Jul
23rd

PKPIM Sifatkan SMM ‘Melayu Fobia’

Files under Berita Semasa | Posted by admin

KUALA LUMPUR 23 Julai - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menggesa Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), yang mengkritiknya semalam kerana menyokong muzakarah pemimpin Melayu, “tidak menjadi Melayu-fobia.”

“PKPIM ingin mengingatkan SMM agar tidak menjadi Melayu-fobia,” kata setiausaha agungnya Abdul Muntaqim Zulkipli.

img46ec8feada9d6.jpg

 

“Perpaduan umat Melayu, sama juga seperti perpaduan bangsa-bangsa lain di negara ini, adalah penting demi menjamin kestabilan dan keharmonian.

“Dalam masa yang sama, harus difahami dengan jelas bahawa perpaduan umat Melayu bukanlah bermaksud penafian terhadap hak bangsa lain.”

SMM, satu gabungan mahasiswa pelbagai kaum, semalam merasakan tindakan PKPIM menggesa pemimpin-pemimpin parti Melayu termasuk PKR bermuzakarah tentang nasib umat Melayu sebagai “tidak sesuai”.
“Kami memandang ini adalah satu tindakan yang kurang prihatin terhadap perasaan kaum lain di Malaysia,” kata pengerusinya Sheikh Omar Ali.

SMM, tambahnya, sebaliknya berpendapat bahawa pemimpin negara harus sentiasa memikirkan nasib seluruh rakyat tanpa membezakan kaum.

“Negara kita sebenarnya tidak memerlukan perpaduan sesuatu kaum untuk mempertahankan hak kaum tersebut. Kita memerlukan sistem yang mempertahankan hak rakyat biasa tidak mengira kaum,” kata Sheikh Omar.

Abdul Muntaqim juga menyifatkan reaksi SMM yang membidasnya semalam sebagai “emosional.”

“PKPIM hairan dan kecewa apabila kumpulan SMM membidas kenyataan PKPIM tentang perkara tersebut. Dalam hal ini, PKPIM ingin menyeru pihak SMM dan seluruh rakyat negara ini agar tidak emosional dan bersikap objektif serta rasional dalam membuat penilaian,” katanya.

“Di manakah salahnya seruan untuk pemimpin Melayu bermuzakarah? Apakah mereka yang membidas itu menginginkan konflik dan perpecahan berpanjangan di kalangan umat Melayu?”

Abdul Muntaqim menegaskan, usaha menyatukan Melayu saat ini penting khususnya ketika mereka sedang “bertelagah.”

“Dalam suasana politik sekarang ini yang menyaksikan umat Melayu bertelagah antara satu sama lain, usaha-usaha untuk menyatupadukan para pemimpin Melayu adalah penting demi perpaduan bangsa dan negara,” katanya.

Beliau mengulang sikap presiden pertubuhan itu Hilmi Ramli minggu lalu yang menyeru barisan pemimpin Melayu daripada parti politik, para cendekiawan, ulama dan pemimpin NGO untuk duduk semeja dan bermuzakarah demi perpaduan-malaysiakini


5 Responses to “PKPIM Sifatkan SMM ‘Melayu Fobia’”

  1. By dr w on Jul 23, 2008 | Reply

    hubungan Melayu dan Islam sangat erat dan rapat….kekuatan orang Melayu itu ialah agamanya iaitu Islam…..

    bukankah Islam mengajar kita soal perpaduan,kasih sayang,cinta bukannya perpecahan,benci-membenci ,bermusuhan ,bercakaran sesama sendiri,???………Aku merindui Anwar Ibrahim,Nik Abdul Aziz Nik Mat,Mahathir Mohamad,Abdullah Ahmad Badawi dll duduk semeja sepakat demi ummat……………

  2. By Niks Mujaddid on Jul 24, 2008 | Reply

    melayu heran….
    aperkah kita sekarang nie berbincang atas dasar kemelayun atau kebangsaan ataupun atas dasar islam yang memberi rahmat kesekalian alam.rahmatan lil alamin…
    kenapa kita bertelingkah mengikut polemik akhbar sedangkan orang yang nak bermuqabalah tidak menunjukkan sebarang keresahan…
    mereka yang sedia duduk semeja berbicang untuk kepentingan umat islam dan semua bangsa…

    ksefahaman memberi rahmat.(atas dasar islam yang syumul)..
    perpecahan membawa kepada azab….
    sekadar coretan…

