaan umat islam.

Antara kenyataan beliau, “Kita mengharapkan sukan adalah sukan, tidak perlu dicampuradukkan dengan politik”. “Kehadiran Chelsea adalah untuk menghiburkan rakyat dan untuk peminat Chelsea yang ramai di negara ini. Ia adalah salah satu program pembangunan sukan bola negara,”.

Selain itu, kenyataan Menteri Luar Malaysia, Datuk Rais Yatim pada 14hb April baru-baru ini juga dilihat berpihak kepada dua warga Israel tersebut. Beliau berkata “Kami tidak menghalang sesiapa untuk datang ke Malaysia dan dalam kes ini, walaupun kita tiada hubungan diplomatik dengan Israel atau perdagangan secara terus dengan negara itu, kami tiada bantahan terhadap lawatan mereka”. “Kami tidak melihatnya sebagai sesuatu yang salah dan tidak wajar untuk campurkan antara politik dan sukan,”.

Betulkah urusan politik tidak boleh menganggu bidang sukan? Sebelum ini Amerika Syarikat pernah memboikot kejohanan sukan anjuran negara Russia atas dasar perbezaan politik. Terbaru tindakan aktivis Tibet seluruh dunia menganggu kelancaran perarakan larian obor olimpik Beijing juga kerana membantah sikap China menindas rakyat Tibet.

Bagi saya ini bukan setakat soal politik sahaja, tetapi melibatkan soal agama Islam dan maruah umat Islam di Palestin khususnya. Jangan kita hipokrit terhadap saudara kita di bumi Palestin, membantah pencerobohan Zionis Israel terhadap Palestin tetapi pada masa yang sama membenarkan negara kita di’cerobohi’ oleh rakyat Israel.

Kenapa Malaysia dan FAM berkeras juga mahu membawa pasukan Chelsea ke Malaysia? Sedangkan banyak lagi pasukan-pasukan ternama yang tidak ada warga Israel boleh dijemput datang ke Malaysia seperti Manchester United, Arsenal, AC Milan, Barcelona ataupun Real Madrid. Adakah dengan membawa beberapa orang pemain bola sepak Israel ini boleh meningkatkan mutu bola sepak Malaysia?

Apr
26th

Lokasi Peperiksaan Terkini : UMISISWEB

LOKASI PEPERIKSAAN TERKINI


Khamis - (24/4)
Jumaat - (25/4)
Sabtu - (26/4)

Pengumuman
Bagi peperiksaan yang dijadualkan di ARAS 1 dan ARAS 2, BANGUNAN PEPERIKSAAN yang bermula pada hari ISNIN (28/04/2008) dan SETERUSNYA, status lokasi terkini akan dimaklumkan pada hari AHAD (27/04/2008). Semua pelajar dan pengawas yang terlibat diminta menyemak pertukaran lokasi di laman web umportal.um.edu.my atau umisisweb.um.edu.my.

 

Selain itu, boleh ke pautan UMPortal untuk maklumat yang sama.

Untuk perisian terkini AdobeReader boleh dimuat turun di sini.

Apr
26th

Tiada kenaikan yuran pelajar Akademi Pengajian Islam UM

Setelah beberapa hari selepas berita mengenai yuran pengajian Akademi Pengajian Islam UM dikatakan naik mendadak sebanyak 75 peratus bagi setiap jam kredit mata pelajaran, Universiti Malaya (UM) menjelaskan tiada kenaikan yuran akan berlaku.  Sebaliknya menurut Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin , yang sedang berlaku ialah proses mendapatkan maklum balas daripada penuntut akademi itu.  (Laporan Bernama di Berita Harian)

Maklumbalas yang dikehendaki walaubagaimanapun telah disuarakan melalui satu emel kepada sebuah akhbar tabloid yang antaranya menyatakan kebimbangan terhadap kemungkinan ramai yang tidak mampu meneruskan pengajian mereka.

Mohd Salman Hamid yang menghantar emel tersebut turut menyatakan harapan agar pihak pentadbiran mengambil kira situasi mahasiswa yang sudah sedia terbeban dengan pelbagai masalah dan kekangan.  (Laporan penuh di HarakahDaily.net)

Dalam pada itu mahasiswa menyambut baik respon yang diberikan oleh pentadbiran UM berkenaan isu ini.  SMS berkenaan isu ini mula disebarkan kepada para pelajar UM.  Saudara Mohd Faisal bin Mustaffa selaku wakil fakulti Akademi Pengajian Islam UM turut menyatakan kesyukuran sebagai mengulas isu tersebut di blog rasmi beliau.

Apr
22nd

Pindaan Lokasi Peperiksaan Terkini Rabu 23 April 2008

Berikut adalah e-mail yang diterima melalui PerdanaMail daripada Seksyen Peperiksaan, Bahagian Akademik Universiti Malaya:

Assalamualaikum/ Salam Sejahtera,

Kepada semua warga kampus,

Dimaklumkan bahawa Seksyen Peperiksaan telah menukar lokasi
peperiksaan yang telah dijadualkan pada 23/04/2008. Pindaan ini
khususnya untuk kertas-kertas yang dijadualkan di BANGUNAN
PEPERIKSAAN, ARAS 1 DAN ARAS 2.

