Pelajar UiTM Rela Dihukum
-
SHAH ALAM 22 Ogos - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara bersedia untuk menerima tindakan tata tertib daripada pihak universiti atau pihak kementerian, kata yang dipertuanya Luqmannulhakim Mohamad Idris.“Kami bertanggungjawab dan sedar dengan tindakan (demonstrasi) yang dibuat,” kata Luqmannulhakim ketika dihubungi Malaysiakini.
Beliau menjelaskan, mungkin demonstrasi itu melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku), tetapi menyatakan perjuangan mereka itu betul.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pangajian Tinggi, Datuk Idris Haron bahawa pelajar UiTm akan berdepan dengan tindakan dispilin kerana menganjurkan demonstrasi.
Demonstrasi minggu lalu diadakan berikutan cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar 10 peratus daripada kuota pelajar di UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera serta pelajar asing untuk meningkatkan daya saing institusi pengajian tinggi itu.
Naib canselor Datuk Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah semalam dilaporkan akur dengan arahan kementerian untuk mengenakan tindakan terhadap pemimpin-pemimpin mahasiswa yang menggerakan ribuan pelajar ke jalan raya, 12 Ogos lalu.
Luqmannulhakim menambah, kesediaan pelajar menerima tindakan tatatertib itu dapat mengikis tanggapan masyarakat bahawa demonstrasi mereka itu dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu.
Sementara itu, jelasnya lagi, MPP setakat hari ini masih menunggu jemputan rasmi daripada pihak MB Selangor berhubung kesudian beliau untuk berjumpa dengan pada pelajar UiTM menyelasaikan isu tersebut.
Kata Luqmannulhakim, majlis pelajar itu bersedia berjumpa dan berbincang dengan Abdul Khalid berhubung isu ini walaupun dalam bulan Ramadhan.
MPP juga menjalankan sesi penerangan kepada para pelajar berhubung isu kuota 10 peratus ini.
“Bagi peringkat pelajar, kita mengadakan sesi penerangan kepada pelajar berhubung kedudukan UiTM sebagai benteng terakhir Bumiputera.
“Kita minta pelajar balik ke kampung menceritakan kepada penduduk kampung berhubung pencapaian cemerlang yang diperolehi oleh UiTM di peringkat nasional dan antarabangsa,” jelas Luqmannulhakim.
Sesi penerangan itu telah bermula pada Khamis lepas dan sekarang pelajar-pelajar UiTM sedang bercuti dan pulang ke kampung.
Sehubungan itu, jelas Luqmannulhakim, pihaknya juga akan mengadakan satu forum pda 29 Ogos ini, bersempena dengan kemerdekaan Malaysia.
Mereka menjemput pro canselornya Tan Sri Datuk Arsyad Ayub dan Tan Sri Abdul Rahman Arshad berforum berhubung kepentingan UiTM dan pendidikan Bumiputera.
Selain itu, MPP turut merancang mengedarkan risalah dan brosur penjelasan berhubung isu tersebut kepada masyarakat setempat dan juga akan diletakkan dalam laman web MPP UiTM. - malaysiakini













August 23rd, 2008 at 5:07 pm
kelakar gile, korang tengok jela dalam paper, ada satu ruangan (kalu tak silap aku dalam mingguan malaysia), khas untuk uitm, kearah mencapai universiti bertaraf dunia…mampus..ranking 200-300 pun tak masuk, ape yang nak dibangga dengan UiTM???dahulu ye, ITM cukup digeruni dan dikenali oleh masyarakat malaysia..naik je taraf sebagai universiti, hancur, sape yang buat hancur, pemimpin melayu dalam kerajaan..walaupun suara tidak lantang, tapi akhlak dan etika mereka cukup menggambarkan etika seorang melayu yang beragama islam..dahulu di ITM, ada subjek agama yang diajarkan kepada student2..ingat lagi dengan Ust Tuan Ibrahim Tuan Man??yang lain aku tak tau..sekarang, yang aku kenal Abu Shah misai macam benggali..arah demo, pastu nak ambik tindakan..jangan tipu mahasiswa lah..surat pekeliling kami ada..
nak tengok mahasiswa UiTM, mat2 rempit, ada yang terlibat dalam medan pelacuran, penagihan dadah di rumah2 sewa..ni semua pengakuan mahasiswa yang keluar daripada UiTM tak tahan, baik duk kampung dari korbankan masa depan dengan kemusnahan akhlak..
