Jul
28th

UM tidak potong wang untuk bas ‘Shuttle’ - TNC HEPA

Files under Isu Kampus | Leave a Comment

Kuala Lumpur 24 Julai - Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEP&A) hari ini menegaskan bahawa pihak pentadbiran universiti tidak pernah sama sekali mengambil tindakan memotong wang pelajar sewenang-wenangnya semata-mata untuk memberikan perkhidmatan bas shuttle percuma kepada pelajar.

Sebalikya beliau menegaskan bahawa peruntukan tersebut ditanggung sepenuhnya oleh pihak Universiti Malaya dengan meluluskan perbelanjaan hampir RM 1 juta.

Beliau berkata demikian ketika ditanya oleh ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM), Ahmad Shahir Abdul Aziz dan Mohamad Hilman bin Nordin dalam satu perjumpaan membincangkan hal ehwal kebajikan mahasiswa.

(more…)

Jul
24th

Melayu Fobia : SMM Jawab PKPIM

Files under Isu Semasa | Leave a Comment

PETALING JAYA 24 Julai - Setelah dilabel “Melayu-fobia” oleh rakan seperjuangannya, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hari menjelaskan ia tidak menolak sebarang dialog tetapi menegaskan isunya haruslah untuk semua kaum dan agama.

Pengerusi SMM Syeikh Omar Ali juga menyifatkan “muzakarah” Umno-PAS kini sebagai “senjata jahat yang digunakan oleh Umno” dan boleh “menjerumuskan diri (PAS) kepada perangkap berbahaya” parti tersebut.”

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) semalam membidas semula SMM, yang mengkritiknya kelmarin kerana menyokong muzakarah pemimpin-pemimpin Melayu, agar “tidak menjadi Melayu-fobia.”

SMM, satu gabungan mahasiswa pelbagai kaum, menganggap sokongan PKPIM pemimpin-pemimpin Melayu bermuzakarah tentang nasib umat Melayu sebagai “tidak sesuai.”

(more…)

Jul
24th

Yuran Tambahan RM100 Kolej 7 Membebankan

Files under Isu Kampus | 8 Comments

um.jpg

KUALA LUMPUR 24 Julai - Tindakan pihak pentadbiran Kolej Kediaman Zaaba Universiti Malaya (KK7) yang mengenakan yuran tambahan RM100 kepada semua mahasiswa tahun satu yang menginap di kolej itu menmbebankan.

Beberapa mahasiswa tahun satu melahirkan rasa hairan mengapa yuran tersebut dikenakan sedangkan kolej-kolej lain tidak ada caj yuran yang sedemikian.

“Pihak kolej sepatutnya menyenaraikan dengan jelas item tujuan yuran tambahan ini.Sudahlah yuran pengajian dan penginapan di UM agak mahal berbanding IPTA yang lain, pihak kolej pula mencekik darah” Ujar seorang mahasiswa tahun satu yang mahu namanya dirahsiakan.

(more…)

Jul
23rd

SMM dan PKPIM Diminta Usah Bertelingkah

Files under Berita Semasa | 2 Comments

KUALA LUMPUR 23 Julai - Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), saudara Mohd Hasbie Muda menegur pertelingkahan terbuka yang berlaku antara pimpinan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berkaitan isu muzakarah antara PAS dan UMNO.

Beliau ketika dihubungi berpendapat bahawa isu muzakarah itu hampir menjadi polemik apabila ramai pihak memberikan pandangan tanpa mengetahui keadaan yang sebenar.

hasbie.jpg

(more…)

Jul
23rd

PKPIM Sifatkan SMM ‘Melayu Fobia’

Files under Berita Semasa | 5 Comments

KUALA LUMPUR 23 Julai - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menggesa Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), yang mengkritiknya semalam kerana menyokong muzakarah pemimpin Melayu, “tidak menjadi Melayu-fobia.”

“PKPIM ingin mengingatkan SMM agar tidak menjadi Melayu-fobia,” kata setiausaha agungnya Abdul Muntaqim Zulkipli.

img46ec8feada9d6.jpg

 

“Perpaduan umat Melayu, sama juga seperti perpaduan bangsa-bangsa lain di negara ini, adalah penting demi menjamin kestabilan dan keharmonian.
(more…)

Jul
22nd

Isu Pengangkutan; Berikan Maklumbalas - Prof Khaw

Files under Isu Kampus | 3 Comments

khaw.jpg

KUALA LUMPUR 22 Julai – TNC Pembangunan Universiti Malaya,Professor Khaw Lake Tee meminta mahasiswa untuk memberikan maklumbalas segera dalam perubahan pelaksanaan beberapa dasar terutama yang melibatkan sistem pangangkutan di Universiti Malaya.

Beliau juga menyifatkan tindakan yang diambil yang merangkumi tiga perubahan major di dalam universiti sebagai satu tindakan bahagian pengurusan setelah menerima maklumbalas daripada pelbagai pihak untuk melihat satu sistem aliran pengangkutan yang lebih selamat di UM.

(more…)

Jul
17th

Debat Anwar Shabery : Komentar Mahasiswa

Files under Isu Semasa | 3 Comments

img_5130.JPG

“Suatu budaya sihat yang menunjukkan keterbukaan oleh kedua-dua pemimpin dalam amalan demokrasi ke arah Malaysia yang baru, yang menampilkan kematangan penghujahan dan penguasaan pentas bukan sekadar retorik serta kepekaan menganalisis isu dan karismatik kepimpinan teruji secara praktikaliti.

Kemahiran menguasai isu dalam menggagaskan satu dasar efektif berkaitan dalam memerhati krisis ekonomi secara makro dan mikro, keberjayaan mengemukakan formula bernas dan mengutarakan idea penyelesaian secara jelas dalam menangani isu harga minyak yang akhirnya merentas kepentingan politik partisan .Semoga debat sebegini akan diteruskan dari masa ke masa.Mahasiswa berbangga mempunyai 2 tokoh mantan pimpinan pelajar yang berwibawa.UM dan PMIUM producing leaders. ”

-Azlan Zainal, Presiden Parti Mahasiswa Negara

“Debat yang tidak seimbang.Sepatutnya pihak kerajaan diwakili oleh Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri.Ataupun jika kedua-dua pemimpin itu belum bersedia, wakilkanlah pemimpin yang boleh dianggap tokoh dalam berpidato , misalnya Datuk Zahid Hamidi.Apapun tahniah kepada kedua-dua panel.”

-Mohd Hasbie Muda, Bendahari Agung PMIUM

(more…)

Jul
10th

FESKUM ‘08 Dijangka Lebih Telus

feskum.jpg

Kuala Lumpur 9 Julai - Festival Konvokesyen Universiti Malaya (FESKUM ‘08) dijangka akan dilaksanakan dengan lebih telus dan bermakna.Festival anjuran MPMUM tersebut diadakan saban tahun bagi meraikan graduan UM yang akan bergraduasi pada bulan ogos nanti.

(more…)