Indonesia punyai sejarah kebersamaan yang panjang dan signifikan.Sebagai dua buah negara yang memiliki banyak persamaan samada dari segi anutan agama, bahasa dan budaya - kedua-dua negara ini perlu saling memahami dan menghormati.
Saya sempat melayari laman-laman blog milik warga Indonesia.Agak mengejutkan apabila wujud sentimen Anti-Malaysia yang berleluasa dalam diri mereka.(Antanya blog Malingsial, Indonesia gitu loh, Malingsia dan Rasa sayange malaysia)
(more…)
Posted by editor_mkini |
5 Comments »
Kuala Lumpur 19 Disember 2008- Satu pertemuan telah diadakan di antara barisan pimpinan Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) membincangkan kelompangan yang wujud dalam sistem pendidikan kebangsaan.
Memetik kenyataan Presiden GAMIS Nasional, Mohd. Dzul Khairi Mohd. Noor, beliau berkata: “Sistem pendidikan kebangsaan sudah tidak relevan. Wujud kelemahan pada dasar atau pelaksanaannya.” Beliau berpendapat demikian rentetan daripada kajian GAMIS tentang keruntuhan moral dan gejala sosial yang makin berleluasa di kalangan anggota masyarakat terutama golongan remaja.
(more…)
Posted by editor_mkini |
9 Comments »
Kuala Lumpur, 20 September - Dalam ‘posting‘ terkini blog Yang Di Pertua (caretaker) Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) sesi 2007/08, Afandy Sutrisno Tanjung mengucapkan tahniah kepada semua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) seluruh Malaysia atas pindaan AUKU yang telah dibuat baru-baru ini.
Afandy menyifatkan perjuangan ahli MPP seluruh Malaysia sebagai satu perjuangan yang tidak sia-sia. Resolusi yang telah diberikan kepada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi adalah satu bukti usaha dan kesungguhan perjuangan mahasiswa Malaysia dalam hal ini.
(more…)
Posted by editor_mkini |
20 Comments »
KUALA LUMPUR, 20 Disember - Persatuan Mahasiswa Selangor (PERMASIS) secara rasminya ditubuhkan sebagai NGO semalam melalui surat ikatan amanah yang ditandatangani di hadapan pesuruhjaya sumpah di ibu kota.
Presiden PERMASIS, Mohd Khairuddin bin Bajuri menyifatkan, penubuhan PERMASIS adalah sangat relevan sebagai satu medan untuk mahasiswa menjadi agen ‘check and balance’ terutamanya kepada kerajaan negeri.
(more…)
Posted by editor_mkini |
2 Comments »
Oleh : Razali Zaidin
Malaysia merupakan negara yang terdapat tidak kurang 31 akhbar arus perdana yang dijual di pasaran. Hampir kesemua akhbar di negara ini berorientasikan etnik. Bergantung kepada perspektif (atau teori) mana yang digunakan, seperti media massa lain, akhbar sebenarnya memainkan beberapa peranan penting terutamanya dalam sudut politik.
Peranan tersebut antara lainnya termasuklah:
(1)melaporkan dan mewakili pandangan popular pihak-pihak berkuasa;
(more…)
Posted by editor_mkini |
4 Comments »
Oleh : Mior Isfandy Mior Azizan
Umum sudah maklum bahawa tarikh penting Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu adalah 6 Januari 2009 bagi hari penamaan calon dan 17 Januari 2009 untuk hari pembuangan undi.
Tempoh kempen yang dibenarkan oleh SPR adalah sekitar 11 hari. Jentera pilihanraya untuk parti yang bertanding telah dilancarkan.Kupasan ringkas mengenai peluang Pakatan Rakyat dan ujian Barisan Nasional ada dinoktahkan disini.
(more…)
Posted by editor_mkini |
2 Comments »
PETALING JAYA: Universiti Malaya (UM) kini menukar tumpuannya terhadap pengajian ijazah lanjutan dengan menambah jumlah tempat kursus dan mengurangkan pengambilan penuntut ijazah pertama.