aku bukan nak tuduh @ buruk2kan UiTM, aku pun melayu, akwan2 aku pun ada di sana, aku tak nafikan sumbangan korang dalam negara, tapi sedarlah wahai bangsa UiTM, korang sahaja yang boleh bangkitkan kesedaran masyarakat melayu, jika korang benar2 jaguh @ pendekar melayu..k
August 23rd, 2008 at 6:06 pm
kedudukan UiTM sebagai benteng terakhir Bumiputera
UiTm sebagai benteng terakhir?…statement y pling kelakar prnh dgr.student Melayu kna realistik bile berbicara soal keistimewaan mereka yang sepatutnye dipertahankan..jgn baru trhantuk bru nak trngadah..ni soal prinsip yg msti diprthnkan dan dipelihara oleh smua suku sakat kturunan Melayu Islam,jgn hnye brjuang ats Isu yang sngja diprovokasi tp biar brjuang ats prinsip yg teguh wlaupun digugah dgn bala tentera pemerintah..
knape dahulu subjek mate dan sci nak ditukarbahsa kpd BI,sekor habuk MPP UiTm tak bangun brsuara..agama Islam yg sbuk dijaja sebagai milik sinonim dgn bngsa Melayu..jdi pe dgn Islam bwh pemerintah skrg?..
whai mahasiswa yg punyai akal budi..kualiti diri kalian dan status kampus harus ditaksir mngikut penelitian brsifat sosial buknnye nilaian kuantitatif THES ciptaan Barat..brbakti kpd masyrakat skrg yg tgh nazak demi sebuah ngra baldatun tayyibah.
SLM PERJUANGAN..!
August 27th, 2008 at 8:59 pm
Apa nak didiherankan dengan budak2 Uitm berdemo tu…diaorang sendiri tak faham apa yang berlaku hanya ikut dan mengikut orang lain! Lebih baik korang studi la..kalau tak fhm apa maksud cadangan….
August 28th, 2008 at 3:51 pm
wahai Anak Muda Reform …. mmg betol uitm x masuk ranking 200 tu….ko kene paham ape kah maksud misi…itu misi uitm nk jd taraf dunia …”kearah mencapai universiti bertaraf dunia”…sebelum ape2 kene ade target dan niat..sbb tu ayat tu kearah…bermaksud akan menuju /menjadi bukan telah menjadi atau sudah menjadi.. inilah anak melayu yg dah x de jati dri, bahasa melayu pun dah x tau
wahai mahasiswa_typhoon….utk pengetahuan kau…subjek agama masih di ajar di UiTM.. name kod subjk tu IMK..kalo x tau jgn main ckp jerk..ustaz sume ade lg, siap ade kelulusan dr U al azhar lg…pasal subjek math n sains ditukar kepd BI buat ape MPP nk DEMO..pasal pertukaran itu tiada kene mengene dgn UiTM tetapi sekolah, walaupun di UiTM sememamgnya telah lama berkurun mengunakan bahasa inggeris..soal bhs bukan mengganmbarkan jati diri melayu..utk menuntut ilmu bhs org asli pun digalakkan belajar jikalau ianya meberi manfaat..skrg bhs inggeris mmg memberi manfaat mahupun kerja atau belajar..
wahai azroy…kalau x tau ape yg di DEMO org x kan buat…bdk UiTM bukan bgg mc sangkaan ko..perlukah ko lihat blk bekas2 graduan UiTM yg telah memajukan negara??? menyumbang kpd bangsa??? think about it..
kesimpulan,
aku bukan nk mngkritik korg n sebelah MPP uitm atau sape2…sebelum korg kritik org lain lebih baik korg lihat diri sendiri…ini lah prgi penyakit melayu. ssendiri ntah kemana tetapi mengata org… Uni mane pun ade jenayah.. uni mane pon ade masaalah.. jd cube kita sbg org melayu islam jgn melihat masaalah sbg masaalah dgn mengata mengejek dan menghina,…tetapi cube kite lihat masaalah dan kita fikir jln penyelesaian… baru lah leh maju..jgn asyik kutuk,hina,herdik sesama melayu islam..
Graduan UiTM
August 29th, 2008 at 10:06 am
Bravo-bravo graduan Institut Teknologi MARA,
Bagus betul mahasiswa dari Institut Teknologi MARA semua nih. Ada kelas agama tuuuuu. Semua nya bakal masuk syurga. Apa la Universiti lain. Tak Islamic betul la.
Motto pun dahsyat. KEARAH MENCAPAI UNIVERSITI BERTARAF DUNIA tu. ‘KEARAH’ yang tu aspek yang penting. Sampai tu tak penting sangat.apala anak muda reform, kan dah kena cop BM tak betui. Reform bahasa dulu.Takper-takper. Nanti sama-sama kita pergi tuisyen yer.
