Logo Background RSS

PMIUM,PKPIM Minta Rakyat Bertenang

  •  KUALA LUMPUR 1 Julai - Pimpanan utama mahasiswa Malaysia,YDP PMIUM dan Presiden PKPIM meminta agar rakyat bertenang dan tidak mudah terpengaruh dengan provokasi media yang sengaja memanipulasi isu liwat berkaitan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

    YDP PMIUM, saudara Haafizuddin Abirerah ketika dihubungi menasihatkan rakyat khususnya mahasiswa agar tidak mudah terperangkap dengan sebarang provokasi pihak media yang nyata berat sebelah.Beliau kesal kerana ada media arus perdana yang seolah-olah sudah menentukan bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim memang bersalah.

    “Media seharusnya faham bahawa peranan mereka adalah untuk mengekalkan kesejahteraan di kalangan rakyat.Mereka tidak boleh menggunakan kesempatan yang ada untuk keuntungan politik yang dicatur oleh pihak-pihak tertentu.Berita yang bersifat prejudis, manipulatif dan provokatif boleh menimbulkan suasana tegang di kalangan rakyat” ujar beliau ketika dihubungi.

    Presiden PKPIM, saudara Hilmi Ramli pula dalam kenyataan medianya meminta kepada semua rakyat Malaysia supaya tidak menimbulkan situasi huru hara ketika negara ditimpa fitnah yang besar kali ini. Tuduhan liwat terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim sekali lagi dicetuskan, sekaligus membuka ‘luka lama’ sepuluh tahun lepas.

    “PKPIM merasakan sudah cukup kita melalui situasi getir dan huru hara ketika fitnah liwat dilontarkan kepada individu Dato Seri Anwar Ibrahim. Perbuatan memfitnah tanpa menghadirkan bukti dan kenyataan yang kukuh merupakan perbuatan yang zalim dan menganiya orang.

    Oleh kerana itu, Islam menekankan bahwa tuduhan liwat mestilah didatangkan dengan empat orang saksi dan bersumpah di mahkamah atas nama Allah, jika benar ataupun tidak melakukan perbuatan terkutuk itu. Perbuatan memfitnah merupakan dosa yang dasyat dalam Islam, kerana akhirnya boleh menimbulkan huru hara dalam masyarakat.

    Perpecahan dan keamanan negara boleh tergugat akibat budaya fitnah menjadi ‘permainan’ politik pemimpin politik. Akhirnya nanti, wujud generasi yang berakar budaya fitnah dalam hidupnya. Makanya, jika budaya fitnah sudah mendarah daging, negara akan kucar kacir dan tidak aman.”

    Menurutnya lagi “PKPIM menggesa kepada pihak berwajib supaya melaksanakan tugas dengan adil dan amanah. Seharusnya laporan liwat terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim bukan satu- satunya isu orang kenamaan yang perlu diberi tumpuan besar. Malah banyak lagi kes melibatkan moral dan akhlak orang kenamaan lain yang turut sepatutnya disiasat. Isu rasuah, salah guna amanah rakyat, keruntuhan akhlak pemimpin dan sebagai tidak harus dipinggirkan.”

    PKPIM juga menyeru agar semua umat Islam dapat mendoakan yang terbaik untuk semua rakyat Malaysia, supaya keadaan sekarang tidak berlanjutan menimbulkan suasana huru hara dan ketidakamanan.-mahasiswakini

Advertisement

  1. #1 boysepang
    July 4th, 2008 at 3:36 pm

    ya, perlu bertenang provokasi media yang sengaja memanipulasi isu liwat….
    tp rakyat jg perlu bertenang terhadap provokasi DSAI yg mungkin sengaja memanipulasi isu liwat ini…

    sendiri mau ingat la beb… tidak tanduk DSAI skang macam bila dah kener fitnah, menfitnah org pula, same lavel ar beb, aper kelas DSAI nie… erk…

    apada….

    Post ReplyPost Reply
  2. #2 freedom
    April 27th, 2009 at 7:36 pm

    assalamualaikum…
    kepada YDP PMIUM dan PKPIM, anda adalah pelajar universiti, bijak pandai, cerdik, berintelektual.

    tapi anda ni buta dalam celik !!!

    anda suruh rakyat bertenang tentang provokasi media terhadap anwar ibrahim.

    1. adakah anda bertenang dalam isu ini? kalau anda bertenang tak perlu la bangkitkan isu ini.
    2. adakah anda ada bukti kalau anwar tidak terlibat dengan liwat?? kalau ada sebarkan kepada semua orang.. itu pun kalau anda rasa anda benar…
    3. adakah anda kenal anwar sama seperti adik dan abang??? sampai anda boleh menyatakan bahawa anwar tidak bersalah.. semua itu fitnah??
    4. sejauhmanakah anda kenal anwar ibrahim???
    5. adakah setiap masa atau saat anda mengikuti pekara yang dilakukan oleh anwar ibrahim??
    6. adakah masa perlakuan liwat anwar ibrahim (jika benar) anda ada bersama beliau??
    7. sertakan bukti kalau anda benar ???

    anda tak perasan bahawa anda pun berat sebelah macam media.. buat provokasi…

    anda dapatkah baca apa yang diniatkan dalam hati seseorang seperti anwar ibrahim???

    adakah anda tahu sejarah silam sebenar(bukan rekaan) anwar ibrahim????

    anda menyatakan berita bersifat prejudis… habis blog mahasiswa kini, ini tidakkah bersifat prejudis juga???? memihak kepada PAKATAN RAKYAT JUGA….

    paku dulang, paku serpih…..
    cakap orang dia yang lebih….

    berfikir,siasat,kumpul bukti, baru tulis blog faham !!!!

    “PKPIM menggesa kepada pihak berwajib supaya melaksanakan tugas dengan adil dan amanah. Seharusnya laporan liwat terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim bukan satu- satunya isu orang kenamaan yang perlu diberi tumpuan besar.”

    1. adakah anda perasan kalau ahli BN atau UMNO buat perbuatan keji seperti merakam gambar bogel, pihak PAKATAN RAKYAT cuba memperbesarkan kes tersebut, adakah adil kalau anda bercakap seperti pernyataan diatas ??!!!!!

    sebagai contoh : kes chua soi lek.. Pembangkang menyuruh PakLah menyingkirkan beliau dari jawatan menteri kesihatan.

    saya tidak menyebelahi mana-mana pihak, saya mengakui bahawa media dan berita berat sebelah. namun saya menasihati anda sendiri… cermin diri sendiri dahulu sebelum menilai orang lain….

    jangan mudah melatah !!!! jangan mudah terpengaruh !!!

    Post ReplyPost Reply
Leave a Comment