KUALA LUMPUR 7 Ogos - Di sebalik kegembiraan mahasiswa dan mahasiswa bergraduasi, Festival Konvokesyen Universiti Malaya (FESKUM) gempar dengan laungan ‘Student Power’ yang menyambut kehadiran aktivis-aktivis mahasiswa yang bergraduasi hari ini.
Majlis Istiadat Konvokesyen di Universiti Malaya telah dipilih oleh aktivis-aktivis mahasiswa kampus tersebut untuk menyatakan pendirian mahasiswa kepada pindaan AUKU dan isu-isu di sebalik pilihanraya kontroversi Permatang Pauh.
Deklarasi pendirian tersebut dibacakan oleh saudara Syekh Omar Bagharib selaku bekas Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), saudara Azlan Zainal selaku Presiden Penaja Parti Mahasiswa Negara, saudara Husaini Roslin selaku Setiausaha Agung Komuniti Mahasiswa Kerinchi dan saudara Mohd Khairul Naim Che Nordin selaku Setiausaha Agung PMIUM.
Klik untuk lihat video :
Kenyataan Media Mahasiswa
Kenyataan Media Mahasiswa 2
Kenyataan Media Mahasiswa 3

Turut sama hadir menyatakan sokongan adalah saudara Mohd Dzulkhairi Mohd Noor, Presiden GAMIS bersama Timbalan dan Setiausaha Agong, saudara Hong Keat dari University Malaya of New Youth (UMANY) dan saudara Ahmad Shahir Abdul Aziz dari Majlis Perwakilan Mahasiswa (Pro-Mahasiswa) UM.
Kenyataan media tersebut merumuskan bahawa mahasiswa memberi amaran keras kepada Khaled Nordin agar pindaan AUKU tidak dibuat hanya sekadar untuk kosmetik atau political stunt semata-mata.
Acara tersebut telah diakhiri dengan pengishytiharan bersama kesemua front-front mahasiswa untuk melakukan mobilasi 5,000 mahasiswa turun Permatang Pauh bagi memperjelas kepada rakyat pendirian mahasiswa dalam isu-isu semasa negara dan nilai-nilai penting yang perlu diberikan perhatian oleh para pengundi sebelum memilih wakil bagi kawasan Parlimen mereka.-gamidaily
August 8, 2008
kenapa x tulis apa syeikh omar cakap pasal saiful bukhari???
August 9, 2008
Salam udah la sheikh dengan politik hampa semua ni tarbiyyah huyung hayang lagi…sedar la ckit kuasa tanpa pengangan yang betul akan terpesong dan musnah…
August 10, 2008
apa yang terpesong nya???
August 14, 2008
mahasiswa kini jangan taklid membuta tuli sahaja.mahasiswa golongan terpelajar dan mempunyai tahap pemikiran yang cukup luar biasa.mahasiswa harus bersuara!..jangan takut dengan undang-undang!..tapi hormatinya.
August 14, 2008
“mahasiswa kini jangan taklid membuta tuli sahaja”
apa maksud saudara?Apa yg mahasiswakini taklidkan?
February 4, 2009
dah2 la tu bagharib oi!!!
Leave a comment









6 Comments