PRU-13: Solidariti Mahasiswa boikot Pakatan jika tak berubah
-

PETALING JAYA, Dis 4 — Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) memberi kata dua akan memboikot Pakatan Rakyat khususnya PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) jika kedua-duanya gagal mengubah tindak tanduknya yang sejak kebelakangan ini kelihatan bertentangan dengan prinsip politik baru yang pernah dijanjikan.
Gerakan pelajar institusi pengajian itu menegaskan pihaknya tidak akan menjana sokongan generasi muda — dianggarkan dalam sekitar sejuta orang — dalam pilihan raya umum ke-13 jika PAS dan PKR terus memperlihatkan kenyataan dan tindakan yang tidak lagi mendukung prinsip kebebasan bersuara dan berhimpun.
PR mencapai kemenangan luar biasa pada Mac 2008, sebahagiannya disebabkan oleh sokongan dan pengaruh pengundi generasi muda.
“Justeru, mahasiswa pada hari ini menggesa agar gesaan dan tuntutan ini dapat diambil tindakan perubahan yang agresif oleh ahli-ahli dan kepimpinan Dewan Pemuda PAS dan Angkatan Muda Keadilan (PKR).

“Mahasiswa juga meminta supaya kepimpinan pemuda kedua-dua parti ini dapat mengetepikan ego dan tidak bersikap sombong dalam mengambil pandangan rakyat khususnya mahasiswa yang memang cenderung untuk melihat kesejahteraan rakyat,” kata Pengerusi SMM Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin pada sidang media di sini pagi ini.
Sehubungan itu SMM meletakkan empat tuntutan iaitu:
• menarik balik laporan polis yang telah dibuat (minggu ini) kerana ia ternyata bertentangan dengan prinsip mereka sebelum ini
• memohon maaf kepada rakyat Malaysia secara terbuka atas penipuan dan ketidakjujuran mereka dalam memperjuangkan hak-hak rakyat untuk berhimpun secara aman
• membuat penentuan semula sikap mereka terhadap usaha penganjuran demonstrasi dan jika sememangnya benar mereka melihat demonstrasi mengganggu gugat kestabilan politik dan sebagainya, maka mereka perlu isytiharkan kepada rakyat terutama rakyat yang telah memilih mereka.
• mengambil sisi politik yang matang dan tidak oportunis dalam mengambil tindakan terutama selepas memegang kuasa pemerintahan
Laporan polis itu merujuk kepada tindakan Dewan Pemuda PAS Kelantan dan Angkatan Muda PKR Pulau Pinang ekoran tunjuk perasaan yang diadakan masing-masing di George Town dan Kota Baru beberapa hari lalu.
SMM mempunyai kira-kira 5,000 ahli dengan ia dianggotai Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia, Pro Mahasiswa Nasional, Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia, Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa dan Mahasiswi, Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia.
Mengulas lanjut, Shazni Munir berkata laporan polis yang dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Kelantan dan Angkatan Muda PKR Pulau Pinang telah mengundang pelbagai respons daripada banyak pihak.
“Namun yang dominannya ialah banyak pihak yang telah mula meragui kejujuran dalam berprinsip yang mereka uar-uarkan kepada rakyat selama ini.
“Ia merupakan satu tindakan yang dilihat sangat membelakangi prinsip-prinsip hak untuk berhimpun yang mereka pegang selama ini.
“Mereka yang sebelum ini gah mencanang kata bahawa rakyat perlu diberi hak untuk berhimpun secara aman tanpa gangguan pihak polis telah bertindak sebaliknya apabila tindakan rakyat terkena batang hidung mereka sendiri,” katanya.
Kata beliau, perkembangan itu menunjukkan PAS dan PKR juga dilihat telah membelakangkan suara rakyat yang memilih mereka sebelum ini.
Pulau Pinang dan Kelantan merupakan dua daripada empat negeri yang kini dipimpin kerajaan negeri PR.
“Pada mahasiswa, jika dilihat kepada kenyataan (dikeluarkan pemimpin Pemuda PAS dan PKR), amat serupa dengan mana-mana hujah pimpinan Umno-BN apabila PKR melakukan demonstrasi (gerakan BERSIH, dasar PPSMI dan anti-ISA).
