Jul
17th

Debat Anwar Shabery : Komentar Mahasiswa

Files under Isu Semasa | Posted by admin

img_5130.JPG

“Suatu budaya sihat yang menunjukkan keterbukaan oleh kedua-dua pemimpin dalam amalan demokrasi ke arah Malaysia yang baru, yang menampilkan kematangan penghujahan dan penguasaan pentas bukan sekadar retorik serta kepekaan menganalisis isu dan karismatik kepimpinan teruji secara praktikaliti.

Kemahiran menguasai isu dalam menggagaskan satu dasar efektif berkaitan dalam memerhati krisis ekonomi secara makro dan mikro, keberjayaan mengemukakan formula bernas dan mengutarakan idea penyelesaian secara jelas dalam menangani isu harga minyak yang akhirnya merentas kepentingan politik partisan .Semoga debat sebegini akan diteruskan dari masa ke masa.Mahasiswa berbangga mempunyai 2 tokoh mantan pimpinan pelajar yang berwibawa.UM dan PMIUM producing leaders. ”

-Azlan Zainal, Presiden Parti Mahasiswa Negara

“Debat yang tidak seimbang.Sepatutnya pihak kerajaan diwakili oleh Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri.Ataupun jika kedua-dua pemimpin itu belum bersedia, wakilkanlah pemimpin yang boleh dianggap tokoh dalam berpidato , misalnya Datuk Zahid Hamidi.Apapun tahniah kepada kedua-dua panel.”

-Mohd Hasbie Muda, Bendahari Agung PMIUM

“Pandangan dua pemimpin yang cukup berbeza.Wajarkah harga minyak diturunkan kerana perbandingan dengan minyak global tidak sesuai dengan keadaan minyak di Malaysia.Kerajaan sewajarnya meneliti ketirisan yang berlaku untuk menutup nilai harga itu bukan dengan cara rebat tunai yang tidak tersusun.”

-Zulkifli Md Nor, Ahli Majlis Tertinggi MPMUM

“Saya melihat Dato’ Shabery banyak menyerang peribadi Datuk Seri Anwar sebaliknya Anwar tampak lebih tenang dan keadaan ini memberikan banyak kredit kepada Anwar sendiri.Apapun mereka adalah tokoh yang wajar dipuji”

-Ibrahim Yaacob, Presiden Persatuan Ekonomi Universiti Malaya


3 Responses to “Debat Anwar Shabery : Komentar Mahasiswa”

  1. By Anak Muda Reform on Jul 17, 2008 | Reply

    salam..pada pandangan aku, debat itu hanya untuk populariti pihak kerajaan, kalau betul kerajaan bersedia, tampil pemimpin yang ammpu berhujah untuk mempertahan polisi dan dasar negara, agar rakyat jelas dan faham dalam isu ini..

    pihak kerajaan adalah org yang bagi aku, kurang arif mengenai ekonomi..jadi pembentangan juga seolah2 merewang, last2 hentam peribadi..sebab dalam debat yang lain, aku tengok YB Dato’ shahril baik dalam soal pembentangan hujah dalm isu minyak, walaunpun pendiriannya, minyak per naik sehingga RM 3..mungkin die yang sepatutnya wakil..macam dalam ulasan dalam astro awani, seorang wakil rakyat BN yang dihubungi menyatakan, anwar banyak hentam org n tak bagi fakta, MP Pulai..gile ape??tak tengok ke debat??

    walaupun aku tidak nafikan, langkah ini satu langkah yang baik dalam memberikan ruang yang seluas2nya untuk rakyat malaysia berpencak dalam medan poltik yang lebih terbuka dan telus sekali gus tindakan ini akan melahirkan masyarakat yang berilmu dan terbuka..kita kena educate rakyat kita..

    soal muzakarah, masalah melayu adalah sebab pimikiran yang tidak terbuka, sape salah, pemimpin yang tidak mendidik dengan keilmuan..jadi jadikan platform debat untuk rakyat memilih sendiri kepala negara..

    sekarang aku lontarkan kepada mahasiswa, diluar sana, gelombang reformasi rakyat sudah bertiup, masyarakat bersedia untuk melakukkan perubahan, kita mahasiswa..sepatutnya berbincang soal mengambalikan idealisme mahasiswa..sanggupkah kita mengadakan perbincangan dalam soal mengisi arus perubahan ini..kita bincang dimana sebenarnya mahasiswa sepatutnya berperanan..wallahualam

  2. By Undergrad on Jul 31, 2008 | Reply

    Menteri Shabery..Letak la jawatan. Hari itu bukan main lagi cakap banyak. Buat malu kabinet sahaja.

    Character assasination. Rhetorics. Tak buat homework to dig out facts. Tak terpikir apa Anwar akan cakap ka? Itulah fungsi kena ada devils advocate dalam berdebat. Tapi dah kepala otak orang BN dah melekat camtu.cammana pulak yek?

    Dengar cerita dia ex-MPMUM??Betul ka..Camtu, buat malu nama UM jer.

  3. By Iskandar on Aug 1, 2008 | Reply

    Pada hemat saya debat antara Dato’ Seri Anwar yang
    juga ketua umum keadilan dengan Ahmad Shabery Cik amat wajar dan memmang patut diadakan ditengah kegawatan politik negara dan kenaikan harga minyak secara melulu oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional. daripada debat kedua orang kuat tersebut rakyat mampu menilai alasan disebalik kewajaran kerajaan menaikkan harga minyak yang kemudiannya disusuli dengan pemberian rebat tunai konnya untuk menutup mulut rakyat daripada bising dan memekak-mekak. dalam debat itu juga rakyat dapat perhatikan betapa menteri penerangan berbuih-buih mulutnya menjawab hujah daripada Anwar. Menteri Penerangan sebaliknya tiada hujah tapi terlalu banyak menyerang peribadi Anwar namun Anwar bersikap profesional tidak membalas peribadi Shaberi. Sekarang apa yang mahu dilihat rakyat ialah janji yang harus dikota oleh menteri penerangan untuk meletak jawatan selepas tewas ditangan ANwar.
    SUARA MAHASISWA DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA
    KEMBALIKAN SUARA AGONG MAHASISWA

Post a Comment