KUALA LUMPUR 1 Julai - Pimpanan utama mahasiswa Malaysia,YDP PMIUM dan Presiden PKPIM meminta agar rakyat bertenang dan tidak mudah terpengaruh dengan provokasi media yang sengaja memanipulasi isu liwat berkaitan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
YDP PMIUM, saudara Haafizuddin Abirerah ketika dihubungi menasihatkan rakyat khususnya mahasiswa agar tidak mudah terperangkap dengan sebarang provokasi pihak media yang nyata berat sebelah.Beliau kesal kerana ada media arus perdana yang seolah-olah sudah menentukan bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim memang bersalah.
“Media seharusnya faham bahawa peranan mereka adalah untuk mengekalkan kesejahteraan di kalangan rakyat.Mereka tidak boleh menggunakan kesempatan yang ada untuk keuntungan politik yang dicatur oleh pihak-pihak tertentu.Berita yang bersifat prejudis, manipulatif dan provokatif boleh menimbulkan suasana tegang di kalangan rakyat” ujar beliau ketika dihubungi.
Presiden PKPIM, saudara Hilmi Ramli pula dalam kenyataan medianya meminta kepada semua rakyat Malaysia supaya tidak menimbulkan situasi huru hara ketika negara ditimpa fitnah yang besar kali ini. Tuduhan liwat terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim sekali lagi dicetuskan, sekaligus membuka ‘luka lama’ sepuluh tahun lepas.
“PKPIM merasakan sudah cukup kita melalui situasi getir dan huru hara ketika fitnah liwat dilontarkan kepada individu Dato Seri Anwar Ibrahim. Perbuatan memfitnah tanpa menghadirkan bukti dan kenyataan yang kukuh merupakan perbuatan yang zalim dan menganiya orang.
Oleh kerana itu, Islam menekankan bahwa tuduhan liwat mestilah didatangkan dengan empat orang saksi dan bersumpah di mahkamah atas nama Allah, jika benar ataupun tidak melakukan perbuatan terkutuk itu. Perbuatan memfitnah merupakan dosa yang dasyat dalam Islam, kerana akhirnya boleh menimbulkan huru hara dalam masyarakat.
Perpecahan dan keamanan negara boleh tergugat akibat budaya fitnah menjadi ‘permainan’ politik pemimpin politik. Akhirnya nanti, wujud generasi yang berakar budaya fitnah dalam hidupnya. Makanya, jika budaya fitnah sudah mendarah daging, negara akan kucar kacir dan tidak aman.”
Menurutnya lagi “PKPIM menggesa kepada pihak berwajib supaya melaksanakan tugas dengan adil dan amanah. Seharusnya laporan liwat terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim bukan satu- satunya isu orang kenamaan yang perlu diberi tumpuan besar. Malah banyak lagi kes melibatkan moral dan akhlak orang kenamaan lain yang turut sepatutnya disiasat. Isu rasuah, salah guna amanah rakyat, keruntuhan akhlak pemimpin dan sebagai tidak harus dipinggirkan.”
PKPIM juga menyeru agar semua umat Islam dapat mendoakan yang terbaik untuk semua rakyat Malaysia, supaya keadaan sekarang tidak berlanjutan menimbulkan suasana huru hara dan ketidakamanan.-mahasiswakini







By boysepang on Jul 4, 2008 | Reply
ya, perlu bertenang provokasi media yang sengaja memanipulasi isu liwat….
tp rakyat jg perlu bertenang terhadap provokasi DSAI yg mungkin sengaja memanipulasi isu liwat ini…
sendiri mau ingat la beb… tidak tanduk DSAI skang macam bila dah kener fitnah, menfitnah org pula, same lavel ar beb, aper kelas DSAI nie… erk…
apada….