Hasrat Hishammuddin Percepat Umum Keputusan SPM diragui
-
Universiti Malaya 13 Feb. 11.15am | Exco Persatuan Bahasa Arab, Mohammad Aizuddin bin Anuar melahirkan rasa ragu atas hasrat Menteri Pelajaran Malaysia Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein mengarahkan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dipercepatkan pada tarikh anggaran 26 Februari ini.
Memang saya ragui. Adakah tindakan tersebut dibuat dengan mengambil kira tarikh perhimpunan UMNO (PAU) pada Mac depan?,” soal Mohammad Aizuddin Anuar.
Tambahnya lagi, kemungkinan gred markah C untuk Sains dan Matematik direndahkan sehingga 20/100 dari markah asal 40/100 demi membolehkan lebih ramai pelajar tidak gagal dan menjadi membuktikan PPSMi ini berjaya di mata masyarakat.
Dengan berbuat demikian, mungkin dapat melonjak nama ahli-ahli politik UMNO BN lain bagi mengisi kerusi Menteri Pelajaran Malaysia yang kosong selepas mesyuarat agong UMNO (PAU) ini,” jelasnya.
Beliau juga meragui kemungkinan semakan kertas SPM tidak berkualiti disebabkan beban kerja yang kian mendesak oleh Lembaga Peperiksaan kelak.
Jika pengumuman tersebut dibuat sedemikian, para pelajar akan menghadapi pelbagai masalah seperti pertindihan masa dan teknikal mengisi borang UPU, PLKN, Kolej dan sebagainya,” jelasnya lagi.
Pakar-pakar bahasa seperti Prof. Emiretus Dr. Asmah Hj. Omar dan Dr. Nik Safiah Karim sendiri jelas menentang dasar ini, bagaimana kerajaan yang tidak pernah mengkaji atau pakar dalam bahasa boleh tekad melaksanakannya (PPSMi). Itu membelakangkan cendekiawan namanya,” ulasnya lagi.
Dalam kenyataan bertulisnya juga, beliau menyeru seluruh mahasiswa membantah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMi).
PPSMi sebelum ini telahpun dibantah oleh Gerakan Mansuh PPSMi (GMP) yang dipimpin oleh bekas Pengarah DBP Datuk Dr. Hassan Ahmad, Sasterawan Negara A. Samad Said, Prof. Sains Dr. Shahrir Md Zain, Ketua Penerangan DPP Sdr. Suhaizan Kait dan beberapa pihak lain. -mahasiswakini


February 13th, 2009 at 11:47 am
budak2 sekolah korang tanya la sendiri, diorang ni actually suka je ppsmi. seronok belajar dlm bi, nak cari bahan kat tenet mana ada dlm bm especially sains dgn maths?? apa korang ingat budak2 rural area dpt stret A right away after sains & maths buat balik dlm bm?? aku bukan nak menghina, tapi kalau dah malas dan takde usaha tu belajar dlm bahasa sms yg pasar pun takde dpt A nye lah. tapi kualiti gred exam skang memang hampeh.. konon dpt A dlm add maths padahal markah 65 je.. aku balik2 kg je tgk budak2 ni bukannya bodoh, tapi takde motivasi dan kalaulah diberi rangsangan yg betul mesti boleh punye lah skor.. kalau dah malas, well melayu ni kan malas..
February 13th, 2009 at 11:31 pm
lagi sengal ko ni…bukan soal grade tinggi ke tak…soalnye skang mengapa dasar ini dilaksanakan tanpa penilitian dan pandangan ahli2 akademik serta kajian yang mendalam…rakyat semua sedia maklum, daripada dulu lagi, grade exam ini sentiase diturun-naikkan, semata2 untuk menunjukkan menteri2 yang bertangungjawab berjaya dengan dasar2 yang dilaksanakan…tambahan pulak dengan sistem PPSMI ini, lagi la teruk…
soalnya skang, kedaulatan bahasa kebangsaan (bahasa melayu), kenapa UMNO & BN suka sangat menlanggar undang2 dan perlembagaan yang telah disepakati semua…isu PERAK die langgar, die derhaka dengan sultan tak pe plak, bahasa melayu pun dijahanamkan…memang sial sungguh UMNO ni….
February 14th, 2009 at 10:24 pm
yg sial adalah PAS yg tetap mahu menjatuhkan kekuasaan org Islam dan Melayu serta terang-terangan derhaka kepada Raja.
