Mahasiswa Sambut Baik Kemenangan Anwar
-
“PRK Permatang Pauh membuktikan suara rakyat sangat berkuasa menentukan masa depan negara,begitu juga mahasiswa.Buktikan PRK kali ini suara keramat anda mampu menggegarkan Malaysia.Saat perubahan telah tiba, marilah bersama Pro M, egen idealime Mahasiswa.STUDENT POWER!!”
-Norazali Zainuddin (Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional)
“Kehadiran Anwar ke parlimen diharapkan dapat membawa pendirian dan suara pembela mahasiswa ke arah idealisme merdeka.”
-Alif Yunus (Pengerusi MPP USMKK)
“Tahniah, semoga pemilihan ini memberi banyak manfaat kepada rakyat.Agenda rakyat harus terus diutamakan.Dato’ Seri Anwar diingatkan untuk tidak meminggirkan suara mahasiswa.”
-Ridzuan Mohamad (Koordinator Utama GMMA)
“Kemenangan ini memberi tamparan hebat kepada Barisan Nasional dan membuktikan bahawa kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU yang lalu bukan sekadar undi protes semata-mata.Saya cukup yakin BN akan bergolak selepas ini dan akan ada tuntutan daripada parti komponennya untuk keluar dan menyertai PR.”
-Ahmad Shahir Abdul Aziz (Jurucakap Pro Mahasiswa Nasional)
“Suatu harapan baru terhadap politik negara yang selama ini dianggap korup oleh dunia luar.Kemenangan DSAI yang bakal memimpin negara diyakini dapat mengembalikan integriti dunia luar terhadap Malaysia”
-Faisal Mustaffa (Setiausaha Agung PMIUM)
“Tahniah.Tuntutan mahasiswa yang diserahkan kepada Dato’ Seri tempoh hari harap dapat dilaksanakan.”
-Mohammad Haafizuddin Abirerah (Pengerusi NASCAM)
“Tahniah.Kemenangan memang sudah dijangka sebelum ini.”
-Hilman Nordin (Presiden BBMN)













August 27th, 2008 at 1:50 pm
tugas kita, memberikan kefahaman kearah membina sebuah negara yang menjaga kebajikan rakyat, yang mendaulatkan kebenaran dan keadilan (islam), menyanggah kezaliman..bukan soal BN, UMNO @ mana2 parti politik..
kta mahasiswa tetap punya tugas sebagai check n balance..kepada mana2 pihak..
August 27th, 2008 at 2:40 pm
kami sentiasa bersama membantu kearah membina negara yang lebih maju bukan setakat slogan yang memakan pemangsa iaitu gemilang terbilang dan terus hilang. marilah kita berdiri dan bergerak untuk mengatur langkah satu persatu demi kebaikan bersama….wasalam
August 27th, 2008 at 2:40 pm
Anda semua dijemput ke
Dialog Pindaan AUKU bersama ahli-ahli Parlimen.
Pada 29hb Ogos 2008(Jumaat)
8.00-11.30 malam
Main Auditorium UIAM.
Ahli Panel:
Dato Saifudin Abdullah
Timb Menteri Keusahawanan
YB Yusmadi Mohd Yusuf
Ahli Parlimen Balik Pulau, Pulau Pinang
YB Salahudin Ayub
Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan
Sila sebarkan kepada semua Mahasiswa!
Student Power!
Mahasiswa Jurubicara Ummah!
August 27th, 2008 at 2:42 pm
biarlah kejayaan ini menjadi permulaan kepada sebuah yang lebih adil dan saksama….sama2 kta hapuskan kekotoran yang selama ini berselindung disebalik kuasa
August 28th, 2008 at 2:31 am
“Kami rela kalah kerana melaksanakan Islam, kita rela ditolak rakyat kerana melaksanakan suruhan Allah, apalah ertinya sebuah pemerintahan tanpa mendapat redha Allah” kata2 tuan guru hj Hadi Awang
kita tidak mahu apa yg dicanangkan oleh anwar psl ketuanan rakyat hanya melebihkan kaum lain daripada Melayu Islam. jgn smpai utk mejaga hati kuncu2 dlm Pkatan Rkyat, maruah Islam tergadai. ingat kefahaman politik Cina terbina melalui pendidkan dan kefahaman yg amat licik..Melayu perlu berjaga2..sori kalu berbaur perkauman
SLM PRJUANGAN..!
August 28th, 2008 at 11:30 am
Satu kemenangan yang tidak dapat dipertikaikan lagi. Semoga dengan kemenangan ini menjadi satu permulaan kepada negara kita untuk pulih dari tangan-tangan mereka yang dahagakan kekayaan dunia… TAKBIR!
August 28th, 2008 at 6:59 pm
bukan soal cina berpolitik jahat, kita yang memilih pemimpin melayu yang jahat, mereka sudah lame hidup seperti ditindas..ingat, tanpa cina dan india, kita takkan beroleh kemerdekaan daripada british, sebab syarat british memberikan kemerdekaan kepada malaya adalah dengan cara dapat menyatukan semua kaum dibawah lembayung Persekutuan Tanah Melayu, dengan menghormati perlembagaan kita..
dahlah, pergerakan radikal korang nafikan daripada sejarah malaysia, nih pengorbanan bangsa lain juga nak dinafikan..islam tak ajar..bangsa cina dan india juga punya tempat di malaysia ini, mereka turut berjasa dalam pembangunan negara bahkan dalam soal kemerdekaan juga mereka sangat berjasa..hargai persahabatan dan perpaduan yang telah dijalinkan..UMNO, MIC, & MCA yang banyak canang2kan politik perkauman..
sama2 mahasiswa sedar sejarah ini..
August 29th, 2008 at 9:46 am
Memang berbaur perkauman pun. Melayu tak perlu berjaga-jaga daripada Cina. Nak jaga diri sendiri supaya diri pun tak boleh. Kena ada ‘tongkat’.
Tak ada orang Cina yang beragama Islam ke kat Malaysia ni? Maruah Islam tak tergadai. ‘Maruah’ orang melayu yang beragama Islam itu mungkin tergadai.
Jadi selepas ini diminta semua mahasiswa sila beli buku sejarah tingkatan 4 & 5 yang juga terdapat beberapa kesalahan fakta..
August 29th, 2008 at 3:28 pm
Salam semua..Kemenanagan DSAI adalah kerana semangat beliau yg tak pernah pudar.Dipenjara,diseksa,namun belaiu bangkit semula.Kemenangan ini membuktikan betapa tingginya semangat DSAI.Cuma,Harapkan tempat melayu di tanah ini tidak tergugat sama sekali.Penentangan terhadap perlembagaan negara harus dihentikan,kerana adenye hak itu,melayu kita dapat maju.Harapan kami generasi melayu muda,semoga yg berbahagia DSAI tidak melupakan kami dalam perjuangan.Semoga DSAI dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.Melayu gemilang,Malaysia Cemerlang!!
August 30th, 2008 at 9:47 pm
bila anwar menang..ayah aku adalah org yg plg gembira…menurut citer mak ayah aku..mase anwar jd menteri pendidikan,diela yg mulakan wat semayang hajat kat sek2..pelajar2 stat pakai tudung,baju kurung…
August 31st, 2008 at 6:35 pm
Alhamdulillah..DSAI menang..Allah akan tunjukkan yg mane benar dan sebaliknya..setelah diseksa di dlm penjara, dan mcm2 dugaan yg diterima,DSAI bangkit semula.INSYAALAH akan berjaya..!!