“Justeru kita ingin menimbulkan persoalan adakah sememangnya selepas PAS dan PKR memerintah, mereka akan bertindak sama seperti Umno-BN memerintah?
“Jika begitu halnya, apa perbezaan PR dan BN dalam hal hak rakyat untuk berhimpun ini?” soal beliau yang menafikan pihaknya mendapat sokongan Umno-BN dalam mengecam PAS dan PKR.
Sehubungan itu hujah beliau, SMM juga pernah menyokong gerakan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara Ogos lalu.
“Kami berkecuali… kami hanya menyokong pihak yang sanggup mempertahankan hak rakyat di bawah amalan prinsip demokrasi,” katanya.
Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen Muhammad Hilman Idham yang turut hadir sidang media itu berkata kerajaan-kerajaan negeri perlu menyediakan ruang khas terbuka untuk orang ramai berhimpun dan meluahkan pendirian masing-masing.
“Kami menggesa setiap kerajaan negeri mengadakan ruang seperti ini, bukannya yang tertutup tetapi terbuka di mana orang ramai boleh datang, bercakap dan mendengar isu-isu semasa yang dibangkitkan,” katanya.-The Malaysian Insider


December 5th, 2009 at 8:32 pm
Apa ni nak boikot-boikot. Xsetuju langsung. Bagi la peluang dulu pakatan untuk stabilkan keadaaan. Diaorang bukan berdepan dengan musuh kecil. Diaorang berdepan dengan musuh yang maha zalim dan mempunyai kekuatan media masa dans ebagainya. Hal ini la menyebabkan ramaiyang tersalah anggap kerana kurangnya info. Kalau pkr dan DAP aku boleh lagi nak ikut hang. Tapi kalu nak boikot pas……. aku rasa minta maaf lah. Aku tak setaraf dengan para ulama-ulama tersebut yang penuh dengan pengalaman dan insyalaah dengan keberkatan. Hang syazni kalu dah setaraf dengan para pimpinan dan ulama aku boleh terima lah. Betul ada juga salahnya. Tapi bukan kita yang sepatutnya tegur taraf tok-tok guru nih. Diaorang ni dah berpuluh puluh tahun mengajar kitab. Hang ada apa?
December 6th, 2009 at 9:19 pm
tegur menegur tidak terbatas kepada sesiapa..
jika si kaki botol menegur, kita perlu menerima teguran tersebut asalkan tidak bertentangan ajaran islam…
renung-renungkan…
December 7th, 2009 at 1:36 am
Boikot,,,senang nak dituturkan,susah nak dilakukan. Tahukan saudara syazni, suatu ketika dulu cadangan nak mewujudkan parti mahasiswa negara (PMN),satu malaysia gelakkan cadangan ini. BN siap kutuk2 dan mengeji lagi. Tapi sekarang lain pulak, nak boikot PR!. Saudara tertidurkah@pening dengan masalah lain yang tak sudah-sudah. BOIKOT PR pd PRU13??? PRU bukan PRKampus. Kalau saudara nak bawa SMM menjadi pro-BN silakan. Tapi adakah saudara melihat pandangan 5000 ahli SMM yang lain@ saudara dah gila mikrofon@gila kuasa sehingga begitu gah mengeluarkan ancaman ini. Kalau saudara ingin kembali ke pangkuan BN silakanlah, saudara org Johor tempat lahirnya UMNO..saya tak kisah. kalau saudara ingin mengUMNOkan SMM baik saudara undur sebelum saudara diBOIKOT. Saya pun bekas student APIUM jgk. SMM bukan medan untuk perjuangan tukang angguk, tapi idealisme dan kritis. Jgn jadikan SMM yang saya kenali sebagai PAK TURUT,,,kalau saudara nak jadi pak turut,,saudara sahaja yang jd PAK TURUT, yg lain tak perlu.
December 7th, 2009 at 9:48 am
saat diangkat menjadi khalifah saydina abu bakar menyuruh rakyatnya menegur kesalahan2 beliau…inilah pimpinan ISLAM..PR perlu TELUS
December 7th, 2009 at 1:28 pm
tego bukan boikot……………..