Naib Canselornya yang baru, Prof Datuk Dr. Ghauth Jasmon berkata langkah itu selaras dengan usaha universiti tersebut meningkatkan rankingnya pada Times Higher Education Supplement dalam masa dua tahun akan datang.
“Kami mahu graduan ijazah lanjutan yang ramai dan lebih baik serta mengurangkan jumlah bilangan penuntut ijazah pertama, agar kami boleh memperbaiki kualiti penyelidikan.
(more…)
Posted by editor_mkini |
3 Comments »

Mahasiswa UNISEL mengucapkan selamat datang dan selamat menjadi warga UNISEL buat Profesor Zainal Abidin Kidam yang baru dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (TNC HEP) UNISEL.
Pengalaman luas beliau diharap dapat membantu mengangkat Unisel menjadi salah sebuah IPTS yang disegani di negara ini.-inside unisel
Posted by editor_mkini |
No Comments »
Kuala Lumpur 17 Disember - Setiausaha Economics Student Leader Council (ECONS), Saudara Ahmad Fahmi dalam temubual tidak rasmi bersama wartawan Mahasiswakini.com dipetik sebagai berkata pembelian kereta Toyota Camry oleh kerajaan Perak pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah perkara biasa dan tidak wajar dipolemikkan.
Pandangan bahawa ia mungkin dilihat tidak patriotik dan membazir mungkin berlegar-legar di sesetengah pihak semata-mata.Beliau juga menyifatkan tindakan Kepimpinan negeri Perak sebagai implikasi pasaran dalam pembangunan dan pemerkasaan industri automotif Negara.
(more…)
Posted by editor_mkini |
11 Comments »
SELANGOR Disember - Mahasiswa Selangor telah menunjukkan keprihatinan, kepekaan, dan rasa tanggungjawab mereka terhadap perpaduan dan kebajikan rakyat Selangor menerusi penubuhan sebuah badan bukan Kerajaan (NGO) yang diberi nama Persatuan Mahasiswa Selangor (PERMASIS) melalui Presiden Penajanya, Saudara Mohd Khairudin Bajuri.
Ia juga merupakan satu inisiatif yang dilakukan oleh mahasiswa bagi mendokong dan menyokong usaha Pakatan Rakyat Selangor dalam membangun dan memakmurkan negeri tersebut.
(more…)
Posted by editor_mkini |
3 Comments »
Mahasiswa bukan sahaja merupakan golongan terpelajar yang berpeluang melanjutkan pelajaran di menara gading, bahkan mereka juga merupakan pewaris kepimpinan Negara pada masa hadapan yang akan membangunkan masyarakat kelak.
Menyedari hakikat itu, Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU PERAK) telah mengatur suatu program khusus bersama masyarakat kampung yang dikenali sebagai Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM ‘08) yang bermula pada 29 November sehingga 3 Disember 2008.
(more…)
Posted by editor_mkini |
2 Comments »
Oleh : Mior Isfandy Mior Azizan
Pasca 8 Mac, Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu, desakan rakyat, parti politik termasuk parti komponen Barisan Nasional, NGO dan individu-individu penting dalam negara semakin lantang dan terbuka. Tekanan dan desakan kepada kerajaan Barisan Nasional untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan menutup Kem Tahanan Kamunting sudah manjadi isu utama dalam negara.
(more…)
Posted by editor_mkini |
3 Comments »
IPOH 15 Dis. – Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU PERAK) hari ini meminta orang ramai agar tidak mempolitikkan isu pembelian Toyota Camry 2.4 yang diumumkan oleh Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Dato’ Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan dan pegawai kanan kerajaan negeri.
Presidennya, Mohd Hafez Sabri menjelaskan orang ramai khususnya rakyat negeri Perak sepatutnya tidak mudah mempercayai laporan media arus perdana dan propaganda yang sengaja dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggujawab, sebaliknya mereka perlu mendengar sendiri penjelasan daripada pihak kerajaan negeri mengapa tindakan tersebut diambil.
(more…)
Posted by editor_mkini |
5 Comments »