Logo Background RSS

Lagi Soal Siasat Berkenaan Isu Dewan Terbakar Di UM

  • KUALA LUMPUR - Menurut seorang ahli MT MPMUM, saudara Mohd Hasbie, beliau dan rakan-rakannya telah dipanggil untuk menjalani soal siasat di IPD Brickfields bersama rakan-rakan yang lain.  Beliau yang beranggapan bahawa walaupun pengalaman tersebut agak membuang masa, turut memberikan kerjasama dalam siasatan tersebut.

    “Nampaknya inilah bahananya berketuakan seorang pemimpin yang lemah dan perlahan.Banyak masalah-masalah yang ‘nonsense’ timbul bersilih ganti sedangkan kerja-kerja sebenar masih belum bergerak laju”, kata saudara Hasbie dalam mengulas isu tersebut di blognya.

    Saudara Faisal yang juga merupakan ahli exco MPMUM turut berkongsi dengan pembaca blognya berkenaan pengalamannya menjalani siasatan polis di IPD Brickfields. Selain itu, saudara Haafizuddin (YDP PMIUM) dan saudara Vignesh (ahli exco MPMUM) turut dipanggil untuk menjalani soal siasat.

    Soal sisasat yang bermula jam sekitar 5 petang tersebut berakhir lewat jam 10 malam.

Leave a Comment