Logo Background RSS

Anwar Dijangka Menang Dengan Majoriti Bertambah

  •  oleh: mohd hasbie muda

    Ramalan saya adalah DSAI mampu memenangi pilihanraya kecil P44 Permatang Pauh dengan majoriti bertambah.

    Alasan saya:

    1) Rakyat menolak isu liwat yang dimainkan di media massa berulang kali.Pengakuan imam Ustaz Ramlang Porigi yang mengaku diarahkan untuk menjadi saksi sumpah Saiful menguatkan lagi keyakinan rakyat bahawa tuduhan itu dirancang.

    2) Rakyat sedar bahawa propaganda Barisan Nasional dibuat secara keterlaluan.Isu rasuah YB Jamaladdin dan YB Osman Jailu di Perak nyata menguatkan telahan ini.Bagaimana rasuah boleh dibuat kepada projek yang tiada?Ternyata YB-YB PKR sengaja dikambing hitamkan oleh media dan pihak-pihak tertentu untuk menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat juga bermasalah.

    3) Ini kubu kuat Anwar.Jika dilihat pada latarbelakang parlimen P44 sebelum ini.Parlimen Permatang Pauh pernah diwakili oleh Ayahandanya Datuk Ibrahim Abdul Rahman, kemudian saudara Zabidi Ali (PAS) dan seterusnya DSAI dan isterinya semenjak 1982.Ternyata kubu kuat ini tidak mampu digoyah.PRU 11 masih memberikan 1 kerusi (iaitu P44) kepada PKR walaupun ketika itu, gelombang Mr Nice Guy terlalu kuat.

    4) Penduduk P44 sayangkan Anwar Ibrahim.Bayangkan kerajaan BN terpaksa menurunkan harga minyak sebanyak 15 sen semata-mata mahu melawan gelombang Anwarisme.Mereka mahu wakil mereka diangkat menjadi Perdana Menteri.Apakah Arif Shah mampu?Lagipun Arif Shah jika kalah pun sudah ada amanah sebagai ADUN.Masih ada ruang untuk dia membantu rakyat.

    http://hasbiemuda.wordpress.com

Advertisement

  1. #1 mahasiswa_typhoon
    August 26th, 2008 at 11:28 am

    anwar sememangnya ikon politik dahulu lagi dan banyak mencipta fenomena besar dalam sejarah senario siasah di ngara. tetapi..sahabat pernah tak terfikir sejenak bagaimana insan kerdil ini dengan kepetahan berhujah mampu menggugat kestbilan negara?banyak faktor perlu diambilkira sebelum meletakkan batang tubuh anwar di kerusi empuk Putrajaya.
    1-anwar sering melaung-laungkan dia pejuang bangsa kerana agenda ekonomi baru yang dikatakan bakal menyelamatkan Malaysia dripada tangan2 durjana kerajaan BN/UMNO..tetapi kapasiti kerajaan PKR dibawah khalid ibrahim untuk menterjemahkan agenda laungan kosong PKR di negeri yang terkaya di Mlaysia jelas menunjukkan bukti kegagalan dan ini belum diaplikasi dalm sebuah kerajaan persekutuan lagi?
    2-Anwar sering berkata dgn slogannya semasa kempen pilihanraya P044 ‘dari permatang pauh ke Putrajaya’…ini jelas menunujkkan bhwa anwar semata-mat brhasrat untuk menduduki kerusi empuk di sana.dan putrajaya jga sering dilambangkan sebagi manifestasi kapitalisme Mlaysia yang mana golongan disinggahsana putrajaya trus kaya dan golongan dipinggiran putrajaya terus melarat menagih sesen duit untuk makan pagi..adakah anwar jenis insan kerdil yang bernafsu besar?
    3-anwar sering didokong oleh mereka dri luar negara spt john e.epsito,seorng orientalis yg banyak menghasilkan karya yang menyekat dan mengutuk kesucian Islam.adakah ad komplot disebalik mereka smata2 utk mengakkan negara yg tak kurang beza dengan kerjaan sekular BN/UMNO malahan lebih teruk..adakah cita2 PAS dlm pakatan rkyat untuk mewujudkan negara teokratik tercapai dibwh anwar?
    whai mahasiswa…kalian harpan ngara dlm mewujudkan peskitaran kondusif utk generasi bru malaysia.gunakan akal,tjamkan fikiran dalm membebaskan diri dari gelumang dogmatik anwarisme.
    SLM PERJUANGAN..!

    Post ReplyPost Reply
  2. #2 Thinking Light
    August 26th, 2008 at 7:41 pm

    baik anwarisme dari hegemoni UMNO……

    Post ReplyPost Reply
  3. #3 Anak Muda Reform
    August 27th, 2008 at 1:34 pm

    bukan soal siape sekarang yang akan memerintah malaysia..kita tak boleh menafikan, bahawa ikon anwar sangat besar dalam dunia hari ini, die hanya mampu dicabar oleh mahathir (tapi dah letak jawatan), dan tok guru nik aziz (ni pandangan UMNO p.pauh sewaktu survey aku di sana)..ikon politik malaysia hari ini bukan soal siapa yang mampu menunjukkan ketuanan bangsa, tapi siapa yang mampu menyatukan seluruh bangsa, bagi mereka yang mempunyai fikrah islam, gerakkan kefahaman islam bahawa islam membawa mesej keadilan dan kebenaran untuk seluruh umat manusia..jika benar UMNO/BN sepatutnya terus memerintah, rakyat malaysia hari ini yang patut sedar, tapi rakyat yang telah menolaknya regim UMNO & BN, sedangkan hari2 media kerajaan memainkan peranan doktrin yang melampau, sehingga wujud di dalam hati golongan bukan bumiputra sangat prejudis kepada melayu dan islam..siapa punya angkara??

    bagi aku, regim UMNO dan BN ini patut ditumbangkan dahulu, doktrin selama ini, jika UMNO dan BN tumbang negara akan jadi seperti zaman darurat, berulang semula tragedi 13 MEI, ape ini semua??inikah yang dikatakan perpaaduan??hanya UMNO yang menjaga hak bumiputra, sedangkan habis semua hak2 melayu mereka gadai..

    skang belum terbukti siapa yang mampu menjaga hak masyarakat malaysia, baik hak2 melayu dan keadilan kepada bangsa lain..yang penting fokuskan serangan kepada menumbangkan regim kerajaan yang zalim ini, gantikan dengan yang baru..ingat allah dah cakap dalam al-quran, jika kita mendaulatkan kebenaran dan keadilan (ISLAM), allah akan gantikan dengan bangsa yang baru..ini peringatan kepada mereka2 pemimpin yang zalim..

    soal siapa yang mampu memimpin hanya ISLAM, siapa yang bawa??itu masa depan yang sesiapa pun tak mampu nak bagi hujah yang sebenar..wallahualam

    Post ReplyPost Reply
  4. #4 Anak Muda Reform
    August 27th, 2008 at 1:36 pm

    maaf silap, jika kita tidak mendaulatkan islam, barulah allah gantikan dengan mereka yang sangat cinta dan kasihkan allah..kenyataan dia atas ada kesilapan, maaf ye..

    Post ReplyPost Reply
Leave a Comment