Logo Background RSS

Yuran Tambahan RM100 Kolej 7 Membebankan

  • um.jpg

    KUALA LUMPUR 24 Julai - Tindakan pihak pentadbiran Kolej Kediaman Zaaba Universiti Malaya (KK7) yang mengenakan yuran tambahan RM100 kepada semua mahasiswa tahun satu yang menginap di kolej itu menmbebankan.

    Beberapa mahasiswa tahun satu melahirkan rasa hairan mengapa yuran tersebut dikenakan sedangkan kolej-kolej lain tidak ada caj yuran yang sedemikian.

    “Pihak kolej sepatutnya menyenaraikan dengan jelas item tujuan yuran tambahan ini.Sudahlah yuran pengajian dan penginapan di UM agak mahal berbanding IPTA yang lain, pihak kolej pula mencekik darah” Ujar seorang mahasiswa tahun satu yang mahu namanya dirahsiakan.

    Dalam perkembangan yang sama beberapa orang pelajar senior yang mengadu perkara tersebut kepada pihak TNC HEPA dikenakan perintah keluar kolej serta-merta oleh pengetua kolej tersebut,Dr Salleh Aman.

    Mereka dianggap penentang dan perlu dikeluarkan dari kolej kediaman tersebut walaupun mereka merupakan mahasiswa yang banyak berjasa kepada kolej. Tambah memalukan, pelajar senior yang di’halau’ itu diminta untuk membayar yuran sebanyak RM300.

    “Saya hanya mempersoalkan tindakan tersebut.Penggunaan Aku Janji Kolej juga hanya dilaksanakan di kolej 7,untuk Apa?.Mereka tidak mampu menjawab soalan saya dan kerana itu kami dihalau.”Seorang pelajar senior dilaporkan berkata.

    image1inscrapcopy.jpgSeorang ahli MT MPMUM,saudara Ahmad Shahir Abdul Aziz menggesa pihak kolej khususnya pengetua Dr Salleh Aman untuk memberikan penjelasan segera kepada mahasiswa agar isu tersebut tidak dipergunakan oleh mana-mana pihak untuk menghentam beliau.

    “Dr Salleh diharapkan agar memahami keadaan mahasiswa.Kalau beliau mahu terus menyusahkan mahasiswa, saya dan beberapa teman MPMUM tidak teragak-agak untuk membawa isu ini ke pihak atasan berserta dengan fakta dan maklumat yang sedang dikumpulkan”Ujar beliau ketika dihubungi petang tadi.

    NYDP MPMUM saudara Lim Wei Urn turut melahirkan rasa kecewa di atas tindakan pihak kolej tersebut.Beliau berpendapat  bahawa pihak kolej tidak boleh membebankan mahasiswa tahun pertama sekalipun kolej sedang mengalami masalah kewangan.

    - mahasiswakini

Advertisement

10 Comments
  1. #1 Anak Muda Reform
    July 25th, 2008 at 4:31 am

    dah lama dah..cakap cikit kena buang, undang2 ala rimba..ada pulak ke aku janji kolej?? k tak pe, aku nak siapkan bala tentera untuk gempur kolej 7, bagi pengajaran cikit..ape ingat die lecturer, boleh suka2 nak perkudakan mahasiswa..boleh lah nak perbodohkan mahasiswa dalam hal undang2 yang mereka tak belajar, meh berdepan secara terbuka, jelaskan mengapa perlunya kenaikan yuran kolej..banyak yang boleh nak kongsi..aku cadangkan, Pro-M perlu pergagahkan risalah2 penerangan @ media dalam hal-hal yang berkenaan dengan masalah kebajikan pelajar..aku rasa mahasiwa lain tidak tahu aper yang terjadi di kolej lain..wujudkan semangat setiakawan antara kolej2 kediaman..kita ni umpama satu jasad, sakit peha kanan, seluruh badan merasainya..itulah indahnya persahabatan..

