KUALA LUMPUR 29 Jun - Para pimpinan dan seluruh ahli PMIUM mengucapkan ‘Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum’ kepada semua mahasiswa baru yang mendaftar di Universiti Malaya pada hari ini.Hampir 89 orang ahli termasuk para pimpinan utama PMIUM dilihat menyambut kehadiran mahasiswa baru di pintu masuk universiti dari Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.
Yang DiPertua PMIUM, saudara Haafizuddin Abirerah melahirkan rasa gembira di atas sambutan yang diberikan oleh mahasiswa baru dan keluarga mereka.Menurutnya lagi, hampir 1300 unit pamplet PMIUM berjaya diedarkan bertujuan untuk memperkenalkan persatuan itu kepada warga kampus yang baru.
Pengerusi JKP Akademik dan Intelektual PMIUM, saudara Ridzuan Mohammad pula melahirkan rasa terharu dan berpuas hati di atas komitmen dan kesungguhan ahli-ahli PMIUM dalam menjayakan program sambutan mahasiswa baru tersebut.
“Saya ucapkan jutaan penghargaan kepada rakan-rakan PMIUM yang komited bertugas untuk menyambut mahasiswa.Ada ahli yang tidak berganjak walaupun hujan mulai turun renyai-renyai pada pukul 10.20 pagi.Saya berharap agar komitmen ini berterusan dalam memperksakan agenda dakwah di kampus kita.Terima kasih juga kepada pihak keselamatan,ayahanda TNC HEP,Encik Apandi Khalib dan staf-staf UM yang memberikan kerjasama terbaik kepada kami”
Beberapa pimpinan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) iaitu saudara Mohd Hasbie Muda, Mohd Faisal Mustaffa, Hilman Nordin dan Izzat Amin turut dilihat bersama-sama menjayakan sambutan tersebut.
Program sambutan ditangguhkan pada pukul 10.30 pagi kerana hujan mulai lebat.Tiada insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang sambutan tersebut diadakan.Trafik di pintu masuk kedua-dua pintu utama kampus juga berjalan lancar tanpa gangguan.-mahasiswakini








By Zulkifli Rahman on Jun 29, 2008 | Reply
Salam..
hidup PMIUM!
Teruskan berkhidmat demi mahasiswa..Kami menyokong perjuangan PMIUM!!
By Malaysian on Jun 29, 2008 | Reply
Kudos for PMIUM who cares for Islam.Nonetheless,I wonder how does your agenda benefit the whole campus community as a whole?Is Islam exclusive for Malay Muslim only?
What are you doing for the non-Malays in campus?
Is your fight or perjuangan for all children of God or exclusive?
I’m just confuse as my understanding of Islam in different.Correct me as a brother if I am wrong.
By Admin on Jun 30, 2008 | Reply
Respon kepada Malaysian,
pmium mengambil berat kpd kebajikan semua mahasiswa.Dalam makluman yang saya perolehi pagi tadi.hampir 75% pamplete dan juadah ringan yang diagihkan di gate PJ UM adalah kepada mahasiswa baru/keluarga yang non muslim/non malay..
selain itu,hampir tiap2 bulan akan menziarahi ppum yang terdiri dari kalangan berbilang bangsa..tak kira samada dari bangsa cina atau india..saya pernah menyertai mereka..cukup close hubungan pmi dgn para pesakit di ppum..
makluman lanjut,saudara boleh berhubung dengan pimpinan2 pmium,antaranya saudara razak,exco kebajikan dan perpaduan 013-2965731..tq
By ML on Jun 30, 2008 | Reply
Dear Malaysian,
As a Malaysian, you are living in a country known as Malaysia, where Islam is the official religion.
I would like to answer some of your questions as there are some questions that requires me as a Muslim, to correct the wrong indication that you have in mind.
Is Islam exclusive for Malay Muslim only?
NO, Islam is not exclusive for Malay Muslim only, Islam is for all.
Is your fight or perjuangan for all children of God or exclusive?
I don’t know about the “fight or perjuangan” of PMIUM as I am like you too, a reader of mahasiswakini.com. However, I would like to correct the statement “all children of God” that you mentioned, because for your information, “God begets not, nor was God begotten” (God doesn’t produce a child of His own, nor He is being produced from anything).
And according to the last line in your comment, you said that your “understanding of Islam is different”? I suggest you to get a “clearer” understanding of Islam, because Islam is beautiful.
That’s all from me, a servant of Allah.
By albafuni on Jun 30, 2008 | Reply
Asalamualaikum….
tahniah atas adanya 1 wadah seperti ini semoga antum semua semakin dekat dihati mahasiswa2…
jadikan ia satu manesma penyampaian yang betul2 berkesan untuk mencapai matlamat antum… Takbir!!!!!!!!!!!!!