Jun
26th

Minggu Haluan Siswa UM 2008 Lebih Matang - NC

Files under Berita Semasa | Posted by admin

KUALA LUMPUR 25 Jun - Naib Canselor Universiti Malaya, Datuk Rafiah Salim mengumumkan bahawa perlaksanaan Minggu Haluan Siswa Universiti Malaya (MHS UM) yang akan berlangsung pada 29 hingga 5 Julai akan dikendalikan dengan lebih matang dan bersifat intelektual.

Antara keputusan yang diambil adalah dengan menghapuskan pertandingan sorakan ‘cheers’ atau dikenali sebagai ’supp’ di kalangan mahasiswa UM.Ini bertujuan untuk memastikan mahasiswa baru tidak dibebankan dengan aktiviti yang kurang berfaedah sehingga matlamat sebenat MHS tidak dicapai sepenuhnya.Menurutnya lagi, pertandingan sorakan adalah tradisi baru yang dihidupkan bertujuan untuk mengurangkan tekanan mahasiswa baru sepanjang melalui minggu orientasi.Namun, apabila wujudnya pertandingan ‘cheers’ maka mahasiswa akan melihat ianya bukan sekadar untuk tujuan hiburan tetapi adalah sesuatu kewajipan yang terpaksa diaulakan.

” Perdana Menteri kita dan pemimpin-pemimpin negara hari ini tidak melalui pertandingan-pertandingan sebegini sewaktu mereka menjadi mahasiswa di universiti ini, namun mereka tetap mampu menjadi pemimpin dan individu hebat.

Maka, janganlah terlalu melihat pertandingan ‘cheers’ ini sebagai satu kepentingan yang mendesak.Pihak pentadbiran hanya menghapuskan pertandingannya namun ‘cheers’ masih boleh dilakukan sekali-sekala”Beliau dilaporkan berkata.

Selain itu, pihak pentadbiran UM juga menetapkan agar MHS ditamatkan lebih awal berbanding sebelumnya. Sebelum ini, pembantu mahasiswa (PM) sewenang-wenangnya melanjutkan masa MHS sehingga lewat malam sehingga mengundang aduan dan ketidak-puashatian ibu bapa dan mahasiswa baru sendiri.

Dalam perkembangan yang sama,beberapa pemimpin mahasiswa Universiti Malaya melahirkan sokongan terhadap keputusan tersebut dan berharap agar perlaksanaannya dipantau dengan baik.Yang DiPertua Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMIUM) saudara Haafizuddin Abirerah dilaporkan bersetuju dengan keputusan tersebut.

“Memang dalam pertemuan PMIUM dengan NC yang lepas, pihak kami ada menyuarakan beberapa cadangan dalam MHS dan Alhamdulillah pihak Naib Canselor bersetuju dengan cadangan tersebut.Kami optimis, dengan pengendalian MHS yang lebih matang dan intektual, mahasiswa baru akan lebih selesa dan terkesan dengan modul dan aktiviti yang dilaksanakan”.

Dalam pada yang sama, ahli Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) saudara Mohd Hasbie Muda melahirkan sokongan terhadap beberapa perubahan yang dilakukan pihak pentadbiran.Beliau optimis bahawa mahasiswa baru akan lebih mendapat input yang optimum daripada mengendalian MHS yang lebih baik kini.

Selain itu,beliau juga berharap agar elaun pembantu mahasiswa yang dikurangkan pada kali ini dikaji semula.

“Elaun pembantu mahasiswa tidak wajar dikurangkan.Saya mencadangkan agar pihak pentadbiran memikirkan semula keputusan itu.Memanglah mereka dilatih untuk bersifat ikhlas dalam mengendalikan MHS , namun sepanjang berpenat-lelah dan menghabiskan banyak masa,tenaga dan wang ringgit bagi menjayakan program penting ini,maka mereka perlu diberikan umbuhan cenderahati yang lebih setimpal sebagai penghargaan” -mahasiswakini

Post a Comment