February 15th, 2009 at 1:05 pm
sampai bila nk jadi bodoh dalam bahasa english lagi ? berapa banyak mahasiswa dekat U menghadapi masalah english,in the end,kaum lain yang lead dalam bahasa english.dh la dia orang pandai bahasa ibunda dia orang. lagi satu. percepat umum supaya mereka boleh start belajar lagi awal. x la bazir masa kt rumah buat benda bukan2. taw x berapa banyak student esp. melayu belajar merokok lepas habis SPM? pasal terlalu byk masa, dorang habiskan masa dengan melepak.sikit jek yang amek inisiatif untuk ke tusyen bahasa english untuk persediaan A level.”Jika pengumuman tersebut dibuat sedemikian, para pelajar akan menghadapi pelbagai masalah seperti pertindihan masa dan teknikal mengisi borang UPU, PLKN, Kolej dan sebagainya,” jelasnya lagi.”.taw x? budak melayu la paling lambat dalam bab2 borang nie. bila nak berubah lagi? tgk dalam akademik. berapa jauh kita ketinggalan dengan kaum lain? dorang push diri dorang untuk belajar. kaum lain pun bukan automatic pandai english. tapi kenapa mereka mampu dan petah bercakap? the answer is easy. practice make perfect? no, practice practice make perfect. kita? x habis2 nak membangkang. susah la, ape la.kalo bukan time skolah rendah & menengah start kukuhkan bahasa english? bila lagi? time tu la otak kita tengah fresh untuk terima ilmu.tp cakap nk lead negara nie.kalo x de ilmu mcm mana nk lead negara? mengenangkan keadaan aku kt U skg nie. ngn bahasa english aku. agak terkilan kenapa program nie x buat time aku kt sekolah dulu. alhamdulillah dpt jugak faham dan practice bahasa english. itupun lepas lebih kurang setahun, nth berapa byk subject aku terkial2 nak belajar, walhal kaum lain dh start kumpul 4flat dorang. nk taw result orang yang gila membangkang, even benda2 ilmu pun.”memang sial sungguh UMNO ni….” <– hanya suka cakap benda2 yang menyumpah orang.beb, agama x ajar nie.aku x cakap aku sokong pe UMNO buat, tp jelas benda nie la yang membantu orang melayu nk catch up ngn kaum2 lain kerana jelas kita ketinggalan.
February 16th, 2009 at 12:40 am
kepada cinabeng
Raja bukan nabi yang ade sifat maksum. kalau salah tegur jelah…sembah menderhaka adalah satu istilah atau frasa yang biasa digunakan dalam melayu lama (istana). bukan bermakna nak menderhaja …just hendak memberi pendapat baru atau kurang bersetuju dengan raja. itu jer… itu kire habis baik ler tu, siap mohon lagi depan sultan untuk menderhaka…yang puak BN dengan isu kurangkan kose sultan 1993 tuh tak pulak kecoh. tak ke sengal namanye tu
to anynomous
memang r ko tak cakap ko sokong …tapi cara ko tulis tu sah2 la nampak ko sokong Umno. haha.
setahu aku bahasa melayu ade nilai komersial tesendiri. so kebergantungan kepada bahasa asing jugak boleh dipertimbangkan. contohnya jepun. aku tengok secara kolektif dan pengalaman. dah r bebudak lemah mate, sains, n english… tetiba subjek yang rata2 diorang lemah tu gune plak bahasa yang diorang lemah … memang lunyai r sume. jangan nak bangge r kalau peratusan kelulusan pelajar sekarang dalam exam mate n sains agak tinggi walopun dlm BI, tapi pensyarah aku di fak pend kate peratusan markah diorang sangat rendah sudah mampu peroleh A…. aduyai…same2 r kite fikir.
