
Shah Alam,28 Ogos 08- Wanita MCA hari ini menuduh Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Seri Prof Ibrahim Abu Shah menjadikan pendidikan sebagai isu perkauman.
Timbalan Ketuanya, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, akhbar Sin Chew Daily telah melaporkan semalam bahawa Ibrahim mendakwa pihak swasta enggan mengambil graduan UiTM bekerja.
(more…)
Posted by admin |
2 Comments »
KUALA LUMPUR 16 Ogos - Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) hari ini mencabar mahasiswa di seluruh negara untuk turun berdemonstrasi di hadapan bangunan Parlimen pada 18 Ogos ini (Isnin) bermula jam 8.30 pagi.
Cabaran tersebut disuarakan ketika mengadakan perhimpunan aman di Masjid Ar Rahman Universiti Malaya, Kuala Lumpur sebaik sahaja selesai menunaikan solat jumaat.[VIDEO]
Perhimpunan tersebut yang dipengerusikan oleh saudara Mohd Syazni Munir turut menampilkan ucapan pemimpin mahasiswa yang lain. Antara yang berucap ialah Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional, saudara Norazali Zainuddin, Jurucakap GMMA, saudara Ahmad Shahir Abdul Aziz, dan Setiausaha Agung PMIUM, saudara Mohd Faisal Mustaffa.
(more…)
Posted by editor_mkini |
7 Comments »

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Bukti yuran tambahan Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah Universiti Malaya didedahkan oleh Bendahari Agung PMIUM , saudara Mohd Hasbie Muda. Beliau mendedahkan beberapa bukti berupa resit yuran tambahan tersebut di samping slip pembayaran yuran MHS serta senarai ‘checklist’ pembayaran yuran tambahan tersebut.
Menurut Hasbie, bukti-bukti tersebut diserahkan oleh seorang mahasiswa tahun pertama yang tidak berpuas hati dengan caj yuran tambahan tersebut.
“Di dalam buku panduan kewangan, yuran untuk Minggu Haluan Siswa (MHS) hanyalah berjumlah RM281 sahaja, namun kolej ini telah mengenakan yuran tambahan sebanyak RM120.Maka jumlah sebenar untuk yuran MHS bagi penuntut tahun pertama di Kolej Raja Dr. Nazrin Shah adalah RM401 bukannya RM281.Ini adalah suatu bentuk pengkhianatan dan penipuan kepada mahasiswa”. (more…)
Posted by admin |
3 Comments »
KUALA LUMPUR 12 Ogos - Kira-kira 300 pelajar kejururawatan di Kolej Masterskill di Cheras, Kuala Lumpur mengadakan demonstrasi membantah tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang didakwa memotong jumlah pinjaman mereka.
Mereka berhimpun mulai jam 10 pagi di dalam kawasan kampus sambil melaungkanr rasa tidak puashati mereka terhadap tindakan PTPTN itu.
Malaysiakini difahamkan, PTPTN telah membuat potongan berganda terhadap bayaran insurans yang dikena ke atas pinjaman mereka.
(more…)
Posted by admin |
2 Comments »
KUALA LUMPUR 12 Ogos - Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang dijadual dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat akan datang tidak membantu meluaskan ruang kebebasan ahli akademik dan pelajar.
“Masalah di universiti, penguasaan golongan pentadbir yang lebih senduk daripada kuah,” kata pensyarah kanan di jabatan sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Ahmad Nidzamuddin Sulaiman hari ini.
“AUKU tidak apa. (Persoalannya) pegawai yang cenderung kepada parti (kerajaan) berubah atau tidak?”
Beliau menambah, kebebasan di universiti tidak bergantung kepada pindaan AUKU, sebaliknya “sebahagian pentadbir yang prokerajaan mengambil sikap mengawal aktiviti pelajar dan pensyarah”.
(more…)
Posted by editor_mkini |
2 Comments »
Petaling Jaya 11 Ogos - Setelah mahasiswakini mendedahkan isu yuran tambahan Kolej Kediaman Zaaba UM sebanyak RM100, kini pendedahan yang lebih menggemparkan melibatkan kolej kediaman Raja Dr Nazrin Shah pula.
Berdasarkan aduan dan bukti-bukti yang dikemukan, ternyata pihak pentadbiran Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah juga mengenakan yuran tambahan sebanyak RM120 kepada mahasiswa tahun pertama.
Aktivis Pro Mahasiswa, saudara Aizat Salleh menyatakan rasa kesal di atas tindakan pihak kolej tersebut yang sewenang-wenangnya mengenakan yuran tambahan kepada pelajar baru.
“Yuran-yuran yang dinyatakan dalam buku panduan telah jelas.Ada yuran tidak berulang dan ada yuran berulang namun item Haluan Siswa Kolej tidak pernah wujud selama ini.Yang ada hanyalah caj untuk Minggu Haluan Siswa yang telah ditetapkan sebanyak RN281.Mengapa perlu ada tambahan RM120?”-mahasiswakini
Posted by editor_mkini |
4 Comments »
Oleh: Ahmad Nur Muslim

Baru-baru ini masyarakat kampus UIAM telah dikejutkan dengan pengumuman pihak pentadbiran berkaitan dengan seragam jubah konvokesyen UIAM yang ditukarkan daripada songkok dan tudung khas kepada topi mortar.
Pengumuman mengejut, yang tidak dimaklumkan kepada warga kampus UIAM pada 24 Julai yang lepas benar-benar menimbulkan tanda-tanya dan rasa tidak puas hati di kalangan warga kampus. Pemakaian seragam baru bagi istiadat konvokesyen ini bakal dimulakan pada majlis konvokesyen ke 24 bermula 23 Ogos ini.
Sebagai reaksi terhadap tindakan pihak pentadbiran UIAM yang tidak memaklumkan kepada para graduan serta pelajar berkenaan penukaran jubah konvokesyen ini serta pemakaian mortar board menggantikan songkok serta tudung khas, pihak MPP UIAM, selaku badan tertinggi mahasiswa telah bertindak terhadap isu ini.
(more…)
Posted by admin |
4 Comments »
KUALA LUMPUR 6 Ogos - Rentetan pendedahan isu yuran tambahan Kolej Kediaman Zaaba, Bendahari Agung PMIUM saudara Mohd Hasbie Muda pula tampil mendedahkan bukti berkaitan yuran tambahan seratus ringgit yang dikenakan itu.
Beliau yang juga merupakan ahli Majlis Tertinggi MPMUM mendedahkan bukti sekeping resit yang tercatat tujuan yuran tersebut dikenakan.No siri dan nama pembayar terpaksa dikaburkan bagi mengelakkan intimidasi terhadap pengadu tersebut.

“Yuran tambahan yang dikenakan ini kononnya bertujuan untuk caj cenderamata, namun saya difahamkan bahawa cenderamata yang dimaksudkan itu hanyalah sehelai cadar sahaja. Istimewa sangatkah cadar di kolej Zaaba sehingga mencecah ratusan ringgit?”
(more…)
Posted by admin |
12 Comments »