Bangunan Peperiksaan UM terbakar!
-
Belumpun habis demam peperiksaan di alami oleh setiap mahasiswa/i UM, warga kampus digemparkan dengan berita Bangunan Peperiksaan(BP) terbakar! Kebakaran kecil yang berlaku itu dikatakan punca mengapa jadual peperiksaan yang sepatutnya dijadualkan pada hari semalam, 19 April 2008 di bawa kepada 20 April 2008.
Tempat-tempat yang dijadualkan juga diubah ke tempat selain BP, iaitu di Dewan Tunku Canselor (DTC), Akademi Pengajian Islam (API) dan Akademi Pengajian Melayu (APM). Rujuk UMISISWEB.
Sumber yang diperolehi mengatakan bahawa pelajar-pelajar tahun pertama yang mengambil peperiksaan kursus English Enhancement 1 mendapati asap tebal di Bangunan Peperiksaan. Ada juga sumber yang menyatakan Prof. Amin TNC Akademik dan Pengantarabangsaan memberitahu bahawa penukaran jadual berlaku kerana BP terbakar.Dikatakan kebakaran berlaku di bahagian stor, dan tidak melibatkan seluruh Bangunan Peperiksaan. Punca kebakaran ialah disebabkan oleh litar pintas.
Apapun UMISISWEB juga meminta mahasiswa untuk memberikan perhatian kepada sebarang perubahan daripada 21/4/08 sehingga 26/4/08. Di laman utama UMISISWEB, bahagian events menyatakan: STUDENTS ARE REQUESTED TO CHECK THE CHANGES IN THE EXAMINATION SCHEDULE AT THE UMISISWEB WEBSITE FROM TIME TO TIME FOR ALL EXAMINATIONS SCHEDULED FROM 21/4/2008 TO 26/4/2008
Respon awal mahasiswa berbelah bahagi samaada untuk mempercayai apa yang berlaku ataupun tidak. Ada yang terkejut dan menganggap perkara ini suatu yang serius, dan perlu di ambil perhatian serius dari pentadbiran UM (sini). Tidak kurang juga yang menanggap isu ini sebagai perkara yang kelakar (sini).
Di dalam komuniti virtual Friendster juga mula diedarkan ‘message’ bernada sinikal berkenaan dengan kebakaran yang berlaku selain mengingatkan mahasiswa untuk mendapatkan informasi berkenaan penukaran jadual yang mungkin berlaku lagi dari UMISISWEB dan melalui SMS.


Komen Siswa/i