February 16th, 2009 at 4:39 pm
sampai ble kta nk jd bodo bi..tgk org bca paper star dh terkejut..kta kn ubah mentaliti masyarakat..kalau nk mnguasai ilmu kna la blajar dlm bhasanya..sbagai contoh..bnyk buku2 sains dan matematik yang terkini dalam bahasa inggeris..x kan nak tnuggu org terjemah bru nk bca..jnuh la camtu
February 17th, 2009 at 2:34 am
ASSALAMUALAIKUM. ORANG BAHASA TAK PERNAH MENGHALANG MENGGUNAKAN, MENGAJAR, DAN BELAJAR BAHASA INGGERIS! JIKA BENAR BAHASA INGGERIS BERMASALAH, KAJI DAN TELITILAH SUBJEK TERSEBUT SECARA KHUSUS. APA YANG DITENTANG IALAH CUBA MEMBAIKI BAHASA INGGERIS DENGAN MENERAPKANNYA KE DALAM SUBJEK SAINS DAN MATEMATIK. SEUMPAMA TIKUS MEMBAIKI LABU, SUBJEK YANG SEDIAKALA LEMAH TIDAK DIBAIKI, SEBALIKNYA MENGGANGGU PULA MATAPELAJARAN YANG LAIN. INI BUKAN SOAL BAHASA SEMATA-MATA. INI SOAL KESELURUHAN MASYARAKAT ORANG MELAYU. HILANG BAHASA MAKA HILANGLAH MELAYU. WAHAI ORANG-ORANG YANG LUPA, HIDUPLAH DENGAN ACUAN KITA SENDIRI. APALAH YANG KURANG PADA BAHASA KITA INI. SEDANGKAN BAHASA INGGERIS PADA WAKTU DAHULU PUN HANYALAH BAHASA VERNAKULAR. JIKA DIKATAKAN BAHASA INGGERIS SUDAH TERLALU GLOBAL, BAHASA MELAYU JUGA TIDAK KURANG HEBATNYA BERADA DI KEDUDUKAN KEEMPAT DUNIA DARI SEGI BILANGAN PENUTUR. KOSA KATA YANG KITA MILIKI SEBENARNYA LEBIH BANYAK BERBANDING BAHASA INGGERIS. 2/3 KANDUNGAN KAMUS OXFORD ADALAH TERDIRI DARIPADA KATA PINJAMAN. JADI, DIMANA SANGATLAH NILAI DAN KEHEBATAN BAHASA INGGERIS JIKA DIBANDINGKAN DENGAN BAHASA MELAYU. MASALAH BUKAN TERLETAK PADA BAHASA TAPI PADA MASYARAKATNYA YANG TAK YAKIN DAN TIDAK MAHU MEMAJUKAN BAHASA SENDIRI. KUFUR NIKMAT SEBENARNYA KITA INI MENOLAK PEMBERIAN ANUGERAH BAHASA YANG DIKURNIAKAN ALLAH. TIDAK ADA MANA-MANA NEGARA MAJU YANG MENGINTELEKKAN RAKYATNYA DENGAN BAHASA ASING. SEMATA-MATA INGIN MENGEJAR KEMAJUAN, KITA LUPA ASAL USUL. JANGAN KITA LUPA, SEMASA MENCAPAI KEMERDEKAAN DAHULU, ISU BAHASA LAH YANG MENJADI ‘TURNING POINT’ TERHADAP KEMENANGAN PIHAK KERAJAAN KETIKA ITU.
APA YANG PALING MENYEDIHKAN UNDAN-UNDANG YANG KERAJAAN BINA, MEREKA SENDIRI YANG MENGHANCURKAN. SEDAR ATAU TIDAK, PPSMI TELAH MELANGGAR 3 AKTA BESAR NEGARA SEKALIGUS MEROBEK RUKUN NEGARA KETIGA DAN KEEMPAT. MAKA, BENARLAH BAHAWA MELAYU INI MUDAH LUPA. ASSALAMUALAIKUM
February 17th, 2009 at 6:35 pm
Objektif penggunaan bahas Inggeris di dalam pengajaran Sains dan Matematik bukanlah untuk mengajar bahasa Inggeris dalam kelas sains dan matematik Jgn salah konsep! Objektifnya adalah untuk melahirkan rakyat yg menguasai sains dan matematik dan mampu mendepani cabaran globalisasi.
siapa yg tak geti cakap bahasa selain bahasa Melayu mesti akan tentang PPSMI. Dah selesa dok kat kampung…dok aja la kat kampung.
Bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu dunia sekarang ini..samaada kita suka ataupun tidak. Ratusan tahun lalu, cendekiawan Eropah belajar bahasa Arab kerana perkembangan tamadun Islam dan ilmu yg amat maju di dunia Arab pada masa itu. Mereka belajar Arab supaya ilmu dapat diturunkan kepada org2 Eropah. Kitab2 besar karya Ibnu Sina, Ibnu Rusyd, Al Farabi dan ramai lagi telah diterjemahkan dan digunakan oleh Eropah zaman berzaman sehinggalah mereka menjadi lebih maju dari dunia Arab. Sekarang ini..bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu. Teknologi dan ilmu kemanusiaan didominasi oleh dunia yg berbahasa Inggeris. Kalau ada ilmu atau penemuan baru dalam Jepun, German atau Rusia..serta merta akan diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Nak dapat ilmu..kenalah org Melayu mahir bahas Inggeris. Siapa yg dok dalam aliran Sains, Law,Engineering, Medical dan selain sastera sudah pasti akan bersetuju dan tahu betapa susahnya kita mengaji di universiti kerana kebanyakan rujukan adalah dalam Inggeris. Aku tahu pasal ramai kawan2 aku dari Asasi Sains yg pandai sebenarnya tapi flop di fakulti pasal gagal kuasai bahasa Inggeris.
