Gambar bersama Ayahanda TNC HEPA & En. Apandi ketika skuad PMIUM menyertai kajain e-voting di UIAM pada 13 Jun 2008
( Dari kiri : En. Apandi, Jabir, saya, Ayahanda TNC & Naim Sauqi )
Pada 13 Jun ( Jumaat ), seramai 6 orang ahli PMIUM iaitu saya, Jabir ,Naim Sauqi bersama 3 orang siswi Hewi PMIUM menyertai kajian e-voting di UIAM. Permohonan wakil PMIUM diluluskan selepas saya mencadangkan agar ada wakil PMIUM menghadiri kajian e-voting ini kepada TNC semasa perjumpaan pimpinan PMIUM bersama Bonda NC pada 5 Jun yang lalu.
Semasa menghadiri sesi taklimat, wakil PMIUM seramai 6 orang mendominasi kehadiran kerana wakil MPMUM hanyalah 2 orang iaitu Afandy & Fatni bersama 2 orang wakil JTK kolej 12. Sesi perbincangan rancak apabila banyak pertanyaan yang diajukan oleh Ayahanda, wakil PMI dan juga MPM juga. Mengikut perbandingan sistem perlaksaan e-voting antara UPM dengan UIAM, kelihatannya sistem di UIAM lebih mesra pelajar dan “agak” telus dari sudut sisi keselamatan dan kerahsiaan undi.
Saya sempat mencadangkan kepada Ayahanda supaya dijalankan survey ke atas mahasiswa untuk mengetahui sejaumana kepercayaan mahasiswa terhadap sistem e-voting. Namun Ayahnada memberitahu selagimana survey dijalankan selagi itu sistem ini tidak dapat diaplikasikan. Saya agak terkilan, kerana setahu saya Ayahnada sendiri memberitahu kami (pimpinan PMI) ketika sesi perjumpaan dengan Bonda NC menyatakan agar diadakan survey dan research sebelum melakukan sesuatu program kerana UM merupakan universiti penyelidikan. Pada hemat saya, demokrasi dan ketelusan itu hanya akan dicapai selepas mahasiswa yakin dan percaya dengan sistem yang akan dijalankan dalam PRK nanti. Maksudnya, sesuatu sistem tidak akan “valid” jika manusia tidakpercaya kepada sistem itu.
Ketika sesi taklimat tamat, saya meminta wakil HEP UIA untuk memberikan slide presentation tadi kepada saya, namun dihalang oleh Saudari Fatni dengan berkata, “Tolong bagi slide ni pada MPMUM sahaja”. Namun, pegawai tersebut tidak menghiraukan katanya lalu memberi slide itu kepada saya juga. Saya hanya tersenyum sinis kepada saudari Fatni.
Dimaklumkan oleh ayahanda, kemungkinan besar UM akan menjalankan sistam e-voting tetapi bukan pada sesi PRK kali ini. Berkemungkinin PRK akan datang sesi 2009. En. Aidil ( seorang pegawai Pusat Teknologi Maklumat (PTM) ) meminta kepada TNC akan menyiapkan sistem ini dengan tempoh masa setahun.
Sebelum mengakhiri, satu perkara yang agak lucu ialah apabila selesai taklimat tamat, En. Amir Basha ( pegawai HEP UIAM ) bersalam dengan saya dan bertanya : “Awak wakil MPP ke?”, saya lantas berkata : “Tidak wakil persatuan sahaja”. Dan selepas itu, En. Amir bersalaman dengan Afandy dan bertanya. “Awak wakil kolej ?”, Afandy menjawab : ” Oh, tidak, saya YDP MPMUM”. Sebenarnya, pegawai HEP UIA itu keliru. Mungkin disebabkan pemakaian wakil PMIUM yang koparat dan kemas (tie & blazer ) dianggap wakil MPMUM berbanding danga saudara Afandy yang hanya bertshirt sahaja.
Roadshow seterusnya untuk kajian e-voting ini, kemungkinan besar di Universiti Perguruan Sultan Idris ( UPSI). Saya harap, wakil PMIUM dibenarkan untuk menghadiri kajian seperti ini supaya mengetahui sejauhmana sistem e-voting relevan dilaksanakan di UM.
Oleh:Razali Zaidin






By kd on Jun 18, 2008 | Reply
weird to have non MPPs goin for this sort of things…. so much of ASPIRASI, where r d rest? Its kinda embarassing to c a YDP goin out on meeting like this wearing t-shirt…. If tnc could spend sometime dressing up formally, why can’t d YDP do d same thing…?
of course, the purpose of this article is to discuss abt e-voting, but somehow rather the author felt tht the comment on attire was as important as the e-voting…. thts y he dedicated a paragraph for it…. this author sure has a lot anger issues with the MPP ;p
By Malaysian on Jun 19, 2008 | Reply
It’s really hilarious (more of a shame to UM)to know that YDP of MPMUM cant even show respect to a function of importance like this. And Saudari Fatni’s reaction on the slides issue is a compliment to the whole ‘funny’ situation =p
Nonetheless,I think it’s bias to rule that the whole MPMUM members are like these two fellas mentioned coz I know of those who are really dedicated and at times frustrated with certain hanky-panky of ‘certain’ figure in leadership. These friends who I know are not interested in ASPIRASI or GAGASAN petty fights but to serve students of UM
-shalom-