    Post ReplyPost Reply
  2. #2 Jentera Pro Mahasiswa
    July 25th, 2008 at 7:24 pm

    Kita sedang mengumpul bukti..Salleh Aman takkan terlepas!!

    Post ReplyPost Reply
  3. #3 Undergrad
    July 30th, 2008 at 11:34 pm

    Mudah sahaja. Saya cadangkan kepada MPMUM untuk tulis surat kepada Vice-Chancellor. Minta penjelasan dari dia.

    Kalau tiada penjelasan, lapor sahaja ke Badan Pencegah Rasuah atau pihak berkuasa yang lain. Alang-alang BPR sedang aktif melakukan investigation.

    Post ReplyPost Reply
  4. #4 mi
    July 31st, 2008 at 6:07 pm

    saya cadangkan isu ini perlu dipanjangkandan diperluaskan.Kenapa bila pelajart persoalkan tentang kebajikan mereka perlui diketepikan.Pemimpin yang dilantik untuk berada dalam JTK dan JIK Kolej pun nampaknya muka -muka yang senang untuk dimanipulasikan.

    Post ReplyPost Reply
  5. #5 mi
    July 31st, 2008 at 6:11 pm

    betul ke isu ni.. teruknya

    Post ReplyPost Reply
  6. #6 Malaysian
    August 6th, 2008 at 1:12 pm

    I sokong mi sepenushnya. Sepanjang empat tahun saya berada di UM, tidak pernah saya lihat JTK/JIK kolej membela kebajikan pelajar kolej. Mungkin ini disebabkan mereka (JTK/JIK) adalah dilantik oleh pentadbiran kolej dan bukan dipilih oleh pelajar.

    Saya syorkan JTk/JIK perlu dipilih oleh pelajar. Ini selari dengan desakan bahawa ahli kerajaan tempatan perlu dipilih oleh rakyat setempat..sungguh logik dan rasional..Kalau tidak,rasional-kah JTK/JIK sesetengah kolej diberi kemewahan untuk ‘kembara ke China’ dan dijustifikasi bahawa ia adalah untuk pertukaran budaya dan perluaskan minda.

    Sekiranya ada bukti, mahukah MPMUM perjuangkan isu tersebut?

    Post ReplyPost Reply
  7. #7 matjang
    August 7th, 2008 at 4:44 pm

    salleh aman letak jawatan….mmg salleh aman kuat mkn duit pun…

    Post ReplyPost Reply
  8. #8 matjang
    August 7th, 2008 at 4:50 pm

    isu ni isu betul….saya pernah jd PM 7th sesi 07/08..kami dah buat bnthn mse tu…tp die ttp kutip…ni kali kedua die kutip duit haram utk sesi 08/09….

    Post ReplyPost Reply
  9. #9 gurls
    January 20th, 2009 at 1:09 am

    betul….. saya setuju ngan mat jang….
    saya merupakan PM sama ngan mat mat jang….
    saya juga JIK/JTK sesi 2007/2008. Salleh Aman memang kuat makan duit student….. Salleh Aman menggunakan isu pelajar istimewa di kolej 7 sebagai pendapatan untuk dia mintak duit dari orang luar dan makan duit tu…..
    dulu 2 biji kereta sekarang dah tambah lagi satu perdana….
    kebajikan student terabai tetapi rumah pengetua kolej 7 sebagai banyak renovation…. saya student 4 year dan telah menginap di 7th 3 tahun……
    Salleh Aman kena letak jawatan!!!!!!

    Post ReplyPost Reply
  10. #10 pakdut
    January 22nd, 2009 at 3:56 pm

    Ye la sepatutnya kena tunjuk contoh yang baik tapi harapkan pagar pagar makan padi. Apa nak jadi ni…Dulu masa penelia lama ada kolej Tujuh best dan aman damai. Mereka pun rapat ngan student kolej. Tapi sekarang semua yang bagus-bagus dah keluar yang tinggal semua karut marut. Apala nak jadi.

    Post ReplyPost Reply
Leave a Comment