PMIUM Bersedia Menghadapi Pindaan AUKU
-
Kuala Lumpur 2 Ogos – Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) bersedia menghadapi pindaan AUKU sebagaimana yang akan diluluskan di Parlimen beberapa minggu lagi.Walaupun PMIUM yakin bahawa pindaan AUKU tidaklah selengkap yang diharapkan, sekurang-kurangnya ruang untuk mahasiswa menjana idealisme perjuangan mereka akan lebih luas diberikan.
Demikian kenyataan Presiden PMIUM saudara Haafizuddin Abirerah sewaktu menyampaikan ucapan di Program Hari Interaksi PMIUM yang diadakan di Dewan Semarak, Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.
Program yang dihadiri oleh hampir 600 mahasiswa Universiti Malaya itu diadakan bertujuan untuk menghimpunkan ahli PMIUM dan memperkenalkan halatuju persatuan dan barisan kepimpinan PMIUM kepada ahli.
Sepanjang program diadakan, pelbagai soalan ditanya oleh ahli-ahli persatuan berkaitan dengan peranan persatuan dalam menjuarai isu-isu kampus di samping mengambil bahagian dalam hal ehwal politik semasa negara.
Dalam perkembangan yang berkaitan, beliau menyambut baik pengumuman yang dibuat oleh Menteri Pengajian Tinggi berkaitan kebenaran yang akan diberikan kepada mana-mana ahli politik untuk memberikan syarahan di kampus.
“Kebenaran untuk menjemput ahli politik daripada kedua-dua belah pihak adalah suatu perkara yang baik dan diharapkan agar mahasiswa bakal memperoleh kebaikan selepas sekian lama dibelenggu pemikiran terjajah dan berat sebelah”ujarnya-mahasiswakini


August 4th, 2008 at 11:06 am
sebebas mana yang kita mahukan?
bebas sehingga menimbulkan fitnah dan huru hara?
bebas sehingga “orang lain” sudah berani mempertikaikan hak kita?
sebebas mahasiswa di indonesia yang “bejaya dengan cemerlang” menjatuhkan kerajaan sehingga huru haranya bandaraya jakarta setiap hari?
bebas sehingga ekonomi hendak berkembang pun menjadi semakin sukar dek demonstrasi setiap hari?
bebas sehingga rakyat nak keluar rumah pun menjadi takut?
bebas seperti ini yang kita mahukan?
apa manfaatnya semua ini?
terlalu “mandulkah” mahasiswa sekarang seperti puak-puak ini gemburkan?
adakah mahasiswa yang tak mandul itu hanya sekadar menjerit-jerit di jalanan menunjukkan keberanian dan kepetahan bersuara?
August 4th, 2008 at 12:23 pm
Salam..
ko baca betol2 la..
ada ke statement ydp tu yang nak kebebasan mutlak??dia ckp ruang utk menjana idealisme..apo la..
apa punya baghal ko ni..
August 4th, 2008 at 12:35 pm
Mahasiswa berfikr yang guna kepala lutut ni..haha
August 4th, 2008 at 9:38 pm
Cuba tengok cara ‘mahasiswa berfikir’ berfikir dan menyuarakan pendapat. Contoh terbaik mangsa AUKU. Tak boleh persalahkan dia.
Itulah kejahatan AUKU dan juga segala jenis thought control yang telah ditekankan oleh kerajaan sekarang.
AUKU wajib DIMANSUHKAN dan sebarang politik perkauman yang tidak sihat perlu ditolak keluar dari kampus! Tiada kompromi!
August 6th, 2008 at 4:33 am
koranglah sebenarnya bangal..bod#h ape lah, masalahnya, hakikat AUKU jelas mengongkong kebebasan bersuara, berhimpun, berpersatuan..ini jelas bertentangan dengan prinsip perlembagaan persekutuan kita..oo, bila bangsa dan kaum lain berbunyi tentang isu sosial kontrak, pandai pulak, mereka2 yang kononya mempertahankan hak ketuanan melayu, terus pulak nak rujuk perlembagaan..dah ludah jilat balik, memang penajis dan pengotor..
otak orang yang b@#oh je menilai kebebasan adalah kebebasan mutlak..sebenarnya, islam dah jamin kebebasan, tapi kebebasan yang meletakkan prinsip keadilan..kita manusia, tetap lemah, so kebeasan kita sebagai islam merujuk kepada al-quran dan hadis..
adakah kita tidak boleh menegur pemimpin??maksum dan malaikatkah pemimpin kita hari ini??adakah sistem yang dibuat oleh manusia lebih baik daripada allah??tak boleh nak bersuara langsung..memang aku terasa mahasiswa macam tinggal dalam hutan, nak tegur binatang yang tak paham dengan bahasa sendiri..
