Jul
23rd

SMM dan PKPIM Diminta Usah Bertelingkah

Files under Berita Semasa | Posted by admin

KUALA LUMPUR 23 Julai - Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), saudara Mohd Hasbie Muda menegur pertelingkahan terbuka yang berlaku antara pimpinan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berkaitan isu muzakarah antara PAS dan UMNO.

Beliau ketika dihubungi berpendapat bahawa isu muzakarah itu hampir menjadi polemik apabila ramai pihak memberikan pandangan tanpa mengetahui keadaan yang sebenar.

hasbie.jpg

“Kita tidak pasti adakah apakah kesan dan hasil muzakarah itu.Ia tidak bermakna apabila pemimpin melayu bermuzakarah, maka penggabungan antara PAS - UMNO akan menjadi kenyataan lantas gabungan itu akan menafikan kepentingan bangsa lain.Saya fikir SMM dan PKPIM tidak perlu menjadikan isu itu sebagai modal untuk bertelagah.

Saya berpandangan bahawa isu muzakarah bukanlah isu yang penting bagi mahasiswa buat masa ini.Signifikannya terhadap bebanan rakyat yang semakin berat membusung langsung tiada.Ia lebih kepada pencak politikus yang mahu menguasai keadaan”

Beliau juga melahirkan rasa hairan mengapa isu muzakarah antara pemimpin Melayu menjadi isu besar di media-media arus perdana buat masa ini sedangkan apabila regim UMNO menang besar dalam pilihanraya 2004, permintaan PAS untuk bermuzakarah tentang Islam Hadhari pun tidak diendahkan. -mahasiswakini


2 Responses to “SMM dan PKPIM Diminta Usah Bertelingkah”

  1. By Anak Muda Reform on Jul 25, 2008 | Reply

    aku sangat setuju..aku fikir, baik kita fikir bagaimana bersama2 rakyat dalam mencorakkan pemerintahan yang akan datang untuk generasi baru hari ini..gelombang perubahan rakyat besar beb…tapi bagus juga mahasiswa bertelagah macam ni..sekurang2 mungkin dan aku sangat yakin, pemimpin parti politik akan membaca dan menilai lontaran pandangan mahasiswa dan generasi muda hari ini berkenaan isu muzakarah @ perpaduan bangsa @ semangat kebangsaan..

  2. By dr w on Jul 25, 2008 | Reply

    smm dan pkpim rasanya bukan bertelagah…cuma berbeza pandangan………

    cuma kita jangan lari daripada fokus utama perjuangan hanya kerana termakan dgn ‘gula-gula’ propaganda media….

    kepentingan melayu-islam perlu dipertahankan …..sepakat membawa berkat……..

    fikirkan sebentar …..DAP dan Gerakan pun boleh berpakat(tanpa gabungan parti(bergabung ?tak mustahil))……inikan pula Umno-pas……….Anwar Ibrahim pun tak bantah pertemuan Umno-pas…..manalah tahu UMNO pun nak sertai Pakatan Rakyat (tak mustahil…)

    bayangkan kita berada dalam situasi di palestin,Iraq,Afghanistan dll……..ada masa ke nak bertelingkah?????

Post a Comment