December 8th, 2009 at 11:46 am
Secara peribadi saya setuju dengan cadangan memboikot PR yang semakin hari semakin jauh dari prinsip sebenar dek kerana mengejar politik. Tak de siapa yang kata tidak boleh berhimpun untuk kita lawan BN secara terbuka. Tapi kalau dieorang berhimpun jangan la pulak kite tentang. Ini pendirian rakyat BN yang kite perlu terima. Mereka juga berhak menyatakan pendirian mereka bukan PR je yang ada pendirian.
Tegur dah berapa kali tegur dah PR ni. Budget bagus sangat. Kita tegur,kita yang kene panggil dan kene buat penjelasan seterusnya ditentang keras. Ape nih? So watpe nak tegur? Boikot je dieorang ni. Belagak masing2.. Mahasiswa golongan terkecuali yang memperjaungkan kebenaran dan hak rakyat juga mahasiswa. So kenapa kita takut untuk melakukan sesuatu yang bertentangan untuk menstabilkan politik Malaysia? Untuk kepentingan Islam jugak. PR perlu berpegang kepada prinsip perjuangan selama-lamanya. Jangan dah banyak pegang negeri dah lupa prinsip dan jadi sama macam UMNO.
Ulamak tak maksum syeikh.. takkan tak blh ditegur? Ranap punah la Islam kalau macamtu..
Terus menyokong apa sahaja untuk membantu aspirasi umat Islam. Mahasiswa memimpin untuk Islam.. Teruskan perjuangan PR yang sejati..
December 8th, 2009 at 3:16 pm
betul.. kita mesti berpegang pada prinsip. klau pr pn halang apa bezanya dengan bn. cuba pikir2 kan. gol intelek mesti boleh menilai dengan waras. kita mesti buat apa yang kita tuturkan.
December 8th, 2009 at 5:53 pm
Jgn berfikiran kolot,,,Boikot PR tiada faedahnye…Ini dapat menguntungkn Musuh rakyat….Ini bkn PRK tp masa depan NEGARA…Ingat pimpinan SMM jgn buat kenyataan tanpa memikirkan kami di bawah….Tegur lebih baik drpd Boikot..
Tarikh balik kenyataan tue @ SMM yg kena Boikot…
Ingat tanpa sokongan Mahasiswa,, SMM x wujud….
December 9th, 2009 at 12:26 am
mmboikot org islam yg nk mnegakkn islam adlh tindakn bodoh.knp bla pas mmbuat rport kite trus nk mlatah dan trus nk mmboikot.knp media kutuk n mmburukkn pR tiap2 hr kte xnk ambil tindakn mcm ni.anda yg mnggunakan nm sokong d ats tu hyalah ungkapan pas d mulut anda shj ttp d hati msih bN.mcm ni lah mnusia xde pndirian.mcm andalah yg sk mlompat parti
December 9th, 2009 at 4:15 pm
terlajak perahu,boleh di undur.Terlajak kata tu,buruk padahnya..Tapi teguran yang bagus juga untuk kepimpinan PR.Cuma persoalan,di mana sumbangan mahasiswa dalam menjana dan membantu pentadbiran kerajaan tersebut???Di mana peranan dan sumbangan kita.Mungkin kerana nilai kematangan diri kita yang masih lagi mentah,membuatkan kita gagal memahami percaturan yang dilakukan kerajaan PR.
December 16th, 2009 at 3:52 am
Boikot ajer… aku pun dah menyampah dengan PR ni.. dulu tengok ok jer.. sekarang ni dah lain dah.. kalau kite tak boikot macam mane dorang nak ubah.. aku dulu pun fanatik gile ngan PKR tapi bile die dah join dengan DAP terus aku fikir lain… tengokla dorang sanggup persoalkan pasal azan, agama islam dan kilang arak kat selangor.. ini sume DAP punyer pasal… kalau DAP xade dlam PR of course aku sokong PR.. tp la ni.. jelas… menyesal aku sokong… bagi PKR tolong singkirkan DAP daripada PR hanya PAS n PKR saje diterima…