baru setakat jerit2 atas jalanraya, huru-hara tuh, korang je..sebab polis dan SB yang provok lebih, tak caya meh turun demo, ko tengok sape yang lebih2..korang sedar tak wahai manusia yang beragama islam??saidina umar ditegur oleh orang arab badwi, depan2 manusia apabila naik sebagai khalifah, pedang ini yang akan meluruskan (pentadbiran) ko umar..seorang wanita mengecam pendapat umar dalam menetapkan harga mahar..sekarang, ada yang berani letak pedang kat tengkok pemimpin??
cakap korang nih, tengoklah bangsa yang diiktiraf sebagai masyarakat yang terbaik, baca sujarah, baca sirah, baru bagi hujah macam org bertamadun..
yang penting, manusia yang terjerit2 macam beruk (katanya khairi), sudah melakukan sesuatu dalam melakukan perubahan dan teguran untuk memperbetulkan kesalahan, korang??kritik pandai, buat tak ada..tahu hanya diam..ingat qiamat masih ada, tak takut ke allah tayer ape yang ko dah buat??kalu dah lakukan sesuatu, diam.,.jalankan tugas atas kapasiti masing2..masing2 ada hujah dan pandangan..hal dunia, ijtihad dilapangan masing2..
wallahualam
August 6th, 2008 at 4:42 pm
terlalu matangkah kita kalau hendak memberi komen kpd orang lain dgn menggunakan perkataan-perkataan yang “sangat indah”?
ye, mungkin pd pemikiran anda hny sekadar komen yg sedkit bertentangan dgn fikrah presiden, maka telah layaklah kata-kata “indah” itu digunakan krn mgkn pndgn ini memberi kesan yg lebih buruk drpd pengakuan firaun sbg tuhan. sbb, nabi musa berdakwah dgn firaun pun ALLAH menyuruh menggunakan kata-kata yang elok.
tidak mengapalah, hati mane yg tdk terguris dgn kata-kata sebegini kesat. mgkn btul kata-kata dr. maza, islam pd hr ini bukan lg sbg matlamat tp hny sbg alat.
mgkn sy jahil. mgkn sy tdk tahu dlm sirah kenabian ada tercatat nabi pernah menggunakan kata-kata spt ini dlm usaha m’jalankan dkwh bgnda yg murni ini. erm, entah ar…
tidak mengapa, di dunia kte timbulkan mslh sesama insan, di akhirat kita bakal bertemu…
August 6th, 2008 at 9:10 pm
Salam..
dalam banyak perkara,kita perlu berikan peluang kpd diri sendiri utk memahami sesuatu itu sebelum berkata-kata dan menmberikan pandangan..
usah byk mengkritik,rujuk buku ‘How to win friends & influence people’ karangan Dale Carnagie..
salam hormat
August 8th, 2008 at 5:45 pm
kepada ‘mahasiswa berfikir’:
tidak ada gunanya anda meletakkan nama anda ‘mahasiswa berfikir’ sedangkan anda tidak langsung berfikir mengunakan akal yang waras dan permikiran yang cuba anda caknakan cuma menceduk pemikiran orang lain(tak pelu saya kemukakan contoh anada lebih megetahui)..
berfikirlah dengan matang. bukalah pekung2 diminda anda yang sudah lama menjajah kepala otak anda..
dan juga jika tidak ada ilmu, maka BELAJAR lah.. bukankah kita sebagai mahasiswa perlu belajar dari segenap aspek?? bukannya hanya jurusan yang kita ambil sahaja..
saudara.. dalam comment anda sebelum ini anda mengatakan:
“mgkn sy jahil. mgkn sy tdk tahu dlm sirah kenabian ada tercatat nabi pernah menggunakan kata-kata spt ini dlm usaha m’jalankan dkwh bgnda yg murni ini. erm, entah ar…”
dan pada comment pertama anda, anda ada menpertikaikan:
“bebas sehingga “orang lain” sudah berani mempertikaikan hak kita?”
dan ingin saya katakan bahawa memang perlu kita mempertikaikan hak siapa pun sekiranya orang itu tidak tahu menghargai hak mereka dan yang paling teruk menyalahguna hak yang mereka katakan milik mereka..
Mmg benar kata saudara “Thinking Light”
anda mmg ‘mangsa AUKU’. ingin mempertahankan AUKU tanpa memahaminya..
beginilah caranya hendak saya membantu anda sebagai ‘mangsa AUKU’ dgn mengunakan kata2 yang ‘indah’ dan penuh kasih sayang..
saudara,
sekiranya anda ‘tidak berapa tahu tentang sirah nabi’, belajarlah dengan ‘ustaz2 PMIUM’. bukankah itu tugas mereka.. jadi jangan lepaskan peluang. mahasiswa berfikir perlukan pedoman dan rujukan.. berfikir tanpa pedoman(lebih teruk lagi jika menceduk pemikiran org) atau tanpa petunjuk itu akan mendapat petujuk khas dari syaitan.
dan belajarlah tentang sirah nabi kita, jika tidak bagaimana kita hendak pertahankan hak kita sekiranya yang mana satu hak kita sendiri pun kita tak tahu??
fikir2kanlah wahai “mahasiswa berfikir”
wslam..