
PUTRAJAYA 3 September - Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini berjaya dipilih untuk menyertai Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan atau Apex dengan mengetepikan tiga lagi universiti, termasuk Universiti Malaya (UM).
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pemilihan USM adalah berdasarkan kepada pelan tranformasi dan kesediaannya untuk berubah seperti yang terkandung dalam kertas cadangannya, memenuhi kriteria pemilihan yang diperlukan.
“Pemilihan bagi program Apex tidak hanya melihat kepada pencapaian dan kecemerlangan lepas tetapi lebih kepada perancangan masa depan serta sama ada universiti itu dapat mencapai status bertaraf dunia dalam tempoh yang diberikan iaitu lima tahun,” katanya semasa mengumumkan pemilihan USM di sini hari ini.
(more…)
Posted by admin |
11 Comments »

BANGI 29 Ogos – Majlis Pelancaran Logo GMUKM yang baru telah dilaksanakan dengan jayanya tanpa sebarang masalah. Rapat umum yang bermula dengan ucapan Jurucakap Gerakan Mahasiswa Lantang Negara (GMLN), Saudara Kazman Abdullah yang bertindak sebagai pengerusi majlis pada tengahari itu.
Beliau menyeru semua mahasiswa yang berada di aras atas Pusanika untuk turun ke bawah manakala bagi mahasiswa yang ada di tingkat bawah Pusanika, untuk naik ke Aras 2 Pusanika itu.
(more…)
Posted by admin |
2 Comments »
PUTRAJAYA 28 Ogos - Peranan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya telah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia apabila Yang DiPertuanya, saudara Muhammad Haafizuddin Abirerah telah dilantik menganggotai Majlis Perundingan Islam (MPI).
Majlis Perundingan Islam (MPI) yang dipengerusikan oleh Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri adalah sebuah platform untuk membincangkan masalah-masalah berkaitan agama Islam.
Menurut Exco Akademik dan Intelektual PMIUM saudara Ridzuan Mohammad, PMIUM telah melangkah ke era perjuangan 50 tahun kedua dan ia menuntut peranan persatuan yang lebih berkesan dan menyeluruh.
(more…)
Posted by admin |
3 Comments »
BANGI 27 Ogos - Beberapa puluh mahasiswa dihalang daripada menyertai forum yang membincangkan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) malam tadi.
Mereka dilarang masuk oleh pengawal keselamatan kerana tidak mematuhi kod pakaian pelajar universiti berkenaan dan tidak menggantung kad pelajar masing-masing. Forum tersebut hanya untuk pelajar UKM sahaja
Sebahagian daripada mereka yang terdiri daripada pelajar UKM, dibenarkan masuk kemudiannya selepas mereka balik menukar pakaian.
Manakala penganjur program itu - Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi - pula terpaksa membelikan tali kad untuk membolehkan pelajar terbabit menggantung kad pelajar masing-masing.
(more…)
Posted by editor_mkini |
8 Comments »

Bersama dengan Dato’ Seri Anwar dan Isteri
Kuala Lumpur: Pada 28 Ogos 2008, dua orang wakil dari Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) telah mengadakan satu pertemuan khas dengan Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik sahaja beliau selesai mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh menggantikan isteri beliau.
Pertemuan tersebut telah diwakili oleh Saudara Mohd Faisal Mustaffa, Setiausaha Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dan Saudara Mohd Ridzuan Mohamad, Exco Akademik dan Intelektual PMIUM.
(more…)
Posted by admin |
2 Comments »
“PRK Permatang Pauh membuktikan suara rakyat sangat berkuasa menentukan masa depan negara,begitu juga mahasiswa.Buktikan PRK kali ini suara keramat anda mampu menggegarkan Malaysia.Saat perubahan telah tiba, marilah bersama Pro M, egen idealime Mahasiswa.STUDENT POWER!!”
-Norazali Zainuddin (Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional)
“Kehadiran Anwar ke parlimen diharapkan dapat membawa pendirian dan suara pembela mahasiswa ke arah idealisme merdeka.”
-Alif Yunus (Pengerusi MPP USMKK)
(more…)
Posted by editor_mkini |
11 Comments »
KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN PERMATANG PAUH (P44):
Datuk Seri Anwar Ibrahim (KeADILan): 31,195 undi
Hanafi Mamat (AKIM): 92 undi
Datuk Arif Shah Omar Shah (BN): 15,524 undi
Jumlah mengundi: 47,258
Peratus keluar mengundi: 81 peratus
Undi rosak: 447 undi
Majoriti: 15,671 undi
Penyandang: Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (KeADILan)
Undi diperolehi 8 Mac 2008: 30,348
Majoriti: 13,398 undi
sumber:www.anwaribrahimblog.com
Posted by admin |
5 Comments »
SHAH ALAM 22 Ogos - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara bersedia untuk menerima tindakan tata tertib daripada pihak universiti atau pihak kementerian, kata yang dipertuanya Luqmannulhakim Mohamad Idris.
“Kami bertanggungjawab dan sedar dengan tindakan (demonstrasi) yang dibuat,” kata Luqmannulhakim ketika dihubungi Malaysiakini.
Beliau menjelaskan, mungkin demonstrasi itu melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku), tetapi menyatakan perjuangan mereka itu betul.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pangajian Tinggi, Datuk Idris Haron bahawa pelajar UiTm akan berdepan dengan tindakan dispilin kerana menganjurkan demonstrasi.
(more…)
Posted by admin |
7 Comments »