Taklimat E-Voting UM Petang Ini
-
Kuala Lumpur, 5 Jan - Pihak pentadbiran Universiti Malaya menetapkan pada petang ini akan diadakan taklimat dan sesi penerangan terperinci berkenaan dengan sistem e-voting yang akan dilaksanakan pada pilihanraya kampus akan datang.Taklimat pada pukul 4.00 petang bertempat di Dewan Perdana Satu, Kompleks Perdana Siswa universiti tersebut dijangka akan dihadiri oleh ramai pemerhati dan aktivis mahasiswa berikutan sistem terbaru itu ialah yang pertama kali diadakan.
Pilihanraya kampus akan datang bakal menyaksikan implementasi sistem terbaru e-voting yang mendapat tentangan hebat mahasiswa terutamanya di Universiti Malaya sebagai universiti yang baru terdedah dengan teknologi tersebut.
Antara persoalan yang timbul berikutan sistem ini ialah tahap ketelusan dan pembaziran kewangan universiti yang banyak untuk membina dan menyiapkan kelengkapan sistem tersebut.
Beberapa wakil mahasiswa dari kem Pro Mahasiswa pada sesi lepas telah membuat lawatan pengkajian ke atas sistem tersebut di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Antara wakil Pro Mahasiswa tersebut ialah saudara Naim Sauki b. Johari semasa ditemuramah menyatakan rasa bimbang atas ketelusan sistem tersebut yang masih lagi boleh dipersoalkan.
“Kami melihat sistem e-voting yang akan dijalankan di Universiti Malaya tidak menekankan dari aspek keselamatan maklumat dan ketelusan.
Dalam pada itu, kos yang dikeluarkan oleh pihak pentadbiran juga tinggi malah tidak mementingkan aspek kebajikan mahasiswa umumkan” ujar beliau. -mahasiswakini













Komen Siswa/i