Analoginya simple..kalau org yg nak belajar jadi ulamak…mesti kena fasih berbahasa Arab kerana ilmu Islam itu adalah di dalam bahasa Arab. Takcayalah kalau ada ‘ustaz’ yg kununnya grad dari universiti tapi tak geti bahasa Arab..cam na dia lulus pun kita tak tau pasai bahan rujukan kebanyakkannya adalah dalam Arab.
Justeru itu…marilah kawan2 kita kuasai bahasa Inggeris. Kuasai dan alirkan ilmu kpd generasi akan datang..Ini tidak sedikit pun bermaksud kita menidakkan BM sebagai bahasa kebangsaan. Bangsa akan dihormati apabila berilmu..bila bangang bangsa tersebut..akan dipandang hinalah kita org Melayu…
Tak caya? Tanyalah budak2 aliran sains di kampus.
February 18th, 2009 at 1:41 am
pelik gak, kenapa kita kate, org melayu je yang bangkang, persatuan cina, Dong Jiong Ziou tuh melayu punya proksi ke???bangsa lain pun sayang nak korbankan bahasa ibunda mereka..skang nih soalnya memartabatkan bahasa kebangsaan kita..tun razak dulu fikir ape formula terbaik untuk perpaduan kaum…ni yang pelik ni…
yang kita mintak, memperkasakan bahasa inggeris itu tanpa mengganggu bahasa kebangsaan kita dalam sains dan matematik..
bang, abang salah rasenye…apabila bangsa eropah ingin mempelajari ilmu di dunia islam, mereka tidak mengubah bahasa pengantar di negara mereka (eropah), dalam bidang ape2 pun..mereka hanya menambah pengajian dengan penguasaan bahasa arab, itu je..sama jugak dengan islam, sewaktu menterjemah buku2, pengajian dan bahasa pengantar mereka tetap bahasa arab, walaupun kebanyakkan penterjemah bukan dikalangan bangsa arab…cuma mereka mempelajari bahasa latin…pelik jugak ek, ko (cinabeng) dapat fakta mane nih??
kena beza, belajar bahasa dengan dasar PPSMI…belajar bahasa, mempelajari bahasa itu dalam subjek khas..PPSMI, belajar sains dan matematik dalam bahasa…huhu
February 18th, 2009 at 9:15 am
Persoalannya, apa yang lebih penting ialah BN ingin mengambil kesempatan menjaga reputasinya dan dasarnya dengan menurunkan graf yang mendadak terhadap subjek sains dan matematik di dalam bahasa Inggeris agar dasar mereka kononnya releven dan realistik dengan masyarakat… Itu je… Inilah yang menjadi KESILAPAN BESAR kerajaan. Sedangkan realitinya peratusan pelajar yang lulus hanyalah sedikit sekiranya graf dikekalkan seperti sedia kala iaitu 40@50peratus. Perkara inilah yang mencengkam masyarakat menjadi semakin mundur, sedangkan ramai di kalangan mereka masih belum mengetahuinya.
February 23rd, 2009 at 5:08 pm
Sebenarnya, english penting la..kalau tgk global, rata-rata semua ckap english…tapi bahasa melayu pun kita jgn lupakan la, sbb tu bahasa ibunda kita sendiri. takkan kita nak jadi katak di bawah tempurung je.. business, globalnya semua tutur dlm english..kalau kita nak tukar pandangan dgn ahli falsafah dunia pun dalam english…ok, pasal jepun memartabatkan bahasa jepun diorg, sbb diorg dah maju…malaysia baru dalam arah proses membangun, kenalah blajar dan mendalami ilmu negara lain, lainlah kalau kita ni dah btol2 maju mcm jepun..rasenya PPSMI tak patut dimansuhkan, tgk, pelik tak kalau plajar tu blajar sains & mat dlm bahasa melayu masa sekolah rendah & menengah…bila dah masuk kolej MAYBE plajar tu ambil a-level…lps tu terkial-kial sbb semua dlm english..sebenarnya sokong sgt dgn kenyataan cinabeng..kita kenalah ubah mentaliti, knalah kuasai banyak bahasa…terutama english…komunikasi dgn negara-negara lain sgt penting…kalau pelajar tu nak cari bahan ulangkaji sains & mat, senanglah dpt cari, sbb kebanyakkan 98% maklumat yg kita nak cari dlm internet semua dlm english…secara konklusinya, sistem pembelajaran PPSMI tidak patut dimansuhkan sama sekali =)