Ni pun satu lagi.. Korang tak tau ker ramai graduan-graduan Institut Teknologi MARA CEO syarikah-syarikat besar. Bakal-bakal Bill Gates ramai tul. Untung betul Melayu di Malaysia ni.
Aku sebenarnya tak dapat masuk Institut Teknologi MARA. Al-maklumlah aku ni tak secerdik mana pun. Stakat nak masuk UUM jer. Tapi aku masih mempertahankan Institut Teknologi MARA. Sian la pada orang melayu ni. Memang kajian saintifik menunjukkan orang melayu perlukan pertolongan. Lahir-lahir jer kena bagi macam-macam tongkat.
Macam seorang mamak firaun tu pernah kata la ‘Melayu Mudah Lupa’.
September 5th, 2008 at 2:36 am
Kepada penulis Tak dapat masuk ITM…hang pun Melayu tak guna..bapak hang dengan tokwan hang pun mamak benggali…memang sah hang mamak mudah lupa…he..he ada hati mengaku melayu..pirahh
September 5th, 2008 at 8:21 am
1. Ya saya tak kisah di panggil mamak benggali. Bapak saya dan tokwan saya pun tak kisah.
2. Anda ada masalah dengan Mamak Benggali??Tell it to them.not me.
3. Adakah anda pasti saya Melayu?
September 8th, 2008 at 4:53 pm
Kepada nick atau melayu yang tak berakal dibawah nie , aku nak komen pandangan korang.
By Anak Muda Reform on Aug 23, 2008
By mahasiswa_typhoon on Aug 23, 2008
By azroy on Aug 27, 2008
Kalau korang rasa UiTM nie tak bagus, tu korang punya pasal laa. Tapi kalau ko anak melayu dan beragamakan islam, ko sepatutnya membangkang sebarang cadangan ataupun arahan yang boleh menjatuhkan martabat melayu dan merendahkan maruah bangsa melayu itu sendiri. Maruah ini bukan hanya keatas kepala tengkorak korang, malah bapak, emak, kakak, adik pompuan, abang, adik lelaki korang semua. Korang mungkin tak pernah merasa menjelajah ke negara orang lain… cuba lee pegi ke negara jiran kita tuu, takyah jauh singapura jee, sungguh indah namanya. Cuba korang buat langsi kat sana? Mau ko kena belasah ngan budak2 cina kat sana. Pihak polis pun tak leh nak tolong ko pun, sebab ko melayu, bernama melayu dan memang terkenal dengan sifat kurang ajarnya. Malah berani dinegara sendiri, takut dinegara orang.
Kalau ko hebat sangat, aku nak tanya. Di negara mana yang ada penduduk melayu seramai penduduk cina di negara2 seperti eropah dan negara2 maju yg lain ??? HJawab kalau pandai..aku salute hang. Tapi kalau ko tak dapat jawab, memang ko tu bodo..
Tapi sedarkah kita, bangsa asing dinegara kita sendiri hidup dengan mewahnya. Tetapi kita rakyat bumi tidak. Jangan kita sangka apek penjual sayur itu miskin, rumah dah nak roboh, moto nak runtuh. Dalam bank berpuluh ribu duit dia ada. Tetapi melayu…..alahai kesian, tiga ribu pun tak sampai.
Hasrat UITM menwujudkan generasi melayu yg intelek supaya dapat menyaingi bangsa asing ini. Ini perlu agar bangsa kita tidak terpinggir dari segi ekonomi dan sosio-ekonomi.Itu sajalah yg dapat diberi kpd bangsa melayu, selain melihat hak-hak bangsa melayu dijajah dan diratah-ratah. Golongan pelajar yg mempertahankan UiTM juga patut kita bela, dan beri sokongan kepada mereka. Ini kerana mereka telah menjalankan tanggungjawab mereka untuk membina bangsa melayu terutama anak2 korang semua. BAngsa asing akan sedikit2 menjajah kita semua, Ibarat peribahasa “Belanda Dapat Tanah”.
Sekiranya suatu masa nanti Perdana Menteri kita ditakdirkan berbangsa Cina atau India, apa reaksi kita pada masa itu. Bangsa melayu sekalian, tahu2 aje lah nasib kita semua nanti. “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna”. Beringatlah, sesuatu yg dirampas, tidak akan diserahkan kembali walaupun air mata darah yg mengalir.
“Melayu akan jatuh ketahap kasta pariah, sedikit masa nanti. Samada kita suka atau tidak, itu adalah kenyataan dan fakta yg perlu kita terima dan hadapinya”.