
oleh: hasbie MHM
Ramalan saya adalah DSAI mampu memenangi pilihanraya kecil P44 Permatang Pauh dengan majoriti bertambah.
Alasan saya:
1) Rakyat menolak isu liwat yang dimainkan di media massa berulang kali.Pengakuan imam Ustaz Ramlang Porigi yang mengaku diarahkan untuk menjadi saksi sumpah Saiful menguatkan lagi keyakinan rakyat bahawa tuduhan itu dirancang.
2) Rakyat sedar bahawa propaganda Barisan Nasional dibuat secara keterlaluan.Isu rasuah YB Jamaladdin dan YB Osman Jailu di Perak nyata menguatkan telahan ini.Bagaimana rasuah boleh dibuat kepada projek yang tiada?Ternyata YB-YB PKR sengaja dikambing hitamkan oleh media dan pihak-pihak tertentu untuk menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat juga bermasalah.
(more…)
Posted by admin |
4 Comments »
SHAH ALAM 22 Ogos - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara bersedia untuk menerima tindakan tata tertib daripada pihak universiti atau pihak kementerian, kata yang dipertuanya Luqmannulhakim Mohamad Idris.
“Kami bertanggungjawab dan sedar dengan tindakan (demonstrasi) yang dibuat,” kata Luqmannulhakim ketika dihubungi Malaysiakini.
Beliau menjelaskan, mungkin demonstrasi itu melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku), tetapi menyatakan perjuangan mereka itu betul.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pangajian Tinggi, Datuk Idris Haron bahawa pelajar UiTm akan berdepan dengan tindakan dispilin kerana menganjurkan demonstrasi.
(more…)
Posted by admin |
7 Comments »

News article
Youth wants more democratic space
In conjunction with International Youth Day, Malaysian youth came together in a youth walk with the theme “Youth, it’s time to take action now”.
Despite of freedom of assembly is very lacking in Malaysia, a group of 35 youth decided to celebrate the International Youth Day in Bukit Bintang by organizing a youth walk.
(more…)
Posted by admin |
No Comments »
GOMBAK, 20 OGOS, 12.30pm : Ketika bajet untuk Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) mengendalikan Pesta Konvokesyen UIAM ‘dipotong’ sehingga berbaki belasan ribu ringgit sahaja, UIAM telah menggunakan hampir 2.1 juta untuk menggunakan jubah baru dan menggantikan pemakaian songkok dengan mortar untuk majlis konvokesyennya. Berikutan itu, seramai 100 pelajar UIA telah mengadakan perhimpunan tengahari untuk menyatakan sokongan penyerahan petisyen 3,158 mahasiswa melalui MPP UIAM kepada Timbalan Rektor UIA (Akademik dan Penyelidikan), Prof Datuk Dr Md Tahir Azhar.
Seterusnya di GAMISDaily.com
Posted by admin |
4 Comments »
KUALA LUMPUR 20 Ogos- Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) hari ini menyifatkan bahawa kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Idris Haron di dalam akhbar Berita Harian hari ini yang mendakwa akan mengambil tindakan ke atas para pelajar UiTM yang berdemonstari membantah kenyataan MB Selangor baru-baru ini hanyalah lakonan sandiwara dan gimik politik semata-mata
Menurut jurucakap GMMA, saudara Ahmad Shahir Abdul Aziz, kenyataan sedemikian ditimbulkan kerana pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berasa bimbang dengan kebangkitan mahasiswa akhir-akhir ini dalam menyuarakan pandangan mereka termasuk menggunakan demonstrasi jalanan
(more…)
Posted by admin |
No Comments »
Demonstrasi bantah cadangan MB Selangor
KUALA LUMPUR: Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menyertai demonstrasi membantah cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, supaya 10 peratus kuota universiti itu dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera berdepan tindakan disiplin.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron, berkata perkara itu sudah dirujuk kepada lembaga tatatertib universiti berkenaan berhubung bentuk hukuman yang boleh dikenakan terhadap pelajar yang bertanggungjawab menganjurkannya.
“Kita (kementerian) ada menerima laporan berhubung demonstrasi itu dan ia sudah diserahkan kepada pihak berkuasa universiti. Kalau terbukti pelajar terbabit bersalah, terserah kepada lembaga tatatertib universiti menentukan apa tindakan yang boleh diambil terhadap mereka.
(more…)
Posted by admin |
3 Comments »
Oleh: Mohd Faisal Mustaffa
Tun Dr. Mahathir mengeluarkan kenyataan yang bernada sinis, mengatakan bahawa sekiranya mahasiswa sudah dewasa maka AUKU perlu dimansuhkan. Beralasankan supaya mahasiswa menumpukan kepada pelajaran, terselindung disebaliknya ‘mala fide’ yang memberi keuntungan kepada pihak pemerintah.
Mungkin banyak kelemahan AUKU, namun begitu di dalam artikel permulaan ini, saya tertarik untuk membahaskan berkenaan takrifan ‘pelajar’ yang dinyatakan di dalam rang Undang-undang pindaan AUKU:
‘Pelajar’ ertinya seseorang pelajar berdaftar, selain pelajar disuatu institusi yang bersekutu dengan Universiti atau Kolej Universiti, yang mengikuti kursus pengajian, pengajaran, latihan atau penyelidikan daripada apa-apa perihalan pada peringkat persediaan, praijazah, lepas ijazah atau lepas kedoktoran secara sepenuh masa atau sambilan dalam, oleh atau dari Universiti atau Kolej Universiti itu, termasuklah pembelajaran jarak jauh, luar kampus, pertukaran dan pelajar tidak berijazah:”
(more…)
Posted by admin |
2 Comments »
oleh: Mohd Haniff Humam
Setiap kali semester Julai muncul setiap tahun, satu perkara yang pasti menjadi tumpuan ramai ialah pilihanraya kampus untuk memilih MPP. Jika tahun lepas tiada orang yang bertanding dan menyebabkan MPPUTP 2007/08 menang tanpa bertanding, kali ini lebih dahsyat lagi bahawa kemungkinan tiada pilihanraya semester ini. Mengapa perkara ini berlaku? Adakah MPP sudah tidak relevan pada student UTP sendiri? Isunya adalah seperti di bawah.
MPPUTP 2007/08 membuktikan bahawa mereka bukanlah budak suruhan management apabila mereka mengambil keputusan pada kali ini untuk membantah keputusan management yang mengetatkan syarat-syarat pilihanraya dan menjurus kepada hanya 2 batch bagi jurusan kejuruteraan boleh bertanding manakala mereka yang mengambil jurusan teknologi hanya 1 batch boleh bertanding. Dalam rules and regulation pada pilihanraya tahun lepas, menyatakan bahawa MPP perlu berada 2 sem penuh untuk berkhidmat.
(more…)
Posted by admin |
2 Comments »