  3. By Anak Muda Reform on Jul 25, 2008 | Reply

    aku pun tak tahu kenapa perkara ini terlalu nak diperbesarkan..fokus kepada perjuangan asal kita, kenal pasti musuh utama kita siapa..bagi aku semua yang datang dikalangan ahli politik adalah suatu tindakanyang mempunyai agenda politik masing-masing, termasuklah dalam isu muzakarah ini..ye aku sangat menghormati soal demokrasi, kebebasan bersuara..tapi sehingga ke hari ini, mengapa dalam suasana politik rakyat inginkan perubahan kita membincangkan isu yang bagi aku sangat remeh-temeh..jika benar kita ikhlas dalam soal membincangkan soal muzakarah @ muqabalah tentang melayu, mengapa ia perlu hadir dari buah mulut pemimpin politik..adakah kita sangat ketandusan pemimpin2 NGO melayu Islam?? mana perginya ahli2 akademik yang masih seronok dibuai dengan mimpi2 bergaji besar, sedangkan tiada buah fikiran yang dikongsikan bersama2 dengan rakyat yang amat jahil tentang islam di luar sana?? apakah masalah melayu dan islam ini hanya disedari oleh org2 politik??

    inilah kegagalan yang aku lihat, seluruh ahli2 yang kononnya mendokong perjuangan islam tandus dan lembab..nah, korang cadangkan muzakarah secara terbuka, sediakan pentas kepada pemikir2 melayu islam yang sangat concern terhadap islam..sedangkan kita telah lama menyedari permasalahan melayu yang sangat mundur dalam pelbagai segi..dan dalam konteks malaysia hari ini, melayu mundur, sekali gus memberikan impak buruk kepada islam dan umat islam..adakah islam mengajar umatnya menjadi mundur, anti-kemajuan??sama2 kita fikirkan..

    aku sangat bersetuju dengan pandangan tok guru nik aziz, jika benar nak muzakarah, sepatutnya pihak ketiga (ahli akademik, NGO @ mahasiswa), mengadakan pentas muzakarah…bila pertembungan 2 parti politik yang masing2 memegang kuasa politik org melayu, dan terus mencadangkan mengadakan muzakarah melayu dan islam, memang nampak jelas ada hidden agenda..

    dan dalam soal ini, aku sangat tak setuju, jika kita terlalu nak pertahankan hak melayu, sedangkan dalam masa yang sama org melayu sendiri yang makan bangsa melayu, dalam soal korupsi, jenayah, dadah, pelacuran, siapa semua mereka?? aku lebih bersikap, jika dalam soal mempertahankan survival islam di dalam malaysia ini, yes, kita perlu menjaga org melayu dan kuasa melayu..tapi, sampai bile??cukup bagi aku, perkasa hal2 dakwah kita..gembelingkan semua tenaga..NGO, profesional, ahli akademik, parti2 politik dan MAHASISWA..tapi kita kena ingat, bangsa melayu ini bangsanya dimuliakan disebabkan kita berugama Islam..bak kata saidina umar sewaktu perbukaan kota Al-quds..tidak ada apa pun pada bangsa melayu..

    yela, sebab bagi aku, sangat jelas, kita terlalu sangat nak mempertahankan ketuanan melayu, tapi kita gagal membincangkan perpaduan rakyat malaysia..bangsa lain bile bincang pasal kaum die, kita melenting, kata bangsa lain nak gugat bangsa melayu, statement gile..mengapa kita tidak mengadakan perbincangan bagaimana jika Islam memrintah, kita nak mengimplimentasikan sebuah kerajaan yang menjaga hak semua kaum dan dalam masa yang sama, kita meninggikan hukum allah..

    aku suka bawakan kata2 Dato’ Onn, political power without economic power is shadow..siapa sekarang yang pegang kuasa ekonomi, jawab sendiri lah ye..bahkan jika kita berjaya berdakwah kepada non-muslim, terutama cina, islam pasti menjadi tuan di malaysia ini..tapi jangan pulak melahirkan masyarakat malaysia terutamanya melayu yang berfikiran maddiyyah..wallahualam

  4. By dr w on Jul 25, 2008 | Reply

    parti politik Umno-pas-pkr …..NGO-NGO Islam(abim-jim dll)……..mahasiswa(pkpim-gamis dll)………duduk semeja..kerusi seorang satu(jangan berebut..haha)…….ok?

  5. By Undergrad on Jul 30, 2008 | Reply

    Minta maaf la kepada semua yang telah di tipu bulat-bulat selama 50 tahun tentang hak-hak atau hal ehwal “MELAYU”. Ia adalah sekadar bangsa sahaja.

    Kalau kita asyik lihat orang lain dalam konteks bangsa dan agama, sudah tentu perpaduan susah untuk di pupuk. Kerana apa, kita gagal melihat orang lain yang mempunyai satu ciri dasar yang sama iaitu kemanusiaan kita.

    Jangan jadi seperti Yahudi di ISRAEL yang memandang rendah terhadap bangsa lain di dunia. Percaya ke atas ketuanan Yahudi terhadap setiap bangsa dan agama di dunia ini.

Post a Comment