UUM tangguh perbicaraan Kok Wei, mungkin sebab tekanan luar
-
Sintok 26 Feb. 11.39pm | Kemungkinan atas tekanan pihak luar, akhirnya Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) Universiti Utara Malaysia (UUM) menangguhkan perbicaraan Sdr. Choo Kok Wei dan Sdri. Medecci Lineil Repong pada 2 Mac depan; di sini petang tadi.
Saya baru mendapat surat ini. Kata mereka (HEPA), Shahidan tidak dapat hadir pada Isnin depan atas masalah kecemasan. Mungkin disebabkan tekanan pihak luar (dan/atau) media,” jelas Choo Kok Wei. Beliau juga menjelaskan perancangan demontrasi aman di depan bilik perbicaraan pada Isnin jam 2.00 petang depan tetap dilancarkan walaupun perbicaraan tersebut ditangguhkan oleh pihak Universiti.
Beliau turut mengulangi tekad untuk terus membantah kenaikan tambah bas Universiti tersebut demi kebajikan mahasiswa.
Saya rasa sekarang (selepas didakwa AUKU) saya mesti teruskan apa yang saya yakin tidak salah…teruskan petition online…bantah kenaikan tambang (bas) kerana ini semua kebebasan bersuara yang Perlembagaan jamin dan saya sedang membela nasib kebajikan hak mahasiswa (UUM),” tegasnya.
Terdahulu (22/2), Sdr. Choo Kok Wei telah menghantar Surat Permohonan Tangguh Proseding kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajat dan Alumni (HEPA) dan Setiausaha PBT En. Shahidan Shafie, namun ditolak serta merta tanpa membuka dan membaca terlebih dahulu isi kandungan surat tersebut.Pada Isnin 15 Februari lepas, UUM telah mendakwa Sdr. Choo Kok Wei dan Sdri. Medecci Lineil merancang bantahan dalam laman web dan siarkan kenyataan akhbar berkaitan isu kenaikan tambang bas di UUM -mahasiswakini.com


March 4th, 2009 at 7:19 pm
tangguh pun tangguhla…
da agak da…