KUALA LUMPUR 22 Julai – TNC Pembangunan Universiti Malaya,Professor Khaw Lake Tee meminta mahasiswa untuk memberikan maklumbalas segera dalam perubahan pelaksanaan beberapa dasar terutama yang melibatkan sistem pangangkutan di Universiti Malaya.
Beliau juga menyifatkan tindakan yang diambil yang merangkumi tiga perubahan major di dalam universiti sebagai satu tindakan bahagian pengurusan setelah menerima maklumbalas daripada pelbagai pihak untuk melihat satu sistem aliran pengangkutan yang lebih selamat di UM.
Perubahan yang melibatkan tiga perkara, iaitu aliran trafik yang baru di persimpangan fakulti Kejuruteraan – Perniagaan, harga baru bagi pelekat kenderaan dan juga sistem bas shuttle.
Mengulas mengenai harga pelekat, beliau mengatakan tindakan itu dibuat setelah melihat kepada polisi baru UM terhadap alam sekitar, larangan kepada pelajar baru untuk membawa kenderaan, kesesakan lalulintas, penggunaan orang awam terhadap jalan-jalan di UM dan juga masalah tempat letak kenderaan.
Perkhidmatan bas shuttle juga dibuat untuk memberikan kemudahan kepada pelajar yang tidak mempunyai kenderaan persendirian.
“Dalam mesyuarat sebelum perlaksanaan tindakan-tindakan tersebut, dan melihat akan berlaku pelbagai masalah saya mengarahkan agar perubahan ini diberikan masa sebulan tempoh percubaan sebelum kita membuat penilaian samada ianya berkesan ataupun tidak dan membaikpulih perubahan-perubahan tersebut. Kami akan menjemput sesiapa yang berminat untuk memberikan maklumbalas. Sebelum review itu dilakukan saya meminta jasa baik semua pihak untuk memberikan peluang kepada perubahan- perubahan tersebut untuk dilaksanakan”







By Anak Muda Reform on Jul 23, 2008 | Reply
aku sangat bersetuju dengan dasar dan polisi UM berhubung dengan pengangkutan dalam UM..cuma satu sahaja, mengapa perlu dinaikkan harga sticker kenderaan, terutamanya motorsikal..sebab utama dilontarkan permasalahan ini, kita kena juga fikirkan bagaimana mahasiswa yang menetap diluar, adakah nak mempersalahkan mereka membawa kenderaan??sedangkan mereka yang menetap jauh dari UM, kadang2 terpaksa meredah hujan..jika kita katakan untuk menggunakan pengangkutan awam, sejauh mana keberkesanan perlaksanaan ini. bahkan sudah banyak kali dipersoalkan berhubung kenderaan awam ini, dahulunya gerabak LRT adalah 80 buah berfungsi untuk menyelesaikan masalah kesesakan penumpang..sedangkan pada hari ini, maklumat terbaru, hanya sekitar 40-50 sahaja yang masih berfungsi dengan baik, bagaimana??sedangkan sewaktu exam, mereka terpaksa juga berulang alik dari rumah..adakah mahu mahasiswa menetap di rumah sewa, sedangkan family mereka tinggal dalam kawasan kl juga??persoalan yang mungkin perlu dijawab oleh pihak pentadbiran, adakah perkhidmatan bas akan berfungsi setiap masa??setiap hari, termasuk hujung minggu??pada waktu malam??bagaimana mahasiwa nak bergerak jika perkara2 ini tidak dapat diselesaikan..nak suruh mahasiswa berjalan kaki pada waktu malam setelah selesai study, sedangkan tidak menetap di kolej kediaman, soal keselamatan??ini anatara perkara yang bagi saya perlu diselesaikan dahulu, baru kita bincang, nak halang penggunaan kenderaan..
soal parking, mengapa kenderaan motosikal perlu parking jauh, sedangkan kereta dekat dengan dewan2 kuliah??sebab kereta lecturer yang guna kah??adil ke kita bersikap demikian??kenapa kita tidak berikan kepada mereka yang menaiki motosikal parking di tempat yang lebih dekat dengan dewan kuliah??padahal dalam masa yang sama, sewaktu hujan, kereta ada bumbung, dan sempat untuk mengambil payung..sama-sama kita fikirkan..
penambahan dalam soal parking, kenapa kawasan yang tidak dibenarkan parking, tak kiralah, pak-guard, lecturer, pentadbiran, dengan slumber dan suka hatinya meletakkan kenderaan di situ, tapi dalam masa yang sama, apabila mahasiswa yang berbuat demikian, kenderaan mereka dikunci, dalam kuliah dimaki hamun, tak hormat pensyarah kononya..cukup tak adil…mentang-mentang mahasiswa tak boleh kunci kenderaan2 mereka ini, jangan cabar mahasiswa buat sesuatu ye..wallahualam
By Hasbie Muda on Jul 23, 2008 | Reply
Salam..
just nak mencelah,Pak Rae ada ditanya pd hari rabu lepas masa meeting TNC HEP dengan pimpinan PMIUM ttg isu ’sticker y mahal’.
Jawab beliau,sticker diturunkan kpd RM1 semula.Betul atau tidak try la pg pejabat keselamatan.Sy belum ada ksemptn
By mangap on Aug 4, 2008 | Reply
wei sjer jerw melawat korng nyer website….tp sbnrnyer ak nk bagitau korng yg ak agak x puas ati ngn korng nyer pntadbiran..IDUP PKR…HAHAHAHAHAHAHAHA./…UNDILA ANWAR IBRAHIM…chaio222..