Isu Gaza: GAMIS Gesa Malaysia Desak Obama
-
Serangan ke atas Semenanjung Gaza oleh rejim laknatuLlah Zionis pada akhir-akhir ini menjadi semakin teruk dan membangkitkan semangat jihad umat Islam di seluruh dunia. Serangan bom telah dilakukan di beberapa tempat di Semenanjung Gaza tanpa belas kasihan.
Menurut suatu sumber serangan yang bermula pada Sabtu 27 Disember 2008 hingga Isnin 29 Disember 2008 telah mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 400 kematian dan 2000 orang mengalami kecederaan termasuklah 7 orang kanak-kanak yang berumur bawah 15 tahun. Jumlah kematian ini adalah antara yang terburuk dalam pencerobohan Israel ke atas Palestin sejak 60 tahun lalu.
Kabinet Perdana Menteri Israel telah meluluskan arahan untuk memanggil 6500 anggota tentera simpanan dalam rangka untuk melakukan serangan darat menurut pegawai kerajaannya, Ehud Olmert.
Menurut pakar ketenteraan, Israel memerlukan 10000 tentera untuk melakukan serangan penuh (full-scale invasion). Namun, keputusan muktamad untuk memanggil lebihan tentera akan diputuskan oleh Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak.
Dalam pada itu, beratus-ratus penduduk Palestin telah melarikan diri ke sempadan Gaza dan Mesir untuk menyelamatkan diri mereka dari serangan rakus rejim Zionis tetapi lebih malang bagi mereka kerana ada diantaranya ditembak pengawal sempadan Mesir dan mengakibatkan seorang anak terbunuh dan beberapa penduduk lain tercedera.
Sangat menyedihkan bagi masyarakat Islam di Palestin apabila diberitakan dalam satu temubual antara al-Jazeera dengan anak lelaki Presiden Libya, Hannibal Al-Gaddafi yang menyatakan Mesir bekerjasama dengan Israel dalam melakukan pengepungan di Gaza kerana menghalang bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui sempadan Mesir-Palestin.
Serangan yang beterusan ke atas Semenanjung Gaza sangat menyayat hati semua pihak. Pada masa yang sama banyak pihak melahirkan kekecewaan kepada Presiden Amerika Syarikat-Barack Obama yang mengambil sikap berdiam diri.
Barack Obama telah menjadi harapan bagi rakyat di seluruh dunia menerusi ucapannya sebelum ini yang akan berusaha segera untuk memulakan misi keamanan.
Saya sebagai Presiden GAMIS mencabar Presiden Amerika Syarikat untuk membuktikan bahawa dia bukan berpendirian seperti presiden sebelumnya George W Bush yang menyokong rejim Zionis dalam menangani krisis Israel-Palestin dan sekaligus bertindak melaksanakan misi keamanannya dengan memberikan keutamaan kepada isu Israel-Palestin ini berbanding isu-isu lain.
Selain itu, ulama terkenal Arab Saudi iaitu Sheikh Awad al-Qarni telah mengeluarkan fatwa supaya serangan ke atas rakyat Israel dilakukan di mana-mana lokasi di dunia bagi membalas dendam berhubung kekejaman rejim Zionis di Gaza.
Pada kala ini umat Islam di seluruh dunia sepatutnya bersatu dalam membantu saudara kita di Palestin yang dihina dan diseksa.
Darah syahid mereka yang tumpah akibat dari kekejaman Zionis menjadi api pembakar semangat jihad dalam setiap diri mereka yang bergelar Muslim.
Sekatan ekonomi yang dilakukan Israel ke atas Gaza telah mengakibatkan gas dan bekalan makanan seperti roti gagal dibawa masuk. Pada Khamis 25 Disember 2008, Ketua Tentera Rejim Zionis-Gabi Ashkenazi telah mengugut akan mengerah seluruh kekuatan tentera bagi menyerang Gaza.
Dalam keadaan ini, ingin saya menggesa supaya negara-negara Islam berhampiran dengan Palestin termasuklah Mesir untuk menghantar segala jenis bantuan termasuklah bantuan ketenteraan kepada Palestin secepat mungkin untuk mempertahankan negara tersebut.
Dalam pada itu, jangan sesekali ada negara Islam yang bersubahat dengan Israel kerana perbuatan itu semestinya tidak diredhai oleh Allah.
Tindakan kerajaan baru-baru ini yang menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengambil tindakan sewajarnya berhubung keadaan tegang di Gaza belum mencukupi untuk membantu saudara kita di Palestin.
Kerajaan hendaklah pelbagaikan inisiatif dengan menggunakan segala jenis medium untuk menyuarakan bantahan terhadap kekejaman yang dilakukan rejim Zionis.
Antaranya ialah mendesak OIC untuk bertindak sebagai badan yang menjaga kebajikan umat Islam di seluruh dunia.
OIC perlu berperanan dengan lebih lantang dan bangkit dari tidur yang yang panjang untuk menyeru kea rah kesatuan semua Negara-negara Islam dan mengarahkan semua anggota OIC menghulurkan bantuan perubatan dan kewangan ke Gaza.
Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia dengan tegas meminta agar kerajaan berpendirian tegas dalam hal ini dan mempertingkatkan lagi gerak kerja mendedahkan kekejaman rejim Zionis melalui kerjasama secara besar-besaran semua media masa dan NGO yang ada.
Kempen besar-besaran perlu diadakan untuk menyedarkan umat Islam di Malaysia serta seluruh dunia dan menyeru mereka agar memboikot barangan buatan Israel dan sekutu kuatnya Amerika.
Kerajaan juga hendaklah malunaskan tanggungjawab sesama saudara seIslam dengan menghulurkan bantuan perubatan dan mencontohi tindakan berani Libya menghantar kapal bantuan ke Palestin walaupun tahu bakal menghadapi kemungkinan di bom rejim Zionis.
Dalam pada itu, GAMIS juga mendesak agar Kemeterian Luar Negara, Datuk Seri Rais Yatim mendesak secara berterusan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama untuk bersuara dalam keganasan di Gaza ini dan bertindak segera bagi menamatkan kekejaman rejim Zionis GAMIS juga mahukan sebagai sebuah Negara Islam yang disegani oleh kebanyakkan Negara Islam lain, Malaysia mendahului Negara lain dalam mengoptimumkan peranannya dalam OIC berkenaan hal ini.
Negara-Negara Islam berhampiran dengan Palestin juga diseru untuk bertindak segera memberikan segala bantuan termasuk bantuan ketenteraan secepat mungkin.
Disediakan oleh:
Mohd Dzul Khairi Mohd Noor
Presiden
Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS)













January 7th, 2009 at 4:04 pm
saya sgt setuju dgn cadangan memboikot brgn israel laknatullah dan para sekutunya. seharusnya kita bermula di peringkat universiti dahulu. gerakkan kempen besar-besarn d sluruh universiti. kerana hendak mengharapkan kerajaan yang sekarang memulakan kempen tersebut merupakan satu tindakan menuggu kucing bertanduk. sukalah saya untuk melihat kempen ini digerakkan sendiri oleh mpmum, yang lalu ataupun yang bakal terbentuk.
January 7th, 2009 at 6:57 pm
tak pe..ayuh semua mahasiswwa yang cintakan keamanan dan keadilan..turun ke lapangan jalan..kita sama2 membanjiri jalan tun razak, dihadapan kedutaan US, atas nama mahasiswa yang cintakan keamanan dan keadilan…9/1