Bagi pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan dan
pengawas-pengawas peperiksaan yang terlibat, sila layari laman WEB
UMPORTAL.UM.EDU.MY atau UMISISWEB.UM.EDU.MY untuk maklumat lanjut
mengenai jadual peperiksaan. ADALAH DIINGATKAN BAHAWA PELAJAR-PELAJAR
DAN PENGAWAS-PENGAWAS PEPERIKSAAN DIMINTA MELIHAT PERUBAHAN JADUAL
DARI SEMASA KE SEMASA. Pihak Seksyen Peperiksaan juga akan menampal
notis berkenaan perubahan jadual tersebut.

Sekian untuk makluman.

b/p    SEKSYEN PEPERIKSAAN

BAHAGIAN AKADEMIK

UNIVERSITI MALAYA
————————————————————————————
UNIVERSITY OF MALAYA  -  ” Producing Leaders Since 1905 “

 

Jadual pindaan baru tersebut tidak dapat dipaparkan melalui laman web ini, tetapi boleh dimuat turun di sini. Selamat Menghadapi Peperiksaan!

Apr
22nd

Pindaan Lokasi Peperiksaan Terkini Selasa 22 April 2008

Boleh terus download Jadual terkini dalam bentuk .doc di sini

 

KEET 4208 & PBET 2106

Kursus : KEET4208 dan PBET2106

Tarikh : 22 April 2008

Masa : 8.30 pagi

Lokasi Asal : Aras 1 Bangunan Peperiksaan

Loksi Terkini : Audi Perdanasiswa

Ketua Pengawas : DR. WAN NORLIZA BINTI MAHADI

Pengawas : Dr. Wan Norliza Binti Mahadi (KEET4208)

Dr. Mohd Rashid Bin Mohd Saad (PBET2106)

 

GXEX 1402

 

Kursus : GXEX 1402

Tarikh : 22 April 2008

Masa : 11.30 pagi

Lokasi Asal : Bilik Khas, Aras Bawah Bangunan Peperiksaan

Loksi Terkini : Dewan Perdana 1 , Kompleks Perdanasiswa

 

GXEX 1410

 

Kursus : GXEX 1410

Tarikh : 22 April 2008

Masa : 15.00 petang

Akademi/Fakulti/Pusat

Lokasi Asal

Lokasi Terkini

Bil.

APIslam

API -1

KEKAL di API 1

459

APMelayu

APM 1- Semarak

KEKAL di APM 1- Semarak

232

Alam Bina

DTC

Auditorium Alam Bina

21

Bahasa & Linguistik

APM 2- Angsana

KEKAL di APM 2- Angsana

110

Ekonomi & Pentadbiran

Aras 2 Bangunan Peperiksaan

Dewan Kuliah Fak. Ekonomi

209

Kejuruteraan

(Awam,Bahan,CAD/CAM,

Elektrik,Kimia)

Aras 1 Bangunan Peperiksaan

Auditorium

Perdanasiswa

186

Kejuruteraan

(Mekanik,Pembuatan,

Alam Sekitar,Telekomunikasi,

Bioperubatan,

Komputer)

Aras 1 Bangunan Peperiksaan

DTC

202

Pendidikan

Audi Perdanasiswa

Dewan Kuliah Fak. Pendidikan

185

Perniagaan & Perakaunan

DTC

Dewan Kuliah

Fak. Perniagaan & Perakaunan

187

Perubatan

(MBBS, Kejururawatan)

DTC

Dewan Peperiksaan Fak. Perubatan

245

Perubatan

(Bioperubatan,Farmasi)

DTC

Dewan Peperiksaan Pascaijazah Fak. Perubatan

101

Pergigian

Aras 1 Bangunan Peperiksaan

Dewan Kuliah 2

Fak. Perubatan

87

Sains

Aras 1 Bangunan Peperiksaan

DTC

653

Sastera & Sains Sosial

Aras 2 Bangunan Peperiksaan

Dewan Kuliah FSSS

515

Undang-undang

Audi Perdanasiswa

KEKAL di Audi Perdanasiswa

101

P. Kebudayaan

Dewan Tunku Canselor

APM 1-Semarak

97

Pusat Sukan

APM 2- Angsana

API-2

80

FSKTM

API -2

KEKAL di API -2

123

Sumber : UMISISWEB

Apr
21st

Pindaan Lokasi Peperiksaan Terkini 21 April 2008

Berikut merupakan salinan daripada e-mel yang diterima melalui PerdanaMail:

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Dimaklumkan terdapat pindaan terhadap lokasi peperiksaan pada
21/04/2008. Sila semak lokasi peperiksaan dari semasa ke semasa.
Lokasi boleh disemak di dalam UMISISWEB, UMPORTAL, register.um.edu.my
dan di papan notis kolej kediaman dan fakulti masing-masing. (link ke Fail PDF di sini)

GXEX 1403 & GXEX 1411

 

GXEX 1401

 

 

GXEX 1412

SEKSYEN PEPERIKSAAN

BAHAGIAN AKADEMIK

UNIVERSITI MALAYA
——————————

——————————————————
UNIVERSITY OF MALAYA - ” Producing Leaders Since 1905 ”

 

Ataupun boleh terus ‘view’ dalam bentuk PDF di sini.