” Ini adalah hak dan pendirian beliau, beliau bebas untuk menentukan halatuju perjuangannya sendiri, namun saya tetap optimis bahawa agenda perubahan dan pro-reform yang diperjuangkannya sebelum ini akan tetap mampu direalisasikan walaupun berada di dalam UMNO kerana beliau seorang yang berpegang teguh kepada prinsip menentang rasuah dan menegakkan keadilan seperti mana yang saya kenal”
-Shahir Abdul Aziz
” Saya tetap melihat ia sebagai satu perkembangan yang positif, mengekang pemimpin yang rasuah adalah agenda yang patut disokong walaupun terpaksa mempertahankan pemimpin yang lemah. Ezam pasti tahu dan sedar apa yang dia sedang lakukan walaupun imejnya jelas terjejas teruk”
-Hasbie Muda
“Saya merasakan kemasukan Ezam tak akan menjejaskanPakatan (Pakatan Rakyat) kerana Pakatan menang besar dalam Pilihan Raya Umum tanpa beliau berada bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR). Bagi saya, ianya tidak bermakna apa-apa”
-C. Vignesh Kumar
Posted by admin |
1 Comment »

Kemelut kenaikan harga beras kini menjadi tajuk penting dalam perbualan umum. Malah ia juga meleret ke perbahasan dan soal-jawab di Parlimen. Macam-macam idea bernas dan bengong diberikan mengenai kemelut itu.
Saya agak tertarik mengenai cadangan supaya mengurangkan makan nasi sebagai kaedah untuk keluar daripada kemelut itu. Dari segi kesihatan, memanglah itu yang baik iaitu mengurangkan jumlah nasi dimakan dan gantikan dengan makanan lain. Tapi bukan bermakna saya bersetuju. Yang pelik bagaimana beras boleh cukup, kemudian sebagai harga barang kawalan tapi ia tetap boleh naik. Kalau macam tu baik tak yah kata ia sebagai barang kawalan.
(more…)
Posted by admin |
2 Comments »

“Sesungguhnya sebilangan daripada ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian, tetapi bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” Riwayat Bukhari dan Muslim.
Nas hadis di atas jelas merupakan satu amaran daripada baginda Rasulullah SAW tentang aspek berpakaian yang tidak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam Islam. Amaran tersebut merangkumi cara berpakaian yang nipis atau jarang, berpakaian ketat atau membentuk tubuh badan dan mendedahkan bahagian-bahagian tubuh tertentu. Untuk apa amaran tersebut? Sudah tentulah demi menjaga maruah wanita Islam, selain merupakan bukti kecintaan baginda kepada umatnya.
(more…)
Posted by admin |
8 Comments »
Dalam orientasi penggubalan suatu rang undang-undang, ada satu istilah yang dipanggil ‘mala fide’ yang merujuk kepada penciptaan suatu undang-undang dengan niat yang & tujuan yang buruk. Jelas melalui penelitian ahli undang-undang, AUKU digubal atas suatu keadaan yang bersamaan dengan keadaan di atas.
Buktinya, AUKU digubal sebaik sahaja berlaku bantahan demi bantahan dari mahasiswa ekoran kelemahan yang ketara sehingga tercetusnya tragedi 13 Mei sewaktu Malaysia di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putra (kini Allayarham) pada waktu tersebut.
(more…)
Posted by admin |
1 Comment »


Oleh:Jabdin Juhat
Di Malaysia menjadi seorang pemimpin yang aktif bukanlah sesukar mana.Penulis sendiri pernah menjadi pemimpin mahasiswa di kampus.Tidak pernah pula penulis merasakan diri penulis dikongkong.Bagi penulis jika ada sesuatu yang boleh dikritik dengan fakta yang tepat maka ia satu tanggungjawab untuk memberi pendapat. (more…)
Posted by admin |
No Comments »

Apabila Tun Mahathir Mengumumkan perletakan jawatanya selaku ahli seumur hidup UMNO,ramai yang terkejut.Ada yang benar-benar terkejut dan ada juga yang buat-buat terkejut.Tidak kurang juga yang buat-buat tak tahu.
(more…)
Posted by admin |
3 Comments »
ADUAN PERTAMA
“Assalamualaikum..
Hari ini, 1 Mei 2008 (Khamis), pihak pentadbiran kolej 10 tlh mengeluarkan senarai nama penghuni kolej 10 (senior) yg layak utk menetap di kolej ini. Tetapi amat malang, kerana nama sy dan beberapa lagi yang aktif dlm program kolej khususnya sy di dalam JKP Balai Islam tidak mendapat tempat di Kolej 10 ini.
Di dalam keterlibatan saya di JKP Balai Islam semua ahli
mengetahui sehinggalah program yg terakhir anjuran JTK Kolej 10 sendiri dengan kerjasama Balai Islam..Tetapi sy amat terkejut apabila melihat bahawa markah merit sy 0…Sedangkan sy menjadi Pengarah Program..
Di mana penjelasan pihak JTK..Jadi sy berharap agar pihak MPMUM dapat mengatasi masalah ini dan sy akan beri kerjasama dlm sebarang penyelesaian terhadap isu ini..Wassalam”
sumber:borang aduan www.mahasiswakini.com
(more…)
Posted by admin |
2 Comments »

Menurut sumber seorang blogger UM, khidmat bonda Rafiah akan dilanjutkan enam bulan lagi. Sebelum itu, saudara Razali Md Din yang merupakan pemilik laman blog tersebut mengemukakan satu artikel yang berkisar tentanng persoalan samaada khidmat Naib Canselor UM tersebut akan dikekalkan.
(more…)
Posted by admin |
No Comments »